Puan Mashitah sibuk menyediakan hidangan di atas meja. Yelah, kan anak dan menantu nak balik? Makanan ni kenalah prepare selalu.
Air yang sudah siap dibancuh diletakkan dahulu dalam peti ais. Sempatlah sejuk sementara menunggu diorang sampai.Matanya mengerling ke arah jam. Hmmm…eloknya aku solat Zuhur dulu. Kalau nak tunggu diorang sampai ni, entah pukul berapa baru sampai. Pantas dia melangkah ke bilik air. Selepas wuduk diambil, Puan Mashitah mendirikan solat Zuhur.
KERETA diparkirkan di halaman rumah Puan Mashitah. Alhamdulillah…sampai jugak selepas berjam-jam perjalanan. Jalan pun tak kurang sesak jugak.
Faliq membuka pintu untuk Lili memandangkan Damia tertidur di pangkuan Damia. Mesti Lili lenguh sekarang ni. Damia pun tak kurang berat jugak sekarang ni. Maklumlah makin hari makin besar.
Lili membawa Damia masuk ke dalam biliknya lalu kipas siling dipasangkan pada tahap nombor 5. Sekarang cuaca agak panas sikit. Mungkin
Damia akan rasa tak selesa
memandangkan duduk dekat rumah atuk dia, semuanya ada air-cond.Lili keluar dari bilik semula. Membantu Faliq yang sedang membawa masuk beg bagasi ke dalam rumah.
“Dah sampai? Maaflah…tadi ibu terlelap lepas solat,” ujar Puan Mashitah sambil memandang ke arah Faliq dan Lili yang sedang mengangkut beg masuk ke dalam rumah.
Lili menghampiri ibunya lalu tangan itu dicium lantas tubuh ibunya dipeluk erat. Rindu betul dia pada ibunya. Faliq turut mencium tangan Puan Mashitah.
“Lambat sampai? Jalan sesak ke?” tanya Puan Mashitah sambil melihat Lili dan Faliq silih berganti.
“Agak jugaklah ibu. Dekat Kuala Terengganu tadi tu sesak sikit. Maklumlah sekarang kan musim cuti sekolah kan?” jawab Faliq. Badannya terasa lenguh sedikit.
“Nak makan ke nak rehat dulu? Kalau nak makan, pergilah. Ibu dah siapkan makanan. Kalau nak rehat, rehatlah dulu.”
“Kau nak makan dulu ke rehat?” soal Lili kepada Faliq. Tengok gaya dia ni macam lenguh badan. Mesti dia letih bawak kereta berjam-jam.
“Boleh aku rehat dulu? Letihlah…” walaupun perut berkeroncong tapi diabaikan dulu. Badan yang letih ni harus diutamakan.
“Tak apalah. Pergilah rehat apa dulu. Ibu tengok Faliq tu letih. Mungkin badan dia lenguh-lenguh kot? Pergilah masuk bilik…” suruh Puan Mashitah bila tengok Faliq yang sedang merenggangkan badannya.
Lili dan Faliq melangkah masuk sama-sama ke dalam bilik. Faliq merebahkan dirinya di sebelah Damia. Lili pula menggaru kepalanya. Isy…rasa gabra lain macamlah pulak. Takkanlah aku nak kena tidur tepi dia kot?“Kenapa kau tercegat dekat situ?” soal Faliq sambil matanya dipejamkan. Fuh…rasa selesa bila dah baring atas katil ni.
“Err..t…tak ada apa-apa. Kenapa kau tanya macam tu?”
Faliq tertawa kecil. Nak tipu aku? Macamlah aku tak nampak muka keruh dia tu. “Yelah tu…kalau tak ada apa-apa, jomlah tidur sekali?”
Bibirnya dikemam bila Faliq mempelawa sebegitu. Isy…sengaja nak kenakan aku. Aku tahu dia mesti nampak yang aku tengah gabra sekarang ni. Suka betul nak kenakan aku di saat-saat macam ni kan?
“Tak apalah…aku ok je. Tak letih gila macam kau kan? Kau jelah yang tidur. Aku nak pergi bual dengan ibu kejap…” pantas Lili melangkah kakinya keluar dari bilik. Baik aku lari daripada dia ungkap ayat tersurat dia tu kan?
Lili menghampiri Puan Mashitah yang sedang duduk membaca amalan surah-surah pilihan. Ibu aku memang suka baca surah-surah tu bila tak ada kerja apa.
“Ibu…” dia mengambil tempat di sebelah ibunya lalu memandang apa yang dibaca oleh ibunya.
“Kenapa tak pergi tidur sekali dengan Faliq? Tak letih ke?” buku amalan surah pilihan ditutup dan diletakkan di meja kecil tepi kerusi yang diduduki mereka.
“Tak apalah…bosan nak tidur. Baik bergosip dengan ibu…” dia tertawa kecil bila ibunya menggeleng. Perangai tak ubah-ubah!
“Macam mana Lili dengan Faliq? Ok?” soalan diajukan kepada anaknya. Memanglah sekarang nampak ok sebab berlakon je. Yelah, tak nak bagi family syak apa-apa, berlakon pilah kononnya tengah berbahagia sekarang ni.
“Ok je. Kenapa? Ibu nampak anak ibu dengan menantu ibu tu tak ok ke?”
“Taklah…ibu bukannya apa. Yelah, otak orang muda sekarang ni jenuh. Macam-macam yang diorang berlakon,” matanya menjeling melihat Lili. Tengok riak wajah anaknya pun dia dah tahu yang Lili memang tak berapa nak ok lagi dengan Faliq.
“Sudahlah tu. Tak payah nak berlakon depan ibu. Ibu tahu yang anak ibu ni tak ok lagikan dengan Faliq? Sudahlah tu Lili. Sampai bila nak layan Faliq macam tu? Dah 4 bulan dia jadi suami Lili. Lili kenalah belajar menerima Faliq seadanya. Mungkin masa dulu dia yang sakitkan hati Lili, tapi sekarang? Siapa yang tahu? Mungkin sekarang dia datang balik dalam kehidupan Lili sebab nak buatkan Lili bahagia.”
Lili mengeluh kecil mendengar ucapan dari ibunya. Sama macam apa yang walid Faliq cakap. Nampak semua ni macam atas kesalahan aku je…?
“Semua ni salah Lili ke ibu?”
“Tak…bukan salah Lili. Tak ada siapa-siapa yang salah pun dalam hal ni. Cuma, ibu nak ingatkan tanggungjawab Lili terhadap Faliq. Bukan setakat keperluan dia je yang Lili perlu titik beratkan tapi maruah dia jugak.”
“Macam susah je ibu?” nak kena jaga maruah dia segala. Fuh…ini namanya pakej terlebih lengkap.
“Benda kecil pun Lili dah kata susah. Lili tak tahu tanggungjawab Faliq lebih susah daripada Lili. Ya…daripada segi luaran memanglah kita tengok perempuanlah yang susah sebab nak kena jaga anak, melahirkan anak semua tapi Faliq? Dia kena carikan nafkah untuk sara hidup Lili sampai bila-bila. Dosa Lili dia yang kena tanggung. Lili buat salah sikit semuanya jatuh pada bahu dia.”
Tak pulak aku terfikirkan semua tu. Memanglah aku ada belajar bab-bab macam ni tapi entah. Kenapa aku jadi sebengong ni?
“Jadi, ibu nak sangat Lili terima Faliq seadanya. Ya? Pasal hal yang dulu tu Lili lupakan jelah. Bukan besar mana sangat pun kesalahan dia pada Lili. Biasalah terlepas pandang. Sekarang dia dah ada depan mata Lili. Jaga dia elok-elok…”
Nasihat daripada ibunya sedikit sebanyak membuka ruangan pintu hatinya yang selama ini ditutup rapat. Aku tahu sejauh manapun aku cuba lari daripada Faliq, aku takkan mampu sebab aku tahu di mana-mana pun aku akan berjumpa dengan dia kembali.
Selama 4 bulan aku buat bodoh je dengan layanan Faliq terhadap aku. Dia cuba bergurau senda dengan aku tapi aku pandang sepi semua tu sebab keegoan aku. Aku takut hati aku disakiti macam dulu. Aku takut bila melihat kehidupan Quratul dahulu sewaktu bersama Faliq. Aku takut semua tu terjadi pada aku suatu hari nanti sedangkan itulah hakikat yang aku perlu tempuh selama aku menjadi isteri Faliq. Hurfff…berdosanya aku sebab abaikan sahaja Faliq. Tak pedulikan dia langsung.
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...