Kakinya melangkah perlahan masuk ke dalam bilik. Dah masuk Asar ni. Faliq pun tak bangun lagi. Damia? Telahlah. Lena lagi budak tu. Anak dengan bapak sama je. Kuat tidur.
Lili berkira-kira untuk mengejutkan Faliq. Dia ni pengsan ke apa? Langsung tak sedar nak bangun ni? Alah Lili…kenapa nak berkira sangat? Nak kejutkan suami bangun solat je pun?
Tangannya ditarik balik. Errr…nak kejutkan ke tak? Masalah betullah kau ni Lili. Kejutkan jelah. Apa yang susahnya? Tangannya mencuitkan sedikit kaki Faliq.
“Weyh…Faliq. Faliq? Bangunlah solat Asar.” Faliq bergerak sedikit. Tanda konon-kononnya dia sedarlah tu.
“Bangunlah. Solat Asar. Takkan kau cuti kot?” susah sangat nak bangun. Buat-buat mengeliat pulak.
“Kejaplah…5 minit…” Faliq memeluk bantal panjang. Rasa tak larat masih menyelubungi dirinya.
Amboi…dia mintak lima minit lagi?Apa? Dia ingat mati pun boleh tunggu dia lima minit lagi?
“Bangunlah! No 5 minutes okay? Mati pun tak adanya nak tunggu dengan 5 minit kau tu. Bangun! Cepat!” dia menarik tangan Faliq supaya bangun. Memang liat betullah dia ni. Suami sapa entah dia ni?
Faliq menarik tangan Lili lalu Lili jatuh di atas tubuh Faliq. Lili pula terkejut dengan tindakan spontan
Faliq yang menarik tangannya. Lili cuba bangun namun tubuhnya didakap erat. Langsung dia tak boleh bangun.“Weyh…kau ni dah kenapa? Lepaslah. Aku suruh kau bangun solat Asar. Bukannya suruh kau peluk aku macam ni,” tangannya ligat menolak badan Faliq. Sudahnya badan dia ni macam batu. Keras.
“Kejaplah…bukan selalu aku dapat peluk kau macam ni. Kalau aku mintak, memang taklah kau nak bagi kan?” senyuman manis terukir di bibirnya. Gila kau tak seronok peluk bini sendiri? Bagi yang sapa tak kahwin lagi tu, kena tunggu kahwin dulu eh? Jangan pi peluk anak dara orang ikut sedap hati je.
“You know what? Hugs you makes me feel better by my emotional, my feelings towards you. It’s feel more reliefs than do something make me stressful. You’re mean to me although I know your hearts doesn’t belong to me. But it’s okay. I know one day I will get good marks from you. Am I right?”
Lili memandang Faliq. Cakap dalam BI. Manalah aku pandai sangat nak balas dalam BI. Dia tu tak apalah belajar tinggi-tinggi walaupun aku tahu sebenarnya dia belajar setengah jalan je.
“Roses is red, skies half of white, may I love you with all my might?” lagi bertambah degupan Lili bila Faliq berkata sebegitu. Kenapa pulak aku nak berdegup pulak ni?
“You know what wife? You’re like Google because you’re the one I’m searching for.”
Sekali lagi ayat Faliq membuatkan dia berdebar-debar dengan kencang? Masya-Allah. Kuat betul jantung aku ni berdegup.
“A…apa yang kau cuba cakap ni Faliq? Semuanya speaking ni? A…aku tak selesalah. Aku nak bangun Faliq.”
“No until you answer my second sentences. May I love you with all my might?”
Ya Rabbi! Dia ulang lagi ayat tu? May I love you with all my might? “Kenapa kau tanya soalan macam ni Faliq?”
“I don’t know. I’m just saying. If you won’t answer me, then let’s just hugs.” Faliq mengetatkan lagi pelukannya. Lili pantas menolak badan Faliq.
“Ok fine! Untuk ayat kedua tu, lantak kaulah kau nak cintakan aku dengan sepenuh jiwa raga kau sekalipun. Itu hak kau and I don’t care, okay? Lagipun, kalau aku tegah, lagi kau akan memaksa kan? Jadi, baik aku bagi je.”
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...