Bab 35

14.8K 399 1
                                    

“Pak cik…saya balik dulu ya? Hari Isnin ni saya datang macam biasa…” ujar Lili bila dia sudah hendak gerak pulang ke kampungnya.

Dato Sri Syed Baharudin mengangguk kecil.  “Ya…baliklah Lili.  Lagipun pak cik tahu kamu tak selesa kan duduk sini? Dengan gangguan Faliq lagi?”

“Tak ada apalah pak cik.  Lagipun, saya dah biasa dengan gangguan dia tu.  Pak cik janganlah risau pasal saya,” takkanlah aku nak cakap terus-terang pasal anak dia kan? Mahu kecik hati pulak dia ni.

“Pak cik tahu dan pak cik mintak maaf sangat atas perlakuan dia tu.  Pak cik pun tak tahu nak control Faliq macam mana lagi.  Pak cik pun tak sangka dia akan bertindak macam ni,” sungguh dia kesal dengan perbuatan anaknya.

“Tak apalah pak cik.  Mungkin dia kesan dengan pemergian arwah kot? Saya tak salahkan dia pun.  Saya pergi dulu ya pak cik?” lagi lama aku di sini, entah apa lagi yang aku nak dengar.

“Yelah, lagi satu kirim salam pak cik kepada ibu kamu ya? Lama tak jumpa dengan dia…”

Aikkk? Lama tak jumpa dengan ibu aku? Hai…ni ada pasang niat ke apa ni? Dia memandang Dato Sri Syed Baharudin pelik.

“Pak cik ada pasang niat ke?” soalnya tanpa ragu-ragu.

“Pasang niat? Hai…pasang niat apa pulak Lili?” jadi blur pulak.  Niat apa yang Lili maksudkan ni?

“Yelah! Ada maksud ke dah lama tak jumpa ibu saya? Rindu? Pak cik jangan!” tak pasal-pasal kang bersangkut!

Hahaha…” Dato Sri Syed Baharudin tertawa kecil.  Kini dia faham apa maksud Lili.  Dia menggeleng kecil. 
“Mana ada lah Lili.  Takkanlah pak cik nak pasang niat kot? Pak cik dah tua pun Lili oi! Pak cik sedar diri lagi,” hai budak bertuah ni.  Ada pulak dia menyimpang?

“Manalah tahu pak cik.  Zaman sekarang ni pun tua ganyut pun masih ada hati nak pasang niat.  Tambah-tambah lagi pak cik yang masih hensem di mata orang ni,” opps! Hensem?

“Pak cik hensem? Merepeklah kamu ni Lili!” dia tertawa kecil.  Sudah lama rasanya dia tak ketawa sebegini.  Sejak Uzma masuk asrama, tiada lagi keriuhan yang melanda dalam rumah ni.  Nak harapkan Ammar tu, hmmm entah bilalah dia nak balik KL. Asyik busy di nogori je.  Katanyalah.

“Betul apa? Pak cik ni kalau keluar rumah, orang muda pun terpikat.  Tapi, kecuali saya eh?” bodoh kau punya loyar buruk.

“Sembang banyak pulak.  Saya pergi dululah.  Assalamualaikum,” dari tadi cakap nak blah, tapi tak blah-blah pun.  Mangkuk betullah kau ni Lili.
Lili masuk ke dalam keretanya lalu memandu pulang ke Terengganu.

Lili…Lili…ada saja kerjanya nak mengata.  Dato Sri Syed Baharudin berjalan masuk ke dalam rumah.  Faliq menghampirinya.

“Dia dah balik?”

Hmmm dah.  Lepas ni, walid tak nak Liq buat lagi macam mana Liq buat dulu.  Dia dah cukup baik sebab tak marahkan Liq.  Janji dengan walid!”

“Ya walid.  Liq janji…lagipun Liq tahu sejauh mana pun Liq cuba dekat dengan dia, dia takkan pernah mahu dekat dengan Liq.”

“Liq kena faham.  Lili tu cuma menjalankan amanat arwah sahaja.  Dia datang bukan sebab nak tuntut cinta dari Liq.  Liq kena faham.  Tak semestinya kita cintakan orang tu, kita dapat dia.”

“Baru sekarang Liq faham walid.  Mungkin ni balasan untuk Liq kot? Mungkin macam nilah Liq sia-siakan Quratul dulu.”

Ini baru sikit Faliq.  Kau tak rasa lagi macam mana terseksanya Quratul dahulu menunggu kepulangan kau.  Tunggu kau dan setia di sisinya.

“Tak apalah walid.  Liq masuk bilik dulu.  Nak tengokkan Damia…” dia segera berlalu pergi masuk ke dalam bilik.  Bila Lili tak ada, dialah yang kena jaga Damia.  Lagipun, inikan tugas dia jugak untuk jaga seorang anak? Aku tak sepatutnya bebankan orang lain.

“ADA apa kau call aku Bat?” dahlah aku tengah drive ni.  Tak pasal-pasal pulak aku jadi mangsa masuk hospital.

“Aku tengah on the way ke Terengganu.  Ada apa-apa ke?”

“Oh…alah kau balik jelah naik flight? Lagipun aku dah masuk highway.  Kalau aku masih dekat jalan KL sana, mungkin aku boleh patah balik.”

“Oklah Bat.  Apa-apa kau call aku,” talian diputuskan.  Lili kembali fokus kepada pemanduannya.

Ting! Satu mesej masuk di telefonnya.  Hesy! Sapa pulak yang mesej aku time-time aku drive ni?! Boleh tak mesej aku time aku free?! Dia mengambil telefon lalu melihat nama penghantar.  Faliq? Pantas dia membuka mesej tersebut.

Faliq: Drive safely.  Dah sampai Terengganu, text aku.

Sejak bila pulak kau jadi manusia caring ni? Nak balas ke tak? Nak balas ke tak? Akalnya berfikir sejenak.  Balas jelah.

Me: Ok, thanks.

Telefon dicampak ke tepi.  Fikirannya merewang kepada Faliq.  Kenapa kau berubah sampai macma ni? Kenapa kau perlu menyeksa orang demi memuaskan hati kau?

Aku tak sangka perkenalan singkat antara aku dengan dia waktu form 5 dulu akhirnya menerbitkan sesuatu di dalam hati Faliq.  Ya, jujur aku memang masih menaruh hati pada Faliq tapi itu dulu.  Tapi, lepas dia dah kahwin aku lebih kepada sikap terbuka.

Mana mungkin aku nak runtuhkan masjid yang baru dibina demi memuaskan hati aku.  Aku ni taklah kejam sampai macam tu sangat.  Tapi Faliq? Something yang dia tak puas hati, dia akan buat sampai dapat.  Macam apa yang dia buat dekat akulah.  Semuanya memaksa.  Semuanya kerana nak memenuhi keperluan hatinya.

Aku tak tahu macam mana kehidupan Quratul dahulu dengan dia.  Kalau dengan Quratul pun dia boleh buat macam tu, apatah lagi aku? Dia boleh tinggalkan aku bila-bila masa sahaja yang dia nak.

Kesudahannya? Aku pun tak tahu nak buat apa.  Hanya dua hari sahaja aku bebas dan lepas tu, aku takkan bebas bila aku pulang ke Kuala Lumpur balik.  Hari-hari aku akan kembali menghadap muka dia 24 jam.

Jujur aku terkesan dengan permergian Quratul yang tiba-tiba.  Terjadi di hadapan aku.  Dia pergi dengan hanya meninggalkan pesanan supaya menjaga Damia sebaik yang mungkin.

Aku tersepit di mana aku harus melaksanakan permintaan arwah tapi dalam masa yang sama aku tak rela diri aku berdekatan dengan Faliq sebab aku tahu hati aku masih mengharapkan dia walaupun seringkali aku menidakkan kenyataan tersebut.

Argh! Kau tak perlu pun nak fikir benda ni semua Lili! Perasaan kau tu semuanya bodoh belaka! Masa kau masih panjang Lili! Takkanlah seumur hidup kau hanya dihabiskan dengan membesarkan anak Faliq dan Quratul? Takkan kau langsung tak punya cita-cita yang nak digapai?

Huh…aku pun tak tahu apa yang aku harus buat sebenarnya.  Aku buntu…
aku…aku…aku tak tahu nak describe macam mana.

Lili! Lupakan apa yang jadi Lili.  Lupakan.  Ya…itu yang sebetul-betulnya.

Suri Hati Syed FaliqWhere stories live. Discover now