Bab 30

18.6K 733 13
                                    

“Kenapa dengan anak baba ni? Dari tadi menangis je?” suara Faliq sambil mendukung anaknya yang kerap-kali menangis.  Nak kata kembung, tak pun.  Nak susu? Aku dah bagi susu tadi tapi dia tak nak.
“Ke anak baba ni rindukan ibu?” wajah anaknya ditatap lama.  Wajah anaknya lebih iras kepada dirinya.  Hanya hidung sahaja yang sama dengan arwah isterinya.
Pintu biliknya diketuk perlahan.  Dia memandang ke arah pintu.  Dato Sri Syed Baharudin menghampirinya.  Pipi si kecil itu dicuit sedikit.
“Liq…walid ada benda sikit nak cakap dengan Liq.  Itupun kalau Liq sudi nak dengar?”
“Apa dia walid? Macam serius je bunyinya?” dahinya berkerut.  Nasib baik kening  tak bercantum.
“Macam ni…sebelum arwah pergi, dia ada pesan dengan walid…”
Makin bertambah kerutan di dahi Faliq.  Quratul ada buat pesanan? Kenapa aku tak tahu pun?
“Apa yang dia cakap dekat walid?” rasa ingin tahunya makin bercambah.
“Dia ada pesanan untuk kamu sebenarnya.  Tapi, yelah kan kamu mana sempat sampai waktu tu…”
“Ok…”
“Dia cakap dekat walid yang dia nak Lili jaga anak kamu.  Dia nak kamu berbaik dengan Lili…”
Mukanya terus berubah.  Happy ke? Ataupun rasa terkejut tiba-tiba? “Walid serius ke? Walid tak main-main? Ataupun walid sengaja nak kenakan Liq?”
“Walid tak gurau pun Liq.  Buat apa walid nak gurau kalau ini permintaan arwah? Walid cuma sampaikan kepada kamu je.  Arwah nak kamu dengan Lili macam dulu.”
“Walid…mana mungkin Liq boleh tunaikan permintaan dia.  Lagipun, Liq masih rasa bersalah dengan arwah.  Liq tak boleh walid…”
“Arwah tak mintak pun kamu segerakan hati kamu untuk Lili.  Lagipun, walid tahu yang kamu sebenarnya masih mengharapkan Lili datang kembali kepada kamu kan? Itu yang Liq nak sebenarnya kan?” kalau dia cakap tak, maknanya dia berbohong pada akulah.  Aku dah kenal dia nak dekat 22 tahun dah.
“Tipulah kalau Liq cakap yang Liq tak nak kembali dengan dia balik kan? Mestilah Liq nak kembali dengan dia tapi nak ke Lili dengan Liq balik, walid? Mana mungkin dia nak dengan Liq.  Liq dah kahwin.  Liq duda…”
Dato Sri Syed Baharudin menggeleng perlahan.  Tak suka anaknya berfikir negatif.  “Liq tak boleh nak fikir macam tu.  Kalau Liq fikir macam tu, alamatnya hubungan Liq dengan Lili takkan sampai ke mana dan permintaan arwah takkan tertunai.”
“Habis tu? Macam mana dengan Damia walid? Nak ke Lili tu terima Damia? Terima Damia sebagai anak dia nanti?”
“Itu tak jadi masalah pun Liq.  Kalau betullah dia cintakan Liq, dia mesti boleh terima kehidupan Liq seadanya.  Percayalah…”
Faliq cuma memandang walidnya dengan pandangan kosong.  Entah kenapa aku rasa macam ni.  Kalau sebolehnya, aku memang nak Lili kembali pada aku tapi aku raa itu suatu yang mustahil.

LILI cuma memandang kawasan rumah tersebut.  Hatinya berdegup kencang tatkala terfikirkan kemungkinan besar yang dia akan terjumpa dengan Faliq.  Yelah, dah satu rumah kan? Lagipun, aku dah berhenti kerja di Negeri Sembilan memandangkan aku harus menjaga anak  Faliq dan Quratul macam anak aku sendiri.  Jadi baby sitter lah ni.
Baru sahaja kakinya melangkah setapak, gate sudah terbuka dengan sendirinya.  Luas untuk dia menapak masuk ke dalam.  Dia berdiri tercegat di hadapan pintu besar tersebut.  Nak masuk ke tak eh? Isy! Rasa macam tak confident lah pulak! Asal rasa seram sejuk sangat ni?
Baru sahaja kakinya hendak melangkah pergi, dirinya ditegur oleh seseorang.  Yang pastinya suara wanita.  Lili menoleh memandang wanita yang agak berusia sedikit.  Tak adalah nampak tua sangat.
“Cik Lili?” soal wanita tersebut.  Lili mengukirkan senyuman lantas mengangguk kecil.
“Silakan masuk?” pintu dibuka luas.  Mengizinkan Lili masuk ke dalam rumah.
Duh! Rasa nak terkencing, nak terberak semuanya ada! Rasa berdebar tak menentu betul! Tapi, aku jamin yang sekarang ni Faliq dah pergi kerja! Ya…yang tu aku sure sebab kereta dia tak ada.
Dia memandang kembali wanita tersebut lantas kakinya bergerak masuk ke dalam rumah.  Sekeliling rumah dipandang seketika.  Mewah tapi simple.  Perfect.
“Mari saya tunjukkan bilik baby Damia?” Lili pula mengikut wanita tersebut menuju ke tingkat atas.  Pintu bilik dibuka.  Terlihat si kecil yang sedang nyenyak tidur.
“Nama dia apa?” soal Lili perlahan.  Macam takut-takut.
“Nama dia Sharifah Nur Erin Damia…” oh…boleh tahan panjang jugak nama dia.
“Jadi, inilah baby yang saya kena jagakan tu?” wanita tersebut mengangguk kecil.
“Maaf…boleh saya tahu nama mak cik apa? Lebih senang kalau saya panggil dengan nama je…” soalnya lembut.  Kalau kasar ada yang makan penampar.
“Alah…panggil bibik sudahlah…”
“Eh! Mana boleh macam tu.  Lagipun, saya ni bukannya tuan rumah.”
“Tak apalah…panggil je Kak Jah ya? Dalam rumah ni semua panggil Kak Jah…”
“Baiklah Kak Jah…” dia menghampiri Dami yang tidur di dalam katil khas untuknya.  Muka sebijik macam Faliq.  Cuma perbezaannya hanya pada hidung.
“Akak tinggalkan Lili dulu ye? Akak nak kena turun masak.  Kejap lagi Tuan Syed pulang…”
“Baiklah…” Kak Jah melangkah keluar meninggalkan Lili yang ralit melihat Damia.  Kalau tak masak ni, Tuan Syed marah pulak.

Suri Hati Syed FaliqWhere stories live. Discover now