Bab 17

14.1K 469 8
                                    

Selepas beberapa bulan...

Kad undangan perkahwinan dipandang lama. Sejujurnya hatinya masih tidak boleh menerima dengan perkahwinan yang bakal berlangsung antara Faliq dan Quratul tidak lama lagi. Hatinya bagai dikoyak. Dia memandang nama yang tertera di atas kad sekali lagi.

Undangan Perkahwinan antara
Syed Umar Faliq b. Dato Sri
Syed Baharudin
dan pasangannya
Quratul Ezrin bt. Ismail

Ya...tak lama lagi Syed Umar Faliq dengan Quratul Ezrin akan bersatu. Kau jangan mimpi Lili! Kau kena sedar diri kau Nur Lili Sorfina! Kau kena ingat diri kau yang kau tu tak ada apa-apa kaitan pun dengan Faliq! Dia dah pilih orang lain!
Jangan seksa hati kau lagi Lili! Jangan seksa hati kau untuk pergi ke majlis perkahwinan dia nanti kalau hati kau pun tak mampu hendak menerima. Dari hati kau sedih, baik kau tak payah pergi. Seeloknya kau pergi jauh dari hidup dia!
Batrisya merampas kad undangan perkahwinan dari tangan Lili. Dia membaca nama yang tertera sebelum membaling kad tersebut ke atas meja studinya. Dia mencekak pinggang sambil memandang Lili yang mukanya monyok. Dah kalah tikus mondok!
"See? Setiap kali berkaitan dengan Faliq, muka kau akan jadi tong sampah bandaran. Lili! Bukannya susah pun kau nak cakap yang kau sukakan dia! Takkan yang tu pun susah Lili Sorfina?!" haih! Kalau ikutkan hati aku ni, nak je aku heret dia ke Faliq lepas tu suruh dia luahkan apa yang dia rasa.
"Ya Allah Bat! Apa yang kau memekak ni? Tolonglah Bat! Aku tengah serabut sekarang ni! Jangan tambahkan serabut aku ni boleh?!" marah Lili apabila dirinya asyik didesak sahaja.
"Kau marah aku? Hey Lili! Sampai bila kau nak jadi macam ni? Menangis tak berlagu macam ni? Aku dah cakap! Cakap je perasaan kau tu dekat dia! Senang! Ini bila kad undangan dah dihantar, kau nak jadi macam ni? Macam lembu tengah nak beranak! Come on lah Lili!" suara Batrisya tidak puas hati.
Baru nak membalas kata-kata Batrisya, telefonnya berbunyi tanda ada mesej yang masuk. Dia mencapai telefonnya lalu memandang mesej di skrin. Dari Faliq. Ada apa pulak dia ni mesej aku?

Faliq: Kau dah dapat kad undangan aku tu?

Dah agak dah yang dia akan tanya pasal kad undangan tu. Tolonglah...aku terseksa di sini Faliq.

Me: Dah...aku dah dapat. By the way, tahniah sebab kau dah nak kahwin...

Air matanya terus gugur. Dari bergenang, mengalir terus.
"Yang tu je kau boleh balas? Congrats sebab kau dah nak kahwin. Come on Lili!"
"Bat...aku tak nak hancurkan masjid yang bakal dibina. Aku tak nak huru-harakan majlis diorang yang akan datang. Aku tak nak disebabkan aku, keluarga Quratul mendapat malu! Aku tak nak! Aku masih waras Bat!"
Batrisya mencebik. Drama Melayu sangat! "Kau ni kan...kalau tak buat cerita drama melayu boleh? Menyampah tahu tak!"
"Kalau aku rampas Faliq, lagilah drama melayu!" matanya memandang mesej yang dibalas Faliq.

Faliq: Baguslah kalau macam tu. Aku nak kau datang ke majlis aku nanti! Jangan kau tak datang pulak!

Yang ni...

Me: Insya-Allah...

Aku tak boleh janji Faliq. Aku tak yakin yang aku mampu tengok kau berkahwin dengan orang lain nanti. Tak apa...aku akan pergi jauh dari hidup kau Faliq. Itu janji aku.
"Insya-Allah...itulah jawapan cliché kau. Dahlah, aku nak pergi mandi," Batrisya mencapai tualanya lalu menuju ke bilik mandi. Tak boleh layan muka tak boleh blah Lili. Percayalah...dia tengah menangis sekarang ni.

"GEDIK kau kan nak kahwin muda?" ujar Uzma. Tak sangka dia yang adiknya akan kahwin dalam usia muda macam ni. Baru sahaja 20 tahun. Aku yang dah 23 ni pun tak kahwin lagi.
"Nak buat macam mana? Dah jodoh aku sampai awal? Apa yang aku boleh buat?" ujar Faliq sambil tayang muka tok wan kambing.
Uzma menampar muka adiknya perlahan. "Eleh! Kalau dah gedik, sememangnya akan gedik!"
"Kau jeles kan? Alah! Cakap jelah kau jeles sebenarnya? Jodoh kau tak sampai lagi!" Faliq mengenakan kakaknya yang sibuk menghias barang hantaran.
"Kebendanya aku nak jeles dengan kau? Hello! Kau tu adik aku ok? Aku tak kisah pun kalau kau nak kahwin awal. Janji kau bahagia."
"Wooo...ayat cliché jugak kau ni kan? Hahaha!" Faliq mentertawakan Uzma membuatkan Uzma mencebik geram. Ada saja dia ni nak cari gaduh dengan aku!
Ammar melangkah ke arah Faliq dan Uzma yang sejak tadinya asyik bertengkar sahaja kerjanya. Dah tak ada kerja lain agaknya? Mulut tu asyik nak pot pet je!
"Hello, hello? Dahlah tu bergaduh! Kalau bergaduh, bila nak siap?" tegur Ammar sebagai anak sulung.
"Tanyalah kakak sampai bila mulut dia tu nak bermurai!" dikenakan Uzma lagi.
"Amboi! Sedapnya kau cakap mulut aku ni murai! Mulut kau tahap kuda semput tak tahu pulak?!" adik aku ni memang ada saja bahan nak kenakan aku! Geram aku dibuatnya. Nasib baiklah adik aku. Kalau bukan, dah lama rasanya aku cekik-cekik.
"Aduh! Please ok? Tak payah nak bertekak di sini? Kang tak siap pulak barang hantaran ni," Ammar mencapai bunga telur lalu diisi dalam setiap lubang pasu tersebut. Pasu ke orang panggil? Argh! Lantaklah!
"Padan muka dia! Kenakan orang sangat!" balas Uzma sambil menjeling Faliq.
"Eleh! Kalau tak ikhlas, tak payah! Pi balik asrama!" bidas Faliq. Masih tak nak mengalah.
Bunga hiasan dibaling tepat kepada muka Faliq yang tadinya asyik mengenakan dirinya sahaja. Makin naik geram aku dibuatnya. Ya Allah! Panjangkanlah benteng kesabaran aku ni nak melayan adik aku bernama Faliq ni.
Ammar pula menggeleng. Kalau dua-dua manusia bertemu, memang maut dibuatnya. Bertekak 24 jam non-stop! Sebab tulah walid pun boleh naik darah tinggi dengan diorang ni. Bertekak sampai jiran sebelah pun boleh dengar. Adik sapa tak tau? Aku tak mengaku dua-dua ni adik aku. Melawak je.

Suri Hati Syed FaliqWhere stories live. Discover now