Bab 6

17K 550 2
                                    

“Lili!” laung Faliq bila Lili hendak melangkah keluar dari pintu pagar sekolah.  Lili menoleh ke belakang.  Apalah yang dia nak lagi?
Dia memandang Faliq malas.  “Hmm…apa yang kau nak?” dia memandang abahnya sekilas.  Sengih dah tu.  Mesti nak usik aku kejap lagi.
“Ada apa lagi kau ni? Bagi makan dah.  Minum pun dah…” Lili menggaru kepalanya.
“Kau ni memang suka melalut kan? Aku cuma nak cakap terima kasih je sebab kau bagi aku makanan tadi.  Kalau tak…”
“Yayaya…aku tahu kau terhutang budi sekarang ni kan? Tak payahlah nak terima kasih sangat.  Hal kecik je pun! Dahlah, aku nak balik sekarang ni,” Lili melangkah pergi.
“Lili!” Lili mengeluh kuat.  Apa lagilah dia ni? Dia menoleh ke belakang.  Terkejut dia dibuatnya bila Faliq melambaikan tangan kepadanya sekali lagi.  Isy! Gila betullah dia ni! Lili melangkah ke arah abahnya.
“Siapa tu?” soal Pak Cik Jun dari belakang.  Sikit lagi Faliq nak hadiah penumbuk kepada Pak Cik Jun.
“Amboi! Nak tumbuk pak cik dah sekarang?” Faliq menggaru belakang tegkuknya.
“Tak adalah pak cik.  Terkejut je,” dia tersengih.
“Yelah tu.  Siapa perempuan tadi tu? Pandai dah eh Faliq sekarang ni nak mengorat anak dara orang?”  Pak Cik Jun tersenyum jahat.  Dah lama rasanya dia tak kenakan Faliq.
“Mana ada pak cik ni! Takkanlah lambaikan tangan pun dikira mengorat?” sudah! Ini teori mana pulak Pak Cik Jun ambik?
“Manalah tahu? Sekarang ni bolehlah Faliq tipu pak cik, tipu walid Faliq tapi hati Faliq? Faliq tak boleh tipu,” nasihat Pak Cik Jun membuatkan Faliq menelan air liurnya.
“Ye ke pak cik?”
“Pak cik ni lebih banyak makan gula daripada kamu.  Pak cik tahulah anak muda sekarang ni.  Jomlah balik.  Tuan Syed dah tunggu Faliq dekat rumah,” Faliq mengangguk lalu berjalan seiring dengan Pak Cik Jun ke kereta Mercedes C200.
“Hari tu datang dengan Toyota Alphard, sekarang dengan Mercedes pulak? Ya Allah! Kayanya…” suara sengal Amina kedengaran memuji kekayaan Faliq.
“Kau ni gila betullah Amina.  Kau ingat Faliq tu nak pandang kau ke?” cebik Diana.
Hello? Aku kan anak dato? Mesti dia pandang punyalah.  Sekarang ni semua orang tengok pada pangkat.  Mustahillah si Faliq tu nak pilih Lili yang miskin tu!” mulutnya mencebir bila teringat kembali ketika Faliq melambaikan tangannya kepada Lili.
“Kau yang kena sedar diri Amina.  Memang kau anak Dato yang terkenal sekarang ni.  Bapak kau ada bisnes perguaman yang besar.  Tapi Amina, kau kena ingat eh? Walaupun Lili tu miskin tapi dia mempunyai nilai harga diri yang tinggi.”
Amina memandang Diana tajam.  “Kau nak kata harga diri aku rendah sangatlah?” kenapa Diana ni kadang-kadang menyakitkan hati eh?
“Aku tak kata macam tu pun Amina tapi walaupun Lili tu miskin, tak mustahil yang Faliq akan buatkan dia sebagai suri hati dia suatu hari nanti,” aku tak nak kau terlalu riak Amina.  Ini semua akan memakan diri kau.
Hesy!” bentak Amina lalu berjalan pergi meninggalkan Diana.  Suka sangat nak ceramahkan aku.  Hey! Ini Puteri Amina Dato Megat Darius lah! Apa yang aku nak semuanya aku boleh dapat!
Diana menggeleng mengenangkan sikap mengada-ngada Amina.  Sampai bilalah kau nak jadi macam ni Amina? Aku pun tak faham dengan kau.

PUAN Mashitah berjalan kaki pulang ke rumahnya selepas membeli ikan di kedai Pak Mail.  Tetapi, entah di mana silapnya kakinya terkehel ketika berjalan.  Dia mengerang kesakitan.
Aduh! Time macam nilah pulak yang kau nak terkehel.  Tunggulah sampai aku balik rumah.  Kau nak terkehel pun, terkehellah.  Aku nak jalan macam mana? Dahlah suami aku pun tak ada sekarang ni.
Faliq memberhentikan kereta di tepi.  Pelik aku bawak kereta? Rasanya tak pelik kot kalau umur 17 tahun boleh bawak kereta? Aku memanglah tak ada lesen lagi tapi kalau nak bawak dalam kampung ni, walid aku bagi.
Faliq mendapatkan Puan Mashitah yang terduduk di atas jalan.  Macam serius je mak cik ni? Faliq memerhatikan kaki yang tengah diurut oleh Puan Mashitah.
“Mak cik? Mak cik tak apa-apa ke?” soal Faliq sopan.  Takkanlah aku nak jerkah mak cik ni pulak.  Elok penampar dia bagi aku.
“Kaki mak cik ni terkehel sikit.  Tapi, tak apalah.  Kalau urut sikit ni, eloklah kaki mak cik ni,” balas Puan Mashitah.  Walhal dahinya dah berkerut tahan sakit.
“Rumah mak cik dekat mana? Biar saya hantarkan?” takkanlah nak biarkan mak cik ni berjemur tengah panas pulak? Dengan kaki sakit lagi.  Jadi, kita yang sihat ni wajib menolong.  Sudahlah tu Faliq perasan diri sendiri.
“Tak apalah.  Sikit je ni.  Tak payah susah-susah.  Mak cik boleh jalan.  Lagipun, rumah mak cik dah tak jauh…” dia cuba menolak bantuan dari Faliq.  Buat apa nak susahkan orang?
“Mak cik ni…saya cuba nak tolong mak cik.  Kalau mak cik paksa diri mak cik ni jalan, alamatnya kaki mak cik bertambah bengkak.  Jomlah saya tolong hantar mak cik balik eh? Lagipun panas ni…”
“Tak apalah nak…mak cik ok.”
“Mak cik…jangan degil boleh tak mak cik? Setakat hantar mak cik ke rumah, tak luak mana pun.  Jom?” Faliq sedaya-upaya memaksa Puan Mashitah untuk menerima bantuannya.
“Yelah kalau kamu dah cakap macam tu.  Mak cik nak tolak pun, kamu akan bangkang jugak,” sempat lagi dia memerli Faliq.  Faliq cuma tersengih.  Sempat pulak mak cik ni sindir aku.
Lagipun, aku bukannya ada niat jahat pun.  Aku cuma nak membantu.  Tak salahkan kalau membantu?
“Tapi, kereta kamu ni mahal.  Mercedes pulak tu.  Mak cik ni dahlah beli ikan.  Kalau air ikan menitik dalam kereta mahal kamu ni…”
Faliq pantas memintas percakapan Puan Mashitah.  “Tak apa mak cik.  Kalau kotor sekali pun, boleh basuh.  Alah, setakat air ikan mak cik…saya tak kisah pun.  Janji mak cik selamat sampai rumah,” ucapnya ikhlas.
Puan Mashitah mengangguk perlahan.  Segan rasanya untuk duduk di dalam kereta mewah.  Suaminya pun pakai Proton Saga je.  Manalah mampu nak beli Mercedes macam ni.
Selepas memastikan Puan Mashitah masuk ke dalam kereta, Faliq masuk ke dalam kereta lalu memandu kereta pulang ke rumah Puan Mashitah.

Suri Hati Syed FaliqWhere stories live. Discover now