Puan Mashitah menghampiri Lili yang sedang termenung di kerusi luar rumah. Entah apa yang difikirkannya lagi, dia pun tak tahu. Anak dia memang seorang pendiam. Adalah tu yang tak kena dengan hati dia.
"Lili..." Puan Mashitah duduk di kerusi bersebelahan dengan Lili. Lili pula segera menepis air matanya.
Bila melihat air mata anaknya, tahulah dia siapa yang berada di dalam fikiran Lili sekarang ni. Mestilah si Faliq. Hmmm...hebat betul cinta-cintun budak zaman sekarang.
"Ada apa ibu?" dia cuba menayangkan muka selamba walhal hati?
"Sudahlah tu Lili. Sampai bila Lili nak jadi macam ni? Menangis macam ni? Dah 2 hari Lili balik sini. 24 jam berendam dengan air mata," komen Puan Mashitah. Hatinya turut rasa sayu melihat tangisan anaknya.
"Ibu...kenapa dia kahwin dengan orang lain? Dia tak tahu ke yang selama ni Lili tunggu dia?"
"Lili...tak semua dalam dunia ni kita boleh dapat dan akan dapat. Mungkin Faliq bukannya jodoh Lili. Mungkin jodoh dia sebenarnya dengan isteri dia yang sekarang ni."
"Lili sayang dia ibu..."
"Ibu tahu Lili sayangkan dia tapi Lili kena ingat. Dia dah jadi suami orang. Tak baik kalau Lili kacau rumah tangga Faliq. Apa yang ibu nak sekarang ni Lili biarkan Faliq. Biarkan dia dengan kehidupan dia. Lili pulak tugas Lili ialah belajar. Capai impian Lili..."
Air mata yang hampir mengalir diseka cepat-cepat. Ada betul cakap ibu. Aku kena lupakan Faliq dan biarkan dia dengan kehidupan dia yang sekarang ni. Aku pulak harus kejar cita-cita aku.KELIBAT Lili cuba dicari. Dalam kelas tak ada. Tambahlah lagi di kawasan universiti ni. Manalah aku nak cari dia?
Dia ternampak Batrisya yang sedang berjalan menuju ke kantin. Hah! Aku boleh tanya Batrisya! Dia berlari mendapatkan Batrisya.
Batrisya menggaru kepalanya bila ternampak Faliq yang sedang menghampirinya. Sudah! Ini kalau tak bukan, mesti dia nak tanya pasal Lili lah ni! Huhuhu...apa yang aku nak jawab ni?
"Bat! Bat! Tunggu kejap!" laung Faliq agak kuat. Dia berdiri di hadapan Batrisya. Tercungap-cungap dia dibuatnya. Penat berlari kalah marathon.
"Awak nak apa Faliq? Cakaplah...saya nak kena cepat ni. Kejap lagi saya ada kelas," sengaja dia mencipta alasan walhal dia dah tak ada kelas lepas ni.
"Ok, ok. Saya cuma nak tanya mana Lili? Hari ni dia tak ada pun dalam kelas. Dia tak sihat ke?"
Batrisya memandang ke kiri dan ke kanan. Tak selesa bila nak bercakap perihal Lili. Dia tak nak disebabkan Faliq, rahsia yang selama ini dia simpan terbocor.
"Bat...saya tanya awak ni? Awak kan kawan dengan Lili? Awak tahu kan kenapa dia tak datang? Dia sakit?" Faliq mendesak lagi.
Batrisya mengeluh seketika. "Faliq, saya rasa awak tak perlu tahu kot pasal Lili? Lagipun, awak dah berkahwin kan? Apa yang awak nak lagi dari Lili?" rasa gugupnya cuba dikawal.
"Saya cuma nak tanya pasal Lili je. Takkan itu pun salah?" sudah! Macam aku ni jenayah pulak.
"Salahlah sebab awak ni dah jadi suami orang. Sepatutnya sekarang ni awak jaga je isteri awak tu. Bukannya awak kisahkan pasal Lili..." selama ni kau tak pernah pulak nak kisah macam ni pasal Lili?!
"Apa ni? Awak ada sorok sesuatu dari saya kan? Awak cakap Bat!" dia mula rasakan sesuatu yang tak kena. Mesti ada benda yang terjadi dekat Lili!
"Tak ada apa yang jadi pun! Cuma sekarang ni dia ada dekat overseas! Dia nak pergi jauh dari awak. Awak dah fahamkan sekarang ni?"
Fikiran Faliq mula bercelaru. Kenapa dia perlu pergi overseas? Apa kaitan dengan aku lagi sebenarnya?
"Maksud awak?"
"Tak ada apalah Faliq. Saya tak nak mengulas banyak-banyak. Saya nak kena pergi sekarang. Assalamualaikum!" Batrisya melangkah cepat pergi meninggalkan Faliq. Kalau macam ni lama-lama, silap hari bulan aku boleh terlepas cakap.
Apa yang jadi sebenarnya? Kenapa dengan diri aku sekali jadi mangsa? Ada salah apa yang aku dah buat dekat Lili sampaikan Lili nak kena lari ke overseas?MATA Batrisya membulat mendengar keputusan Lili. Ingatkan telefon Lili ni nak tanyakan khabar je, rupanya bila telefon Lili ada khabar yang lebih besar! Sesuatu keputusan yang tak dijangka dibuat oleh Lili.
"Kau gila ke apa Lili?! Takkan kau nak berhenti terus? Hari tu kau janji dengan dekan sebulan je kan? Ini apa kes pulak kau nak berhenti terus?" gila betullah si Lili ni. Lama-lama aku akan meroyan dengan perangai dia ni.
"Lili! Kalau ye pun, tak payahlah sampai nak berhenti! Tukar bidang sudahlah! Ambik bidang sama dengan aku."
"Ya Allah kau ni! Suka kan buat aku dapat sakit jantung ayam? Sudahlah Lili. Kau tak boleh buat macam ni."
"Lili! Lili!" telefonnya dipandang lama. Eii! Rasa macam nak baling je telefon aku ni.
Ya Allah... kenapa kawan aku terlampau terburu-buru ketika membuat keputusan? Kenapa dia tidak berfikir dahulu sebelum membuat keputusan? Lili ni memang betullah! Hati batu!
Suka buat keputusan terburu-buru. Perangai tak pernah nak berubah! Suka utamakan hati dari otak! Dia langsung tak fikir baik buruk dulu. Sakit otak betullah fikirkan si Lili ni.
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...