“Kau duduk berapa lama dah di sini?” soal Dalili ketika mereka menghidangkan makanan di meja makan. Waktu dia sampai di Terengganu ni, Faliq dan Lili sudahpun ada di Terengganu.
“Dah nak dekat seminggu jugaklah aku ada dekat sini. Kenapa? Kau tak suka aku balik kampung ke?” entah kenapa dia merasakan soalan kakaknya agak keras sikit.
“Tak adalah…cuma aku pelik. Suami kau tu tak sibuk ke? Dah nak dekat seminggu korang dekat sini kan?” pandangannya dialihkan kepada Faliq yang sedang bersembang dengan abang Edri di ruang tamu.
“Entahlah dekat dia. Biarlah…dia kan CEO? Lantak kat dialah kan?” kenapa dengan kakak aku ni? Hmmm…mungkin dia tak senang dengan kehadiran Faliq kot? Yelah, mana taknya? Sebelum aku kahwin dengan Faliq, Faliq kan pernah buat perangai sampai tidur di sini?
“Kau masih tak dapat terima Faliq ke, kak long?” sengaja dia mengutarakan soalan tersebut.
“Entahlah…aku rasa macam tak tahu. Yelah, aku takut nasib kau sama macam arwah je…”
“Hesy! Apa pulak cakap macam tu?” sampuk Puan Mashitah yang baru keluar dari tandas. Dia memandang Lili dan Dalili bersilih ganti.
“Kenapa cakap macam tu kak long? Tak baik tahu tak? Dah nak buat macam mana kalau dia dah berjodoh dengan Faliq? Kena terimalah kan?” dia menegur sikap Dalili yang suka syak wasangka lebih. Kadang-kadang dia rasa Lili lebih matang dalam hal sebegini.
“Sorry ibu…” ujarnya perlahan. Nasiblah ibu dah dengar. Memang dia akan bebel seboleh yang mungkin.
“Lili, panggil Faliq dan abang Edri makan sekali,” Lili mengangguk lalu berlalu ke ruang tamu.
“Faliq…abang Ed, jom makan? Ibu dah panggil…” Faliq dan Edri mengangguk lalu bangun mengikut langkah Lili ke dapur.
Bila melihat makanan yang terhidang, semuanya kecur liur. Sedap pulak tengok masakan ni. Amboi! Habis tu? Selama ni nak kata tak sedaplah eh?
“Hari ni bukan ibu yang masak tapi Lili yang masak. Yelah, memandangkan si Lili ni dah jadi bini orang kan? Kenalah belajar masak. Harap semua tak cirit biritlah ye?” Lili mencebik bila ibunya mengenakan dirinya. Sampai hati ibu cakap macam tu dekat aku?
“Serius Lili yang masak?” soal Edri seolah-olah tak percaya.
“Yelah abang. Adik saya nilah yang masak. Cuba try tengok?” suara Dalili pula menyapa suasana.
Faliq mencedok kuah tomyam tersebut ke dalam pinggannya.
Selepas membaca doa dengan lafaz bismillah, dia menyuap nasi ke dalam mulutnya. Lili pula berdebar-debar bila melihat Faliq menyuap nasi ke dalam mulut.Apalah yang mamat tu rasa? Ni, dahlah first time aku masak macam ni. Ibu pulak cakap je dekat aku garam dan gula kena masuk berapa sudu. Fuh… berdebaq-debaq pulak!
“Macam mana Faliq? Rasa tomyam tak? Ke rasa air paip je?” soal Puan Mashitah. Masih dalam mod nak kenakan Lili.
Faliq mengangguk. “Sedap ibu…” Lili menghembuskan nafas leganya. Nasib baik dia cakap sedap.
“Betul ni? Ikhlas dari hati?” Puan Mashitah menguji lagi. Manalah tahu cakap sedap semata-mata nak jaga hati Lili sahaja.
“Betul ibu. Sedap!” giliran Edri pula bersuara. Siap angkat thumbs up pulak tu.
Kali ni Lili betul-betul menarik nafas lega. Hampir naik semput jugaklah bila tengok abang Edri menyuap nasi ke dalam mulut selepas Faliq mengkomen masakannya.
“Alhamdulillah…” ucap Puan Mashitah. Maknanya anaknya dengar betul-betul arahan yang diberikannya tadi. Dalili pun tak dibenarkan untuk membantu Lili. Biar Lili dapat belajar dengan sendiri.
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...