Bab 2

25.2K 808 4
                                    

Faliq yang duduk di sebelahnya dibuat tak tahu.  Baik aku fokus dengan apa yang diajar oleh Cikgu Mimi.  Daripada melayan mamat ni, entah ke mana pelajaran aku nanti.
“Hai…nama kau apa?” suara Faliq menyapanya. 
Errr…mamat ni dah kenapa tiba-tiba tanya nama aku? Bukan ke tadi Cikgu Mimi dah sebut nama aku? Ke dia ni pekak sebenarnya?
“Perlu ke tahu?” tangannya ligat menyalin setiap buti yang ditulis oleh Cikgu Mimi di papan putih.
“Aku nak tahu je,” janganlah sombong sangat.  Jual mahal pulak.  Aku ni bukannya nak ngorat dia pun.
Name tag ditarik lalu ditunjukkan kepada Faliq.  Aku nak buat kerja pun tak senang.  Sepatutnya si Faliq ni duduk je tepi Aisyah.  Apa salahnya? Aisyah pun macam aku jugak.  Tak berapa layan budak lelaki sangat.
“Oh…Nur Lili.  Sedap nama kau,” puji Faliq ada maksud lain tu.
Yelah nama aku sedap sangat.  “Bukannya boleh makan pun.” balasnya selamba.  Macam manalah rasa nama aku ni? Macam mana dia tahu nama aku ni sedap?
Alah kau ni Lili.  Nak buat loyar buruk pun kejap lagilah.  Tak menyempat langsung nak sumpah seranah orang dalam hati.  Buruk gila perangai kau!
“Lili, boleh tolong saya?” pinta Cikgu Mimi.
Lili memandang Cikgu Mimi.  Dia mengangguk kecil.  Selama ni pernah ke dia tak mintak tolong aku? Well, aku kan Penolong Ketua Kelas.  Jadi, apa-apa pun dia akan rujuk pada aku.  Kalau nak harapkan si Danish tu, memang tak dapat apalah.
Cikgu Mimi menghampirinya bersama buku register.  Nak suruh aku tulis nama semua pelajarlah tu untuk bulan 3.  Nasib baik tulisan aku ni lawa tau.  Ceh! Perasan sendiri gila kau ni.  Kau ni dilahirkan untuk perasan diri sendiri ke?
“Macam biasa ya? Tulis nama semua murid untuk bulan 3.  Tulis nama Faliq sekali eh?”
“Baik cikgu…”
Pen dikeluarkan lalu tangannya mula menulis semua nama pelajar mengikut senarai nama bulan dua.  Nama Faliq tak lupa untuk ditulis.  Tapi…nama dia apa eh? Tulah kau! Cakap orang pekak tapi kau sendiri yang dah tuli sebenarnya!
“Nama kau apa eh?” soalnya perlahan.
“Nama aku? Nak buat apa? Hmmm…kau mesti nak mengorat kan? Kan aku dah cakap?”
Lili menunjukkan muka meluatnya.  “Kau gila ke apa? Hello! Aku nak letak dalam register ni.  Cepatlah! Tak ada masa aku nak ngorat kau gila!”
Dasar lelaki yang perasan.  Eii! Aku tak pernah jumpa lagi lelaki yang perasan macam ni.  Serius perasan tahap dua puluh.  Dia ingat muka dia tu hot, aku nak ngorat dialah? Dalam mimpi!
“Ok fine.  Nama aku Syed Umar Faliq b.  Syed Baharudin,” dengar sahaja nama disebut, tangannya cepat-cepat menulis nama lelaki tersebut.  Rasa macam nak tersenget pulak tangan aku ni tulis nama dia.  Menyampah!
“Kenapa kau ni snobbish sangat eh?” soalan diputarkan oleh Faliq.
Ya Allah! Dia ni memang mulut spesis mak cik-mak cik ke hah? Sikit-sikit nak cakap.  Aku naik bosanlah dengan mamat ni.  Sikit-sikit, nak tanya.  Mengacau ketenteraman aku.
“Boleh tak kau berhenti bercakap sebab aku malas nak layan kau,” suaranya sedikit menjengkelkan.
“Aku ni tak cukup hensem ke nak berkawan dengan kau?” pandangan Lili dihalakan kepada Faliq.
Can you shut up for a while? Lagipun, kau hensem ke tak I don’t care.  Nak buat apa dengan kehenseman kau kalau mulut kau tu celoteh macam perempuan?” keningnya dijongketkan.  Selepas habis mengisi nama, dia bangun lalu buku register diserahkan kepada Cikgu Mimi.
Lili kembali ke tempatnya.  Faliq memandang Lili dalam-dalam.  Takkan dia ni langsung tak cair dekat aku kot? Tadi, hampir budak perempuan sekolah ni sambut kedatangan aku tau. 
“Apa pandang-pandang? Mata tu mintak sedekah nak kena cucuk dengan pen ke?” kalau pandang perempuan, tak berkedip langsung! Aku dah agak dah! Dia ni spesis playboyHuhuhu…sampai bilalah aku nak kena duduk dengan dia ni?
“Kasar betul eh kau ni? Tomboi ke apa?”
Lili mencebik.  Nak samakan aku dengan tomboy pulak? Tak dapat nak ngorat aku, nak kata aku tomboy pulak?
“Kau ni boleh tak senyap? S.E.N.Y.A.P.! Senyap means silent! Budak tadika pun fahamlah!” sengaja dia mengeja satu persatu perkataan senyap.  Manalah tahu dia tak tahu makna perkataan senyap.
“Kau ingat aku ni tak F.A.H.A.M. ke?” hak alah! Dia pun nak main mengeja jugak?
“S.E.N.G.A.L.!” memang cara dia ni sengal pun.  Suruh diam tak nak diam.  Telinga aku ni sikit lagi naik bernanah kalau dia nak cakap tak henti-henti.  Menyemakkan hati!
“T.O.M.B.O.I.!” pen segera dibalingkan kepada Faliq.  Sedap hati dia je nak cakap aku ni tomboy? Kurang ajar betullah.
“Sakitlah!” adu Faliq.  Pergaduhan mereka mengundang perhatian kelas.  Cikgu Mimi turut memandang mereka.
“Ada apa Lili? Faliq?” soal Cikgu Mimi bila Lili dan Faliq saling berpandangan tak puas hati.
“Cikgu! Lili ni gilalah cikgu! Ada dia baling pen dekat saya?” hak alah mamat ni! Dia main mengadu pulak?
“Cikgu! Dia ni memang layak dapat penampar pen! Cikgu tahu tak? Dia ni pot pet 24 jam! Sakit telinga saya cikgu! Dasar playboy!” Lili menjelirkan lidah kepadanya.
“Tengok cikgu? Dia maki saya cikgu?”
“Memang layak pun! Kau ingat kau hensem sangat dah? Cikgu tahu tak? Dia cakap saya ni tomboy! Mulut nak kena cili betullah!”
“Eh! Sudah,sudah! Apa kamu berdua ni? Ya Allah… boleh pulak nak bergaduh macam ni? Lili, dia kan budak baru sekolah ni? Mestilah dia nak kenal kamu.”
“Masalahnya cikgu, dia ni bukan nak kenal tapi nak bingitkan telinga saya ni cikgu.  Cikgu! Apa kata cikgu tukarkan si Faliq ni duduk tepi Aisyah.  Biar Batrisya duduk tepi saya balik cikgu!”
“Sudah! Ya Allah! Pening kepala cikgu dengan kamu berdua ni.  Lili, Faliq, behave yourselves ya? Bertengkar je kerja.”
“Cikgu!” suara mereka berdua serentak.
“Apa? Lili, kamu kena layan si Faliq ni elok-elok.  Faliq, jangan kacau dia sangat.  Lili memang tak suka dikacau…” nasihat Cikgu Mimi.
Nasihat macam tu je ke cikgu? Memang tak makanlah mamat ni! Tunggu makan kasut Warrior aku je ni.  Dia bukak mulut sekali lagi, tahulah aku nak buat apa!
“Kau ni kan?!” Faliq memandangnya geram.
“Apa? Apa? Kau bukak mulut kau sekali lagi, kasut aku ni jadi sajian utama kau kejap lagi!” suaranya keras.  Faliq dan Lili sama-sama mendengus geram.
Jaga kau Lili! Faliq berkata dalam hati.  Perasaan geram masih beraja dalam hatinya.

Suri Hati Syed FaliqWhere stories live. Discover now