Bab 39

13.4K 417 0
                                    

Langkah kakinya diatur ke pintu rumah bila sejak tadi loceng rumah berbunyi.  Siapalah yang tak pandai erti sabar ni?  Sudahnya walid aku tak ada hari ni pergi ke Negeri Sembilan.  Dah 3 hari.  Katanya hari ni walid nak balik.  Entah bila dia akan sampai.  Kak Jah pulak cuti sebab anak dia sakit.  Hmmm…tinggal jelah aku dengan Lili dalam rumah ni.

Aku? Tak kerja? Hmmm…hari ni aku rasa malas nak ke pejabat.  Rasa lenguh-lenguh pulak badan ni.  Pintu rumah dibuka.  Matanya agak kaku bila melihat sekumpulan lelaki yang memakai serban putih berdiri di luar pagar rumah walidnya.

Sudah! Apa pulak ni? Janganlah jadi macam drama tu! Faliq menghadiahkan senyuman ketika melangkah ke arah mereka.  Pintu pagar dibuka menggunakan remote control yang berada di tangannya.

“Assalamualaikum…”

“Waalaikumussalam…err ada apa ya datang ke rumah walid saya?” kalau tak silaplah kan, diorang ni macam…

“Kami dari Jabatan Agama Islam.  Kami dapat tahu yang ada seorang lelaki dan seorang perempuan bukan muhrim berdua-duaan dalam rumah ni.  Betul?”

Sudah! Ni satu bala pulak yang timbul.  Jabatan Agama Islam? Aku berdua-duaan dengan seorang perempuan? Hakikatnya memang ya tapi masalahnya perempuan tu ialah baby sitter kepada anak aku.

“Boleh kami masuk untuk buat pemeriksaan?”

“Baik, silakan…” beberapa orang pegawai tadi melangkah masuk ke dalam rumah walid Faliq.

Syhhhh Damia…kenapa nak nangis ni? Damia lapar susu eh? Kejap eh? Auntie buatkan susu…” namun pergerakannya terhenti bila beberapa orang lelaki berserban putih melangkah masuk ke dalam rumah.  Apa yang diorang buat dalam rumah ni?

“Maaf cik…cik ni siapa?” salah seorang pegawai yang bertag nama Abdullah. 

Lili menelan liurnya kesat.  Ni macam kes aku tengok dalam drama je?

Errr…saya Lili.  Saya baby sitter kepada Encik Faliq.”

“Siapa Encik Faliq?”

“Saya…” jawab Faliq sambil melangkah ke arah mereka.
Lili memandang Faliq dan meminta jawapan melalui isyarat memek mukanya.  Hatinya berdebar hebat.  Janganlah sampai nak kena kahwin pulak.  Faliq pula menjawab tidak tahu melalui isyarat badan.

“Maaf Cik Lili, Encik Faliq, sebenarnya kami dapat tahu yang ada lelaki dan perempuan bukan muhrim berduaan dalam rumah ni.  Betul? Cik Lili ni isteri kepada Encik Faliq? Kalau ya, sila tunjukkan IC masing-masing ya?”

Sudah! Mulalah aku nak cramp dekat sini.  Otak mula tak berfungsi.  Hilang.  Lenyap macam tu je.  Faliq dan Lili sama-sama terdiam.

Errr…kami berdua bukan suami isteri tetapi saya ni baby sitter kepada Encik Faliq ni…” Lili cuba menerangkan keadaan sebenarnya.

“Betul tu encik.  Cik Lili ni cuma baby sitter kepada anak saya memandangkan saya sibuk bekerja.”

“Kalau encik ni bekerja, kenapa masih ada di rumah pada waktu sebegini?”  amboi pak cik ni! Kalau boleh bertanya, memang over line kan?

“Memang encik tetapi hari ni saya cuti sebentar memandangkan saya tak berapa nak sihat.” aduh…apa ni? Silap aku tak pergi pejabat hari ni.

“Tapi, dalam keadaan kamu berdua tidak berkahwin dan faktor usia Cik Lili yang mungkin masih muda, boleh menimbulkan salah faham terhadap orang lain.”

“Ya…saya faham encik.”

“Jadi, bagi mengelak perselisihan faham orang ramai, saya galakkan encik dan cik berkahwin.  Tidak elok rasanya berdua-duaan dalam keadaan macam ni.”

Lili dan Faliq memandang antara satu sama lain.  “Kahwin?!” dua-dua mereka berkata serentak.

“Ya…seeloknya berkahwin.  Lebih manis dipandang orang…”
Faliq menelan liurnya.  Mahu ke Lili berkahwin dengan aku? Lili pula memandang Faliq dengan pandangan menjengkelkan.  Aku? Nak kahwin dengan dia? Memang taklah! Aku baby sitter anak dia je.  Bukannya untuk jadi isteri dia.

“Assalamualaikum…” suara Dato Sri Syed Baharudin melangkah masuk ke dalam rumah bersama beg baju di tangannya.

Matanya tertancap kepada beberapa orang lelaki dan juga Faliq dan Lili.  Apa yang jadi ni? Bukan ke orang ni pegawai Jabatan Agama Islam?

“Waalaikumussalam…” jawab mereka.

Dato Sri Syed Baharudin menghampiri mereka lalu bertanya,
“ada apa ni? Encik…ada apa-apa yang dah jadi ke?”

“Maaf…encik ni bapak kepada siapa ya?”

“Saya bapak kepada Faliq.  Ada apa ya?” jangan cakap yang Faliq buat hal kali ni! Kalau dia buat hal, memang naik anginlah aku!

“Oh…maaf encik.  Saya dapat tahu dalam rumah ni ada seorang lelaki dan perempuan tidak muhrim berduaan dalam rumah ni.  Sebab itulah kami datang…”

Siapa yang buat report pulak ni? Takkan anak aku buat report kot?

Emmm…memang betul encik tapi perempuan tu sebenarnya baby sitter kepada cucu saya sahaja.”

“Saya faham encik tapi benda-benda macam ni tidak manis dipandang orang…”

Keluhan kecil kedengaran dari mulut Dato Sri Syed Baharudin.  “Saya mintak maaf encik.  Baiklah, saya akan uruskan benda ni secepat mungkin.”

“Terima kasih encik…saya harap benda ni takkan berlaku lagi,” Dato Sri Syed Baharudin mengangguk kecil lalu bersalaman dengan pegawai-pegawai tersebut sebelum pegawai-pegawai tersebut beredar pergi.
Pintu rumah ditutup.  Pintu pagar rumah ditutup menggunakan alat kawalan jauh yang berada di belakang pintu rumah.  Lili duduk di sofa sambil memangku Damia.  Tak tahu apa yang harus difikirnya sekarang ini.

Dato Sri Syed Baharudin memerhati anaknya.  Faliq turut berdiam diri.  Mungkin tak menyangka keadaan akan jadi begini.

“Faliq buat semua ni ke?” mata Faliq terarah kepada walidnya.  Walid nak tuduh aku buat kerja gila ni ke?

“Walid rasa Liq buat semua kerja ni?” dia melepaskan keluhan kecil.  “Liq tak buat semua ni walid.  Liq masih waras untuk buat kerja bodoh ni. 
Mana mungkin Liq nak perangkapkan diri Liq dengan Lili.”

“Ye…walid tahu.  Walid cuma tanya sahaja.” matanya tertumpu pada Lili yang cuma mendiamkan diri di sofa.  Hmmm…mesti Lili memikir benda yang bukan-bukan.

“Lili…” panggil Dato Sri Syed Baharudin perlahan.  Gayanya seperti memanggil anak sendiri.  Lili perlahan-lahan menoleh memandang Dato Sri Syed Baharudin dan Faliq silih berganti.

“Pak cik…Lili nak kena kahwin dengan Faliq ke?” soalnya perlahan.  Seakan-akan sayu.  Suara tahan nangis.

“Pak cik tak paksa pun kamu berdua kahwin sebab pak cik tahu kamu berdua tak bersalah dalam hal ni.  Cuma, berlaku salah faham sedikit sahaja.  Lagipun, betul kata pegawai jabatan tadi tu.  Tak elok kamu berduaan sahaja dalam rumah ni ketika ketiadaan walid mahupun Kak Jah.”

Kata-kata Dato Sri Syed Baharudin sudah dapat dibaca oleh Lili.  Alamatnya…aku nak kena kahwin jugaklah dengan anak dia kan? Ya Allah…apakah perancangan yang telah Engkau tentukan di dalam hidupku? Di saat ini aku tersepit.  Nak pilih jalan yang mana satu.

“Walid nak Liq kahwin dengan Lili?” soal Faliq seakan-akan boleh mengagak apa yang akan dikatakan oleh walidnya nanti.

“Walid bukan nak memaksa cuma Liq pun faham kan? Ammar pula dalam keadaan sibuk memanjang sejak Lili berhenti kerja dan jadi baby sitter kepada Damia.  Jadi, walid perlu juga memantau abang Liq di sana.  Kak Jah pula ambik cuti seminggu setengah nak jaga anak dia yang sakit tu.  Kamu  berdua pulak? Berdua sahaja dalam rumah.  Kalau ada Uzma, tak apa…” dia tidak juga hendak memaksa Faliq dan Lili untuk bersama setelah apa yang terjadi beberapa bulan yang lalu.

Faliq memandang Lili yang sedang bermain dengan Damia.  Dia tahu Lili takkan pernah menerima dirinya selepas apa yang terjadi dahulu.  Dia tahu Lili takut akan menerima nasib yang sama seperti mana nasib arwah Quratul dahulu ketika hidup dengan aku.

Suri Hati Syed FaliqWhere stories live. Discover now