Lili mendodoikan Damia di ribaannya memandangkan mata kecil itu mulai kuyu. Lili duduk di birai katil. Memikirkan apa yang telah terjadi pada petang tadi.
Ya Allah…aku buntu sekarang ni. Patutkah aku kahwin dengan Faliq semata-mata untuk tidak menimbulkan syak wasangka orang?
Aku cuma baby sitter dan itu sahaja yang dipinta oleh arwah Quratul. Memanglah dia minta aku berbaik dengan Faliq tapi tak bermakna aku harus bersama dengan Faliq. Itu satu perkara yang mustahil untuk aku terima. Benda ni aku harus pertimbangkan sebaik-baiknya.
Memang…memang dahulunya aku sukakan dia gila-gila. Aku pernah menyimpan perasaan cinta pada Faliq tapi bila dia memilih Quratul sebagai suri hati dia, aku faham yang perasaan cinta aku tu harus aku buang jauh-jauh. Tapi, sekarang, kenapa pula jadi begini bila aku dah buang perasaan aku jauh-jauh?
Deringan telefon menghentikan lamunan Lili tadi. Telefon dicapai lalu memandang nombor pemanggil. Dari rumah. Mesti ibu punya ni.“Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam. Lili…Lili ok ke dekat sana?”
Hampir sahaja air matanya menitis bila ibunya bertanya sebegitu. Lili tak ok ibu!!! Mahu saja dia menjerit.
“L…Lili ok je ibu. Cuma, tak sihat sikit je. Kenapa ibu?”
“Hmmm…tak ada apalah. Cuma ibulah rasa tak sedap hati. Asyik teringatkan kamu je. Tak apalah kalau Lili cakap macam tu. Ubat jangan lupa makan!”
“Ye ibu…ibu pulak macam mana? Sihat?”
“Alhamdulillah sihat. Cuma, sunyi sikitlah kan? Lili tak ada di sini. Jadi baby sitter dekat KL sana. Kak long pulak suami dia outstation. Tak boleh nak hantar kak long balik sini.”
“Oh…sorry ibu sebab tak dapat balik. Tak apa, nanti Lili try balik eh?”
“Tak apalah Lili. Ibu ok je dekat sini. Lagipun, kadang-kadang mak ngah datang teman ibu dekat rumah…”
Lega sikit hatinya mendengar. Sekurang-kurangnya mak ngah menjadi peneman. “Ye ke? Baguslah. Tak adalah Lili risau sangat.”
“Janganlah risau. Ibu ok je. Lili tu je yang kena jaga diri. Tak apalah. Ibu ni telefon kejap je. Pergilah tidur…”
“Hmmm…Lili rindu ibu…”
“Ye…ibu pun rindu Lili jugak. Tak apalah Lili. Ibu letak dulu. Tidur awal! Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam…” selepas talian diputuskan, telefon diletakkan di tepi. Satu keluhan kecil terbit di bibirnya. Rasa terbeban pula dengan keadaan sekarang ni.
Tiba-tiba pula tekaknya terasa haus. Dia bangun perlahan dari katil lalu keluar dari bilik menuju ke dapur. Lagipun, masa masih awal. Baru je pukul 9.35 minit malam. Awal lah kan?
Air kosong dituang ke dalam gelas lalu dia meneguk perlahan. Otaknya ligat memikirkan benda yang sama. Dia mengeluh lagi buat kesekian kalinya.
“Kenapa mengeluh ni?” tanya Dato Sri Syed Baharudin yang baru melangkah masuk ke dalam dapur.
Hampir tersedak Lili dibuatnya. Cepat-cepat dia meletakkan gelas lalu memandang Dato Sri Syed Baharudin yang sedang meneguk air kosong di dalam gelasnya.
“Errr…tak ada apalah pak cik…” Lili tersengih. Nak cover lah tu! Dasar Lili!
“Yelah tu…pak cik tahu apa yang ada dalam otak kamu sekarang ni Lili. Mesti terfikirkan pasal petang tadi kan?” seolah-olah dia dapat membaca akal dan hati Lili. Dia tahu mana
mungkin Lili dapat menerima Faliq sewenang-wenangnya.“Tak adalah pak cik…” isy! Agaknya pak cik ni keturunan Pak Belalang kot? Apa yang aku fikir dan terlintas dalam hati aku mesti dia akan tahu.
“Pak cik ni dah lebih banyak makan cuka dari kamu Lili. Pak cik tahu apa yang kamu rasa dan apa yang kamu tengah fikirkan sekarang ni. Pak cik faham niat kamu hanyalah sekadar menjadi baby sitter kepada Damia je kan? Tapi, bila jadi macam ni, stuck, right?” Dato Sri Syed Baharudin tersenyum.
Lili menggaru kepalanya yang dilapik dengan tudung bawal. Memang betullah! Orang tua ni lebih tahu dari orang muda. Mungkin dah lama hidup di dunia sehinggakan mereka tahu apa yang kita rasa sekarang ni.
“Pak cik pun pernah alami benda yang sama. Berada dalam keadaan tersepit macam kamu nilah. Tersekat di tengah-tengah jalan. Tak tahu nak pilih yang mana kan?”
“Jadi, saya perlulah kahwin dengan Faliq?”
“Pak cik tak paksa Lili untuk berkahwin dengan Faliq begitu juga dengan Faliq. Pak cik tak paksa dia untuk berkahwin dengan Lili. Cuma, apa yang pak cik takutkan sekarang ialah jika mereka dapat tahu kamu berdua duduk berduaan dalam keadaan tanpa ikatan yang sah. Kali itu, memang kamu berdua harus dinikahkan terus.”
Macam seram je bunyinya? Yang tu lagi stres. That’s mean by hook or by crook, aku kena kahwin dengan Faliq? Dan semestinya jawapannya ialah yes! Aku kena kahwin dengan Faliq bagi mengelakkan kejadian macam ni jadi.
“Pak cik tahu kamu masih tak boleh nak terima Faliq dengan apa yang dah terjadi sebelum ni kan? Pak cik faham apa yang kamu rasa. Semestinya takut untuk berdamping dengan orang yang pernah sia-siakan hidup orang lain. Tapi pak cik kenal anak pak cik Lili. Dia takkan buat macam tu pada orang yang dicintainya.”
Lili mengerutkan dahinya. “Tapi pak cik…dia cintakan Quratul kan? Kenapa dia buat macam tu pada Quratul? That’s not fair for her!”
“Itulah yang dikatakan cinta monyet zaman remaja sekarang. Tak pandai nak bezakan antara cinta dan suka. Pada pandangan pak cik, Faliq dulu nikah dengan Quratul hanya kerana tertarik pada kelembutan yang ada pada diri Quratul. Itu sahaja. Dia bukannya cintakan Quratul…”
“Dia tak boleh buat macam tu pak cik…” rasa tak adil pada Quratul yang mempercayai Faliq sepenuhnya.
“Pak cik tahu tapi nak buat macam mana kan? Sejak Lili tak datang pada majlis perkahwinan Faliq, Faliq dah mula tak senang duduk. Dia asyik menunggu kehadiran Lili je. Dari situ pak cik dah boleh baca sebenarnya…”
Lili menggigit bibirnya. Maknanya semua ni berpunca daripada akulah? Akulah punca hubungan Faliq dan Quratul berantakan?
“Salah saya pak cik…”
“Tak…bukan salah Lili. Nak buat macam mana kan? Dah kita tak boleh nak datang waktu tu. Bukan saja-saja kan?”
Ya…bukan saja-saja. Aku tak datang sebab aku tak nak aku menangis bila aku tengok upacara akad nikah diorang. Aku takut aku tak mampu mengawal perasaan aku bila tengok diorang akad nikah.
“Perkara dah lalu pak cik…”
“Ya…perkara dah berlalu tapi hati? Takkan berlalu macam tu jugak?” Lili memandang Dato Sri Syed Baharudin. Ada maksud di sebalik kata-katanya.
“Maksud pak cik?” dia memandang Dato Sri Syed Baharudin.
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...