Bab 28

14.9K 447 1
                                    

“Apa dia walid? Sekarang?!” kelam-kabut dia dibuatnya.  Tak sangka pula yang dia akan terima berita yang Quratul akan bersalin hari ni.
“Ya! Kamu balik sekarang jugak! Walid tak kira!” tegas suara Dato Sri Syed Baharudin di talian.
Faliq memandang jam di tangannya.  Rasanya sempat kot kalau aku sampai KL.  Tapi, tengok dalam keadaan sesak macam ni, aku tak rasa aku akan sampai sana tepat pada masanya.
“Walid…jalan sekarang ni agak sesak.  Faliq mintak maaf…Faliq rasa tak sampai KL tepat pasa masanya.”
“Walid tak kira! Yang sekarang ni Faliq balik dan jumpa dengan Quratul!” panggilan terus diputuskan oleh walidnya.  Faliq mengeluh.  Hands-free dibuang dari telinganya.
Serabut pula difikirkan.  Timbul rasa menyesal di hatinya ketika ini.  Betullah kata walid dahulu.  Aku ni memang anak tak guna.  Aku kejarkan Lili tapi tanpa aku sedar aku dah abaikan Quratul yang sepatutnya aku jaga sepenuh hati aku.  Aku yang pilih dia untuk jadi suri hati aku.
Tapi? Apa yang kau dah buat Faliq? Kau kira memikirkan Lili.  Di saat-saat ini semestinya dia memerlukan kau di sisinya.  Shit!

DATO Sri Syed Baharudin pula resah menunggu kehadiran keluarga Quratul.  Haih…ini kalau Faliq tak ada, apalah yang aku nak cakap ni? Ya Allah! Faliq ni memang suka menyerabutkan kepala aku.
“Maaf…encik ni keluarga Puan Quratul Ezrin ke?” soal seorang nurse yang menghampirinya.
Errr…ya…dia menantu saya.  Ada apa yang tak kena ke nurse?” hati tuanya mula terasa gusar.  Ada apa-apa yang jadi dekat Quratul ke?
“Puan Quratul minta untuk berjumpa dengan encik sekarang…” ujar nurse tersebut menyampaikan pesanan Quratul.
“Oh ya.  Terima kasih…” Dato Sri Syed Baharudin melangkah masuk ke dalam labour room menghampiri Quratul yang sedang berpeluh-peluh menahan sakit untuk bersalin.
“Ada apa Quratul?”
“Walid…saya nak buat satu permintaan boleh?” Dato Sri Syed Baharudin cuma mampu mengangguk.  Melihat keadaan Quratul begini, dia teringat dengan keadaan arwah isterinya dahulu.  Beginilah keadaannya ketika melahirkan ketiga-tiga cahaya matanya.
“Apa permintaan Quratul? Insya-Allah walid boleh tunaikan…”
“Saya…saya…saya nak jumpa dengan Lili.  B…boleh?” pinta Quratul sambil menahan sakitnya.
“Tapi…Quratul kan tengah nak bersalin ni? Bila masa nak jumpa pulak?”
Please walid? Tak apa, saya nak jumpa dia lepas saya bersalin…” Dato Sri Syed Baharudin akhirnya mengangguk tanda setuju.  Dia keluar dari bilik labour room.  Nombor Lili didail.
Untung juga dulu dia meminta nombor Lili.  Kalau tak, mungkin sekarang dia buntu nak fikir jalan penyelesaian.  Panggilannya berangkat.
“Assalamualaikum Lili…ini pak cik.  Ayah Faliq…”
“Oh ya pak cik.  Mintak maaflah sebab tahu.  Saya tak save nombor pak cik…”
“Tak apa Lili.  Lili, pak cik nak mintak tolong Lili sangat.  Tolong balik ke KL sekarang jugak?”
“Ada apa pak cik? Ada apa-apa yang tak kena ke?” suara Lili beriak risau.
“Quratul nak jumpa dengan kamu.  Sekarang dia, tengah melahirkan.  Selepas dia melahirkan, dia nak jumpa dengan kamu.  Boleh ya Lili?”
“Tapi pak cik…KL, Terengganu jauh pak cik.  Mustahil saya boleh sampai ke sana cepat…”
“Tak apa.  Pak cik akan booking ticket flight untuk Lili.  Cepat ya Lili? Pak cik booking ticket flight Air Asia untuk kamu.  Kamu turun di KLIA nanti…”
Hmmm…baiklah pak cik…” Dato Sri Syed Baharudin memutuskan talian lalu dia membuka laman Air Asia.  Satu tiket di booking.  Siap.  Nasib baik juga internet laju.

“LILI nak ke mana ni? Kelam-kabut je ibu tengok?” sapa Puan Mashitah bila melihat Lili tergesa-gesa meletakkan pakaiannya ke dalam beg. Baru je balik tapi dah nak pergi.
“Lili nak kena pergi KL ibu.  Quratul, isteri Faliq nak jumpa dengan Lili.  Lili kena pergi sekarang jugak,” selepas mengemas semua pakaiannya, dia beredar keluar dari bilik.
“Nak pergi naik apa? Naik kereta? Ibu tak jamin kamu boleh sampai awal…”
“Tak…Lili drive pergi airport lepas tu naik flight.  Lagipun, ayah Faliq dah sediakan tiket untuk Lili.  Lili pergi dulu ye ibu?” tangannya disua lalu menyalami Puan Mashitah.
“Yelah, bawak kereta tu elok-elok.  Ada apa-apa, call ibu ye?” Lili mengangguk lantas masuk ke dalam keretanya.  Terburu-buru dia menghidupkan enjin kereta lalu memandu keretanya ke airport.
Sampai di airport, dia terus menuju ke kaunter tiket Air Asia.  Tiket diambil dari perempuan tersebut.  Beg pula ditinggalkan di tempat bagasi.  Dia menunggu di kerusi.  Jam ditilik.  Lagi 10 minit berbaki.
Tangannya mulai terasa sejuk.  Apa benda sebenarnya yang Quratul ingin katakan pada aku? Apa dia ingin meluahkan rasa amarahnya pada aku? Disebabkan aku, rumah tangga dia dan Faliq tak pernah aman.
Tapi, dalam hal ini, aku ke yang bersalah sebenarnya? Bukan aku yang kejarkan Faliq tapi Faliq yang kejarkan aku.  Aku dah cuba larikan diri dari dia tapi semuanya tak menjadi.  Ya Allah…kau bahagiakanlah rumah tangga Faliq dan Quratul.  Aku tak mahu, kerana aku rumah tangga mereka berpecah belah.
Pemgumuman masuk ke balai perlepasan menyapa derianya.  Lili bingkas bangun lalu masuk ke dalam balai perlepasan.  Hatinya pula berdebar-debar menantikan apa yang terjadi di Kuala Lumpur nanti.  Fuh…be strong Lili.

PEMANDU Dato Sri Syed Baharudin, Pak Cik Jun setia menanti kehadiran Lili di KLIA.  Matanya melilau mencari kelibat Lili.  Tak lama kemudian, dia ternampak seorang perempuan.  Dari mata tuanya, dia tahu itu Lili.  Mana mungkin dia boleh lupakan wajah Lili yang sentiasa mengacau hati dan jiwa anak majikannya.
Lili pula memandang ke arah Pak Cik Jun.  Muka Pak Cik Jun tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang.  Dia tersenyum ke arah Pak Cik Jun.
“Assalamualaikum pak cik…dah lama pak cik tunggu?” tanyanya lembut tanda hormat dengan pak cik di hadapannya.
“Waalaikumussalam…Alhamdulillah pak cik sihat.  Macam nilah Lili oi.  Jomlah kita gerak sekarang…”
“Yelah pak cik…” mereka berdua mengorak langkah keluar dari KLIA menuju ke kereta Toyota Alphard. 
Selepas memastikan Lili masuk ke dalam kereta, dia memandu kereta menuju ke hospital.
“Pak cik…ada apa sebenarnya Quratul nak jumpa saya?” dia meluahkan pertanyaannya yang sejak tadi bermain-main di mindanya.
“Pak cik pun tak tahu Lili.  Pak cik cuma ikut arahan Tuan Syed je supaya ambik Lili di KLIA.  Yang selebihnya pak cik tak tahu…”
“Pak cik…selama ni rumah tangga diorang bahagia tak? Maksud saya…Faliq ada tak naikkan tangan ke?”
“Tak pulak Lili.  Lagipun, apa yang pak cik amati selama ini, rumah tangga diorang seakan berpecah belah.  Faliq entah ke mana, Quratul pulak sibuk dengan assignment dia.  Macam tak tentu hala.  Apa yang pak cik kesiankan ialah Quratul.  Yelah, di saat-saat dia memerlukan Faliq, Faliq pula tiada.  Keluar pagi malam keluar,” jelas Pak Cik Jun tanpa ada rahsia.
“Dato Sri tak marah?”
“Marah tu marahlah Lili tapi apa yang dia boleh buat? Makin Tuan Syed tegur, makin dia buat.  Kadang-kadang pak cik pun tegur tapi fahamlah Faliq tu.  Apa yang terlintas di fikirannya hanyalah kamu Lili.”
Ya…semuanya kerana aku.  Salah aku sebab rapat dengan dia dahulu.  Aku sepatutnya tidak berkawan rapat dengan dia.  Disebabkan aku, rumah tangga diorang jadi macam ni.
“Salah saya pak cik…kalaulah saya tak kenal Faliq dari dulu lagi, mesti semua ni tak jadi kan?” Lili menyalahkan dirinya punca keretakan rumah tangga Faliq dan Quratul.
“Jangan salahkan diri kamu Lili.  Tuan Syed pun tak salahkan kamu sebab diatahu benda yang jadi ni semuanya bukan berpunca dari kamu tapi salah Faliq sendiri,” tiba-tiba rasa kasihan pula pada Lili.  Seakan-akan dialah mangsa keadaan dalam keadaan darurat macam ni.
“Entahlah pak cik.  Kadang-kadang saya pun tak faham dengan perangai Faliq tu.  Dia dah pilih Quratul untuk jadi suri hati dia, tapi akhirnya dia buat Quratul macam tu.  Saya pun tak faham kenapa dia terhegeh-hegeh nakkan saya sedangkan isteri dia Quratul!” ujarnya penuh perasaan.  Perasaan sakit hati.  Sakit hati dengan tindakan bodoh Faliq.
“Dia sebenarnya cintakan kamu Lili.  Tapi tulah, dulu orang panggil apa? Cinta monyet?  Masa tu dia suka dengan kelembutan yang ada pada Quratul.  Dia cuma suka tapi bukannya cinta.   Yang sebenarnya dia cintakan kamu Lili.  Pak cik ni dah kerja dengan Tuan Syed tu hampir 26 tahun.  Masa tu abang Faliq dah lahir…” cerita Pak Cik Jun.
“Tapi pak cik…kenapa mesti saya? Kenapa dia tak cuba cintakan Qurtaul? Saya tak sukalah macam ni pak cik.  Saya rasa serba salah dengan Quratul.”
“Nak buat macam mana Lili? Hati manusia ni kita susah nak jangka sangat.  Sekelip mata sahaja hatinya boleh berubah.  Pak cik harap Lili dapat bersabar dengan kerenah Faliq tu.  Pak cik tahu dia kerap kacau kamu…” itulah kata terakhir Pak Cik Jun sebelum kereta Toyota Alphard berhenti dan parkir di hadapan hospital.
Pak Cik Jun dan Lili keluar bersama-sama menuju ke hospital.  Mereka menghampiri  Dato Sri Syed Baharudin yang sedang bercakap dengan seorang lelaki yang sebaya dengan Dato Sri Syed Baharudin.
“Tuan Syed…” sapa Pak Cik Jun.  Perbualan mereka berdua terhenti.  Mata Dato Sri Syed Baharudin terarah kepada Lili yang tercegat di sisi Pak Cik Jun.
“Lili…” ujar Dato Sri Syed Baharudin perlahan.  Dia meminta izin untuk bercakap dengan Lili sebentar. Lili pula mengikut langkah Dato Sri Syed Baharudin.  Kedudukan mereka agak jauh sikit dari keluarga Quratul.
“Ada apa pak cik?” sejujurnya hatinya berdegup kencang sekarang ini.  Tangan pula terasa sejuk semacam.  Gentar berhadapan dengan Dato Sri Syed Baharudin walhal dia tahu yang dirinya tidak bersalah dalam hal ini.
“Faliq dah balik?” pertanyaan Dato Sri Syed Baharudin dijawab dengan anggukan.  Memang dia tahu tapi kali ini dia cuba untuk memastikan sahaja.  Manalah tahu anaknya berbohong ketika itu.
“Pak cik…saya…saya mintak maaf dengan apa yang dah berlaku pak cik.  Saya…saya tahu saya punca semua ni pak cik.  Saya sepatutnya menghilangkan diri dari Faliq.”
Dato Sri Syed Baharudin menggeleng kecil.  “Bukan salah Lili.  Benda nak jadi Lili.  Cuma, pak cik mintak satu saja.  Lili jumpa dengan Quratul ya? Ini bukan pak cik yang suruh tapi Quratul sendiri yang nak.”
Lili melepaskan keluhan kecilnya.  “Yelah pak cik…” balasnya perlahan.  Apa lagi sekarang ini? Apalah yang Quratul ingin cakap dengan aku.

Suri Hati Syed FaliqWhere stories live. Discover now