Bab 61

37.8K 713 42
                                    

Sudah 3 hari berlalu dan hubungannya masih dingin dengan Faliq.  Bukan dingin tapi entah.  Aku sendiri pun tak tahu nak cakap macam mana.  Faliq masih lagi melayannya nak  tak nak je.  Aku pun tak faham dengan sikapnya sekarang. 

Apa…nasib aku akan sama macam Quratul? Faliq ada perempuan lain?!
Tengok! Sekarang dah pukul 9.30 malam dan Faliq pun tak balik lagi.  Aku tak tahu dia ke mana sebenarnya.  Ya Allah…apa yang jadi sebenarnya ni? Aku betul-betul tak faham dengan perangai dia sekarang ni.

Tadi walid pulak cakap dia keluar ke kedai kejap.  Adalah tu dia nak beli apa-apa ke.  Pak Cik Jun dan Kak Jah keluar ikut sama dengan walid.  Tinggallah aku sorang-sorang dekat sini.  Tapi tak apalah rumah walid ni ada security guard.  Setidak-tidaknya aku rasa selamat sikit.

Telefon ditilik lagi.  Tiada balasan mesj yang diterimanya.  Huh… ke manalah dia pergi ni? Dia jumpa perempuan lain ke? Sudah 3 mesej dihantar kepada Faliq dan semuanya tak berbalas.  Kaki yang terasa lenguh dibawa ke sofa.  Untung juga Damia dah tidur.  Hari ni dia agak aktif.  Sebab tulah tidur awal.  Penat kot.

Elok sahaja check what’s app, tiba-tiba lampu rumah terpadam.  Gelap-gelita.  Hah sudah! Apa ni?!! Aku tak suka macam ni! Kenapa tiba-tiba blackout pulak?! Huhuhu…aku dahlah tak suka gelap! Menyeramkan! Lili bangun dari sofa.  Berbekalkan lampu suluh, dia berjalan ke pintu rumah.  Dia memandang rumah jiran-jiran. 

Kenapa rumah lain masih bernyala? Kenapa rumah walid blackout tiba-tiba? Hah! Sudah! Perompak?! Tiba-tiba dia ternampak ada bayangan yang lalu di pintu dapur.   Bersuluh lampu jiran sebelah, dia masih mampu nampak suasana di luar rumah melalui dapur.  Siapa pulak yang lalu tadi? Aku takut…

Bunyi grill yang dibuka lagi menyeramkannya.  Perompak!!! Hatinya makin bertambah debar-debar.  Dia bersembunyi di belakang sofa.  Tolonglah aku! Walid! Pak cik! Kak Jah! Baliklah cepat! Lili takut! Cepat sahaja air matanya mengalir keluar.  Ya Allah! Macam mana ni?!
Damia pulak tidur dekat atas.  Janganlah diorang culik Damia!
Derap kaki makin lama makin kedengaran.  Lili menekup mulutnya dari mengeluarkan sebarang bunyi esakannya.  Makin lama makin menghampirinya…

Ya Allah! Selamatkanlah aku! Elok sahaja dia berdoa, derap kaki itu berhenti di belakangnya.  Terus terasa seperti degupan jantungnya terhenti.  Serius! Rasa takut dan cemas menakluki dirinya sekarang. 
Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang.  Apabila melihat kelibat hitam itu, dia terus menjerit.  Habis bergema satu rumah dengan jeritannya.

Mulutnya ditekup dengan tapak tangan seseorang.  Siapa ni?! Dia mengetuk-ngetuk tangan tersebut.  Ini mesti lelaki! Kasar dan keras.  Dia mengetuk-ngetuk lagi tangan itu supaya melepaskannya.

“Tolong!!!!” jeritnya kuat.  Ya Allah…mintak-mintaklah aku pengsan sekarang ni.  Tak sanggup rasanya aku nak hadapi situasi selepas ini.
Dirinya dihenyak ke atas kerusi.  Bayangan lelaki itu menghampirinya.  Lili mengesot ke belakang lalu memeluk kakinya.  Dia terasa sofa memberat.  Maknanya lelaki itu sedang mendekatinya.

Please jangan sakitkan saya? S…saya tengah pregnant! Tolonglah!” serentak itu lampu rumah kembali bernyala dan terdengar jeritan surprise dari pintu rumah.

Pandangannya terus dihalakan ke pintu rumah.  Ada walid, Pak Cik Jun dan Kak Jah.  Dia memandang lelaki yang menghampirinya tadi.  Faliq?!!!

“Abang?! Jadi abanglah yang kononnya nak culik saya tadi?! Jahatnya abang ni!!!!” terus dia menangis.  Aku punyalah takut tahap nak mampus tadi.  Kecut semuanya ada.

Terus tubuh Lili dibawa ke dalam dakapannya.  Memujuk agar Lili berhenti dari menangis.  “Syhhh…dah.  Abang kan? Bukannya orang lain…”

“Yelah! Tapi kalau orang lain?! Tak menyesal?!” balasnya kasar.  Hatinya masih lagi dup dap kalah larian pecut dunia.

“Ok…ok…abang mintak maaf eh? Syhhh…jangan nangis lagi?” dia mengusap perlahan belakang Lili.

“Lagipun tadi sayang cakap sayang pregnant? Serius ke ni?” dia memegang perut Lili.  Masih lagi kempis.

“Yelah…saya tengah pregnant abang boleh pulak prank macam ni? Habis nak luruh segala organ saya tahu tak!” dia menumbuk dada bidang Faliq.

Dato Sri Syed Baharudin, Kak Jah dan Pak Cik Jun melangkah ke arah mereka.  Kek coklat diletakkan di hadapan Lili.  Atas kek tertulis Happy Birthday Nur Lili Sorfina.  Turns 22 years old

Happy birthday my wife.  Abang doakan supaya sayang dimurahkan rezeki, happy macam lagu Jomblo Happy tu…lepas tu sayang akan stay
di sisi abang dan jadi suri hati kepada Syed Umar Faliq sampai bila-bila dan lahirkan anak yang ramai untuk abang.  Boleh?”

Lili mengangguk kecil.  Air mata masih lagi menitis di pipinya.

“Sempena birthday sayang ni, abang nak buat perjanjian abang untuk sayang.  Abang janji abang akan stay dengan sayang sampai bila-bila dan abang takkan pernah jadi macam Syed Umar Faliq yang baru.  Abang akan cuba jadi Syed Umar Faliq yang baru.  Khas untuk sayang abang ni…” hidung Lili dicuit kecil.

“Nak make wish apa-apa tak sayang?”

“Saya cuma wish yang awak takkan pernah jadi Faliq yang dahulu.  Saya nak Faliq yang depan saya ni.  Saya akan jadi suri hati Syed Faliq buat selama-lamanya dan abang akan jadi yang the first kepada Lili Sorfina.  Boleh?”

“Insya-Allah…”

“Selamat menjadi ibu kepada Lili dan selamat menimang anak seorang lagi untuk Faliq…” ujar Dato Sri Syed Baharudin selamba.  Mereka tertawa dengan kata-kata selamba Faliq.

“Walid ni…ada pulak cakap macam tu?” tukas Faliq.

“Betul apa? Lili baru je nak jadi ibu dan Faliq dah jadi ayah…”

“Ok fineYou win walid…” akhirnya Faliq mengalah sahaja.  Dia memeluk erat Lili yang berada di sisinya.

“Dahlah…jom potong kek? Walid dah laparlah.  Tengok kek tu kecur liur betul!”

Aikk walid? Takkan menantu mengandung, bapa mertua yang mengidam? Bukan Liq ke yang tengah mengidam sekarang ni?” keningnya dijoengket.

“Alah…apa-apa jelah.  Yang penting perut walid lapar sebab tengok kek tu.  Kak Jah, pergi ambik spaghetti  yang Kak Jah dah masak tadi.  Fuh lapar…lapar…” mereka hanya ketawa melihat gelagat Dato Sri Syed Baharudin.  Lapar kalah orang mengandung.

Alhamdulillah…rupanya si Faliq ni berlakon je.  Aku pun naik terkejut jugak tadi.  Aku ingat sapa-sapalah yang nak culik aku.  Rupanya suami aku sendiri.  Hufff…nasib baiklah aku tak pengsan tadi.  Insya-Allah aku akan jadi suri hati kepada Syed Faliq buat selama-lamanya. Segala kekurangan dan kelebihan pada dirinya aku akan terima dengan seadanya.  Bila dah jadi isteri ni, kenalah banyak bersabar? Ye idok? Semoga gurau-senda antara mereka terus menjadi penyeri rumah tangga mereka dengan kehadiran bakal si kecil yang akan memeriahkan lagi kehidupan mereka.  Damia pun akan jadi kakak nanti.  Semoga rumah tangga mereka kekal bahagia buat selama-lamanya.  Amin…

                          ~TAMAT~

Suri Hati Syed FaliqWhere stories live. Discover now