"Lili, kau kenapa ni? Muram je aku tengok lepas balik ke asrama ni? Kau ada masalah ke? Tadi aku tengok bukan main lagi happy Faliq tarik kau. Ke mana?" soal Batrisya bertalu-talu. Kalah peluru berpandu pulak soalannya.
Bat ni! Aku tengah sedih di dalam, dia boleh pulak tanya aku macam tu. Siap sebut nama Faliq pulak tu! Dahlah aku tengah bersedih pasal Faliq! Huh!
"Aku tanya kau ni Lili. Kau dah kenapa muka monyok macam beruk hilang pisang? Kalau ada masalah, share lah dengan aku. Ini tak! Muka macam apa-apa lagi! Hantu pun takut tengok!" omel Batrisya bila soalannya Lili tidak jawab.
Dia boleh buat bodoh dengan aku? Budak ni memang nak kena sekeh betullah! Bila aku tanya, suka tak nak jawab! Hesy!
Bat ni kalau aku tak jawab soalan dia, bebelan dia tu kalah mak nenek! Rimaslah aku dengar bebelan dia tu!
"Lili! Ya Allah! Tolonglah jawab soalan beta ini! Kalau tak, aku sangkut kepala kau di kepala katil ni! Nak?" dia buat bodoh lagi! Nanti jadi mentel pada muka!
"Bat...aku serabut sekarang ni. Boleh tak kau zipkan mulut kau tu kejap? Kalau tak boleh tutup, kau potong mulut kau campak dalam lombong. Boleh?" aku serabut dia nak membebel. Sakit hati tau!
"Eh? Suka hati kau je nak suruh aku potong mulut aku campak dalam lombong. Sepatutnya kau tu yang kena campakkan muka kau tu ke dalam lombong. Eii! Aku tak fahamlah dengan kau ni Lili. Ini mesti ada kes dengan Faliq kan? Cuba cerita?" Batrisya masih tak berputus asa. Aku kena tahu jugak masalah dia.
"Bat! Kalau kau dah tahu, kau diamlah. Aduh!" Lili menggaru kepalanya tanda serabut. Boleh tak manusia ni kalau sehari membisukan mulut?
"Apa yang Faliq dah buat dekat kau? Cerita dekat aku! Cakap!"
"Eiii! Dia tak buat apa-apalah! Cuma..." percakapannya terhenti di situ. Bila teringatkan tentang tadi, hatinya jadi sayu.
"Cuma apa? Hah! Aku tahu...dia mesti suka dekat orang lain kan? Orang tu bukan kau kan?" tekaan Batrisya tepat. Lili mengeluh sendirian.
"Dia sukakan orang lain Bat...aku dah tak boleh nak buat apa. Mustahil dia boleh sukakan aku..."
Nampak? Bukan susah pun nak buat si Lili ni mengaku apa yang dalam hati dia sebenarnya. Hmmm...ni kes patah hatilah ni? Lili...Lili...
"Habis tu? Macam mana dengan kau?"
"Macam mana apa? Aku ok jelah. Lagipun, ikut suka hati dialah kan nak pilih sapa? Lagipun, Quratul tu kan baik, lemah lembut. Tak macam aku ni, kasar!" Faliq pun pernah katakan yang dia memang kasar. Oklah, yang tu aku tak dapat nafikan. Well, aku memang kasar.FALIQ duduk di sofa. Menonton berita tv3. Dato Sri Seyd Baharudin menghampiri Faliq yang sedang menonton televisyen. Faliq tidak sedar yang ketika ini bibirnya mengukirkan senyuman.
"Hai...kenapa anak walid ni senyum sorang-sorang? Teringin nak masuk wad sakit mentel?" usik Dato Sri Syed Baharudin sambil memandang wajah anaknya.
"Mana ada senyum walid. Walid ni merepek je!" sangkal Faliq. Walau hakikatnya memang dia senyum sebenarnya.
"Eleh! Ingat walid rabun sangat ke? Walid nampaklah anak walid ni tersenyum sorang-sorang. Ada apa sebenarnya Liq?" dia cuba mengorek rahsia anak bujangnya.
"Walid ni memang spesis yang boleh baca minda orang ke? Liq nak rahsia dari walid pun walid boleh tahu kan?"
Dato Sri Syed Baharudin tersenyum bangga. Jangan ingat aku ni tak boleh baca fikiran. Bukan oranglah tapi anak-anak sendiri. Alah, dengan anak-anak ni memang dah boleh baca apa yang ada dalam minda diorang.
"Walid...Liq ada benda nak cerita dengan walid since walid dah tahu apa yang ada dalam kepala Liq ni kan? Walid, Liq dah dapat jawapan yang Liq tunggu selama-lama ni."
Dato Sri Syed Baharudin mengerutkan dahinya. Apa yang anak aku ni dapat jawapan? Nak kahwin dengan Lili? Ke Quratul?
"Apa dia? Ceritalah..."
Faliq memandang walidnya. Rasa malu pun ada. Argh! Tapi ini berita gembira! Mana boleh tangguh.
"Macam ni walid...sebenarnya Liq ada jumpa dengan Quratul tadi. Dan...Quratul dah bagi jawapan dekat Liq."
"Apa jawapa dia?" aku dah boleh agak apa jawapan Quratul yang sebenarnya.
"Dia setuju walid! Ya Allah! Rasa lapang sangat hati. Dah beberapa bulan tunggu dia bagi jawapan untuk Liq."
Dato Sri Syed Baharudin tersenyum kecil untuk anaknya. "Lili dah tahu?"
Faliq mengangguk laju. "Dah! Bila Quratul bagi je jawapan, Liq terus bagitahu Lili! Lili kan sahabat Liq yang paling the best? Takkanlah Liq nak biarkan dia tak tahu pulak kan?"
"Are you sure dengan keputusan Liq ni? Liq betul-betul sukakan Quratul? Macam mana pulak dengan Lili?"
Faliq mengerutkan dahinya. Pelik dengan soalan yang ditujukan oleh walidnya. Apa kaitan dengan Lili pulak?
"Maksud walid? Apa pulak kaitan Lili dengan cerita Liq ni? Ada apa sebenarnya walid?" serius aku tak faham. Kenapa pulak aku dengan Lili diungkit?
"Walid nak Liq fikir betul-betul. Apa betul Liq tak mempunyai perasaan sikit pun terhadap Lili?" lagi bertambah kerutan di dahi Faliq. Hai...cepat tualah kau Faliq. Asyik kerut je dahi tu.
"Betullah walid. Lagipun, takkanlah Liq nak ada perasaan dekat Lili? Kenapa pulak walid nak ungkit pasal ni?"
"Tak ada apalah Liq. Lagipun, masa kita stay dekat Terengganu dulu, Liq langsung tak boleh nak berpisah dengan Lili. Nak melekat je selalu. Dari dulu lagi walid perasan yang Liq memang sukakan Lili. Cuma, Liq cuba buang perasaan tu kan?"
Apa yang walid cuba cakapkan ni? Aku...sukakan Lili? Hatinya tertanya. Akal pula mula memproses. Ya...aku masa di Terengganu dulu memang selalu rapat dengan Lili. Nak berenggang pun tak boleh. Setiap hari asyik ke rumah Lili je lepas tu lepak dekat pantai.
'Kau memang cintakan Lili...Faliq. Tapi, kau buang perasaan kau...' suara si hati.
'Taklah! Aku tak cintakan dia pun. Tapi, aku rasa dialah kawan yang paling baik aku pernah ada...' tingkah pula suara si akal.
"Mana ada walid..."
"Walid tak nak cakap apa Liq. Liq dah besar dan mampu memikir dengan sendiri. Apa pun keputusan Liq, walid ikut je."
"Terima kasih walid. Liq naik atas dulu ya?" Dato Sri Syed Baharudin mengangguk.
Faliq melangkah naik ke biliknya. Dia memandang sekeliling biliknya. Entah kenapa pulak rasa suram. Kenapa pulak aku nak rasa macam tu? Punggungnya dihenyakkan di atas tilam. Bingkai gambar dia dan Lili diambil. Waktu itu masing-masing sudah habis STPM dan dia mula hendak berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
Diusap perlahan gambar tersebut. Lili...nama yang sebenarnya pernah singgah di hatinya dahulu. Tapi, semua itu pergi bila dia terjumpa dengan Quratul. Hatinya terus berubah kepada Quratul.
Lili...kaulah kawan yang paling baik pernah hadir dalam hidup aku. Walaupun perwatakan kau kasar, tapi aku senang dengan cara kau. Banyak benda yang kau dah tolong aku. Kau juga bagi aku rasa kasih sayang seorang ibu walaupun waktu tu kau marah gila dengan aku.
Faliq tersenyum sendiri bila teringatkan kenangan beberapa tahun yang lepas. Masih segar di ingatannya betapa baiknya Puan Mashitah dengan dia dahulu. Kasih sayang yang dia rasa langsung tak terluak. Masih kekal ciri sebagai seorang ibu yang penyayang.
Bingkai gambar diletakkan kembali ke meja kecil di sisi kepala katilnya. Entah kenapa berat setiap kali dia hendak menyimpan gambar dia dan Lili di dalam stor. Macam ada sesuatu yang menghalang dirinya melakukan begitu.
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...