Setelah beberapa minggu dia melihat perubahan dirinya dan juga perubahan yang berlaku pada diri Faliq, dia akhirnya membuat keputusan untuk pergi membuat check-up di klinik. Masalah Faliq makin kuat makan tu lantaklah dekat dia tapi aku ni. Dah terlepas tarikh datang bulan. Sepatutnya aku datang seminggu awal. Tapi, dah terlewat ni.
Dan…hasilnya yang aku dapat tadi…positif ke negatif? Positif, negatif?
Ok…tak main-main dah. Hasilnya aku positif. Positif apa? HIV? Eh! Mengarutlah kau ni! Aku positif hamil. Ikut kadar doktor, kandungan aku baru sahaja 6 minggu.
Alhamdulillah…Aku niat nak surprise kan Faliq, tapi bila tengok dia pun dalam keadaan penat, aku pun biarlah dia berehat apa dulu. Lepas habis penat dia tu, barulah aku ceritakan benda yang sebenar.
Selepas solat Isyak, aku menghampiri Faliq yang sedang menekan sesuatu di iPad miliknya. Busy betul eh dia ni? Sampaikan muka aku pun dia tak pandang? Dulu…kalau dia busy macam mana pun, dia akan layan aku tapi sekarang? Pandang aku sikit pun tak.
Tapi, aku tak kecik hati sebab mungkin kali ni projek yang dia dapat projek besar dan tak boleh dipandang remeh. Ya, aku tak boleh nak bersikap negatif. Mungkin dia tak perasan kehadiran aku?
“Abang…” abang? Ya…panggilan aku dah berubah untuk dia. Kau-aku tu bunyinya macam kasar sangat. So, better panggil dia abang kan?
“Hmmm?” ok, dia buat acuh tak acuh dengan aku. Dengar dia balas panggilan aku pun aku dah tahu.
“Saya ada benda nak cakap sikit…”
“Cakaplah…” balasnya meleret. Mata masih fokus kepada iPad. Kali ini dia menguruskan projek yang besar.
Lili mengeluh kecil. Mungkin sekarang ni Faliq tak nak diganggu dan mungkin aku dah ganggu dia?
Tak apalah…aku akan cerita lain kali.“Tak apalah…saya haus. Saya keluar kejap eh?” dia bangun dari birai katil.
Faliq cuma memandang tanpa ingin mengambil tahu apa yang ingin dikatakan oleh Lili sebenarnya.
Sampai di dapur, Lili mencapai cawan lalu mengisi air suam ke dalam gelasnya. Air suam itu diteguk rakus. Dahaganya…lagipun malam ni agak panas sikit. Nak hujan agaknya? Lagipun langit agak hitam malam ni.
Dia kembali ke bilik. Faliq sudah pun tidur. I Pad pun dah tak ada di tangannya. Mungkin dia dah simpan.Ditilik jam pada dinding. Dah pukul 10.30 malam. Awalnya dia tidur hari ni. Perlahan dia berjalan menuju ke arah katil lalu punggungnya dilabuhkan di birai katil.
Memandang wajah si suami yang nyenyak tidur. Hmmm…penat sangat agaknya sampaikan tak ada masa nak layan aku hari ni. Tak apalah Lili.
Kau jangan kecil hati dengan perbuatan dia. Ingat…dia tengah cari nafkah untuk memberi kesenangan dalam hidup kau.Tapi, bukan kesenangan yang aku nak tapi aku nak kasih sayang dia seperti sebelum ni. Masih ada masa untuk layan aku walaupun sibuk sampai macam mana sekalipun.
Lili! Enough! Jangan terlampau ikut perasaan sangat! Sudah! Baik kau tidur! Jangan nak fikir yang bukan-bukan sangat! Lili membaringkan badannya menghadap Faliq. Wajah itu diusap seketika sebelum dia melelapkan matanya.
TALI leher diperbetulkan. Kehadiran Lili yang sedang memandang ke arahnya langsung tak dihiraukan.
Jam di pergelangan tangan ditilik. Dah pukul 8.30 pagi. Kejap lagi ada meeting dengan D-Construct Holding dalam pukul 10 pagi macam tu. So, aku tak boleh lambat.Brief case diambil lalu dia berlalu keluar. Lili mengikut langkah Faliq hingga ke ruang makan. Faliq duduk di kerusi meja makan.
“Nak makan apa?” soal Lili.
Tangannya berkira-kira untuk mencedok nasi lemak yang dimasaknya khas untuk si suami.
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...