Bab 4

20K 618 1
                                    

“Macam mana dengan sekolah tu Liq? Liq suka dengan sekolah baru tu?” Dato Sri Syed Baharudin mengambil tempat di sebelah anaknya yang sedang menonton televisyen.
“Oklah walid dari tak boleh belajar langsung kan?”
“Ada ke perempuan yang suka dekat anak walid ni?” pandangan Faliq tertumpu pada walidnya.  Ada sensor pulak walid ni.
“Walid ni memang serba-serbi tahu eh? Macam mana walid boleh tahu?” setahu aku, pendaftaran aku ke sekolah tu hari ni tanpa walid.  Hanya Pak Cik Jun sahaja yang tahu.
“Walid dah masak dah dengan ragam sekolah sekarang ni.  Tak mustahil anak walid ni tak diminati ramai.  Kalau sekolah yang dekat KL tu pun dah berebut-rebut, apatah lagi di Terengganu ni?”
Faliq tertawa kecil.  “Tapikan walid, ada seorang ni perempuanlah…perangai dia macam tomboy.  Liq ni tak pandang langsung.  Cakap dengan Liq pun macam nak tak nak je.”
“Ya? Nama apa?”
“Nur Lili…tapi itu jelah yang Liq tahu.  Dia ni memang kasar.  Tadi dia baling pen dekat Liq.  Nasib baik tak baling betul-betul muka,” masih boleh terbayang macam mana pen tu sedap je cium baju aku.  Fuh!
“Liq duduk tepi dia ke?”
Ha arr…Cikgu Mimi cakap kalau Liq duduk dengan orang lain, alamatnya Liq kena ngoratlah.  Tapi betul cakap Cikgu Mimi.  Duduk tepi Lili ni kan, tak adalah kena kacau sangat,” tak adalah nak ngorat ke apa.  Takkan diorang takut dengan Lili kot?
“Orang macam tu kan Liq kadang-kadang orang fikir dia sombong tapi sebenarnya dia tak sombong pun.  Dia nak jaga kehormatan diri dia.   Sebab tulah ada yang jadi seganas macam Liq cakap tu.”
“Macam tu ke walid? Habis tu, takkanlah dia tak berkawan dengan lelaki langsung?” macam peliklah pulak kalau dia langsung tak berkawan dengan lelaki.  Seganas dia pun mesti ada kawan dengan lelaki jugak kan?

“MEMANG tak arr nak kawan dengan dia! Tolonglah abah.  Dia tu dahlah tahap ala-ala planet pluto! Bercakap je kerja dia abah! Tak larat dengar tau!” Lili mencedok sayur campur ke dalam pinggannya.
“Apa salahnya kalau dia nak kawan pun? Diakan baru pindah datang ke Terengganu ni? Mestilah dia kekok nak cakap dengan orang.  Dah memandang dia duduk tepi kamu, apa salahnya?” Encik Fauzi menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
“Ada apalah ni dua beranak tengah bincangkan?” Puan Mashitah duduk di kerusi meja makan.  Nasi dicedok ke dalam pinggannya.
“Tak ada apalah Mashitah oiii.  Anak kita ni hah ada yang berkenan dekat dia!” Lili pantas mencubit tangan abahnya.  Encik Fauzi ketawa kecil.
Puan Mashitah mengerutkan dahinya mendengar kata-kata suaminya.  Ada orang berkenan dekat anak aku?
“Siapa yang berkenan dekat Lili ni?” soal Puan Mashitah ingin tahu.  Anak aku ni dahlah ganas.
“Mana ada ibu! Abah ni suka buat cerita! Pandai-pandai je dia cakap!” isi ikan merah disuap ke dalam mulutnya.  Mulut masih mengunyah tapi matanya memandang abahnya tajam.
“Kalau awak nak tahu, budak tu hensem! Siap lambai tangan dekat anak kita ni,” ketawa Encik Fauzi menambahkan kegeraman di hati Lili.  Abah ni! Kalau sakat aku, memang tahap hiperbola.
“Amboi! Lambai tangan.  Hensem sangat ke budak tu Lili?” Puan Mashitah meneguk air di dalam gelasnya.
“Hensem? Hensem apa ibu kalau perangai dia sebenarnya sengal! Sengal tahu tak! Hesy!” tak tahan aku macam ni.
“Tak kisahlah Lili.  Biarlah dia nak berkawan dengan kamu pun.  Takkanlah sampai bila-bila Lili nak kawan dengan Izzul dan Batrisya je? Biarlah dia jadi kawan kamu pulak Lili,” nasihat Puan Mashitah.  Kalau dah niat nak kawan, apa salahnya?
“Ibu! Dah kenapa pulak geng dengan abah ni? Tak sukalah dekat Faliq tu! Sengal tahu tak?” ni yang buat selera makan aku ni mendadak turun.
“Yelah tu tak suka.  Tengoklah nanti! Entah-entah rindu tahap beruk!” suara Encik Fauzi membuatkan Lili mendengus geram.  Pinggannya diangkat bawa ke sinki.  Selepas mencuci tangan, dia menuju ke bilik. 
Kepalanya dililit dengan shawl lalu keluar dari rumah.  Telefon dibawa keluar lalu mendail nombor Izzul.
Hello Izzul! Jom lepak tepi pantai?”
“Yelah! Ajak Bat sekali!” talian diputuskan lalu dia berjalan kaki ke pantai yang tidak jauh dari rumahnya.
Sampai di pantai, dia duduk di batu yang agak bersar.  Cukuplah dengan punggung aku yang boleh tahan lebar jugak ni.  Sambil menunggu Izzul dan Batrisya datang, telinganya dipasang dengan earphone dan mendengar lagu-lagu kegemarannya.
Faliq menuju ke kawasan pantai.  Ahhh…rasa indah dan segar je bila dapat sedut angin pantai ni.  Nyaman hati aku dibuatnya.  Kakinya melangkah lagi ke pantai tersebut.
Dia memandang ke sebelah.  Ada seorang perempuan duduk di atas batu.  Aikk? Macam pernah nampak je perempuan tu? Kakinya melangkah mendekati perempuan tersebut.  Hak alah! Lili!
Dia mengambil tempat duduk di sebelah Lili tanpa Lili sedar.  Faliq memandang Lili yang masih lagi tidak sedar dengan kehadirannya.  Khusyuk sangat dengar lagu dia tu.  Tangannya menarik keluar earphone dari telinga Lili.
Lili yang terkejut terus menoleh kepada gerangannya.  Dia tergamam bila melihat wajah orang sebelahnya.  Disangkakan Izzul dan Batrisya tetapi mamat sengal.  Lili mendengus geram.
“Hey! Apa masalah kau ni hah? Ikut suka hati kau kan nak tarik-tarik earphone aku? Aku sepung pala kau kang?” suka hati dia je nak tarik earphone aku.
“Nak sepung kepala aku? Amboi! Banyak cantik kau? Kau ingat kau ni sapa nak ketuk kepala aku?” kang aku yang ketuk kepala dia dengan batu ni.
“Kau tulah! Suka hati je nak tarik earphone aku dan mengacau ketenteraman aku.  Boleh tak kau main jauh-jauh? Semaklah dengan kau ni!” Lili bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke tepi pantai.
Manalah Izzul dengan Batrisya ni? Lembab pulak korang nak datang sini.  Ni yang aku nak mengamuk.  Dah pulak aku kena hadap muka mamat tiram ni.  Tiram lagi hensem dari dia.
Faliq berdiri di sebelahnya.  “Kau ni kenapa eh suka sangat layan lelaki macam ni?”
What? Kau nak suruh aku layan kau macam mana? Macam putera raja? Tolonglah!” Lili memeluk tubuhnya.  Tak kuasa aku nak layan kau.
“Tak adalah.  Cuba kau cuba maniskan mulut kau tu? Cakap dengan lelaki elok-elok.  Takkanlah mulut kau ni ada bisul pulak sampai nak cakap pun macam orang tahan senak?”
Lili menggigit bibirnya geram.  Dia ni memang sah dilahirkan untuk menaikkan kadar tekanan darah tinggi aku.  Sikit lagi aku sumbat dengan pasir pantai ni.  Biar mulut tu bersih sikit!
Batrisya dan Izzul melihat adegan mereka dari sebalik pokok.  Bukan main lagi bergaduh tahap haprak!
“Amboi! Bukan main lagi eh pungguk dengan beruk ni? Dua-dua ber dating dekat pantai ni.  Bergaduh pulak tu!” gumam Batrisya sambil melihat adegan di hadapannya.
“Kau ni cakap dating tapi kau cakap gaduh! Manalah betul kau ni! Kau kena cakap yang diorang ni fight!” ulas Izzul.
“Apa-apalah! Diam! Aku nak tengok berapa lama diorang ni bergaduh!” mereka memerhatikan gelagat dua manusia yang sedang bertekak di pantai.  Entah bila nak habis.

Suri Hati Syed FaliqWhere stories live. Discover now