“Maksud pak cik?” dia memandang Dato Sri Syed Baharudin. Dia ingin penjelasan dari Dato Sri Syed Baharudin. Cara dia cakap macam nak cakap tentang aku je?“Pak cik tahu apa perasaan Lili terhadap Faliq dulu kan?” Lili memandang Dato Sri Syed Baharudin dengan penuh tanda tanya.
Takkan dia tahu kot? Isy…ni yang nak buat aku rasa menebal pulak ni. Tapi, macam mana pak cik boleh tahu sedangkan aku tak pernah cakap apa-apa pun? Lainlah kalau ibu aku.
Memanglah ibu aku tahu apa perasaan aku terhadap Faliq.“Isy pak cik ni. Macam-macamlah. Agak-agaklah kalau nak buat lawak pun…” dia mendodoikan Damia yang hampir lena.
“Lili…pak cik tahu apa yang Lili pendamkan selama ni. Kalau betullah Lili tak ada perasaan dekat Faliq, kenapa Lili tak datang masa upacara akad nikah?” Lili menelan air liurnya. Kesat. Soalan KBAT betul!
“Errr…saya tak dapat datang pak cik. Saya…saya ada hal saya nak kena uruskan…”
“Yelah tu…jangan nak bohong pak ciklah. Pak cik tahu apa yang Lili rasa sekarang…”
Duh! Pak cik ni! Suka nak kenakan aku!
“Itu dulu pak cik…”
“Tapi tak bermakna sekarang dah hilang…”
Eiii! Dia kenakan aku lagi! Wajah Damia yang nyenyak tidur dipandang. “Pak cik, Lili naik atas dulu eh? Nak letak Damia…” nasib baik jugak Damia dah tidur. Bolehlah aku jual nama dia kejap nak lari dari Dato Sri Syed Baharudin.
DAMIA diletakkan di atas katil. Bantal peluk kecil diletakkan di sekeliling Damia. Macam biasalah. Nak elakkan Damia dari bergolek sampai jatuh katil. Dia berbaring di sebelah Damia.
Hmmm…Damia…auntie tak tahu nak kata apa lagi Damia. Mana mungkin auntie nak ambik alih tempat umi Damia. Auntie tak sukalah macam ni. Tapi, dengan apa yang dah terjadi, takkanlah auntie nak duduk diam je dan lepaskan tangan?
Tapi, auntie tak bolehlah hidup dengan baba Damia. Complicated sangat. Memanglah auntie ada perasaan dekat baba Damia tapi tak bermakna yang auntie perlu berkahwin dengan dia.
“Huhuhu…auntie buntu Damia. Macam mana ni Damia?” wajah kecil Damia diusap perlahan.
“Damia…perlu ke auntie kahwin dengan baba Damia je? Tapi, macam tak logik je?”
Apa yang tak logiknya Lili? Apa yang kau rasa tak logik tu? Mana ada tak logiknya. Logiklah kalau kau kahwin dengan Faliq. Kau dengan dia ialah pasangan yang serasi. So what are you waiting for? Peluang dah terbuka luas depan mata kau.
“Auntie tak naklah jadi perampas tempat umi Damia pulak…”
Ya Allah Lili! Apa yang kau rampasnya?! Kalau sekalipun kau kahwin dengan Faliq, bukannya kau rampas tempat arwah malah kau dapat mengisi kekosongan dalam hidup Damia bila dia dah besar nanti! Bila dia dah besar nanti, kau boleh cerita dekat dia macam mana rupa umi dia dulu, betapa baik umi dia dulu.“Susahlah auntie nak buat keputusan Damia. Auntie kena fikir dulu. Perasaan bersalah dekat umi Damia pun tak habis lagi.”
Ikut suka kaulah Lili. Aku cakap kau tak nak dengar. Berkahwin dengan Faliq bukan bermakna kau dah rampas tempat arwah. Ngok lah kau ni Lili!
“IBU tak tahu nak cakap macam mana Lili. Lili sahaja yang ada jawapan untuk soalan Lili tu. Apa yang Lili perlu buat ialah solat banyak-banyak dan mintak petunjuk. Insya-Allah, Allah akan bantu Lili nanti. Lepas tu, ikut gerak hati. Sama ada Lili nak ke tak.” ujar Puan Mashitah senang. Dia tak nak anaknya terlalu tertekan.
“Ya…ibu faham dengan apa yang Lili rasa. Tapi Lili, berkahwin dengan Faliq tak semestinya kehidupan Lili akan sama macam mana dengan kehidupan arwah. Waktu tu Faliq masih lagi mentah dalam alam rumah tangga. Berkahwin pada usia yang sangat muda. Manalah tahu macam mana nak handle rumah tangga ni. Tak matang lagi,” dia cuba memujuk anaknya.
Kalau boleh, biarlah anaknya membuat keputusan dalam keadaan yang tenang. Tak nak anaknya membuat keputusan yang terburu-buru.
“Ikut kata kamulah Lili. Ibu terima je apa cadangan Lili. Kalau ada apa-apa, cakap dekat ibu. Jangan pendamkan je. Cepat-cepat call ibu.”
“Ibu ni nak ke manalah sangat Lili. Duduk rumah jelah. Motor ibu tak berani nak naik. Dah lama ibu tak bawak motor. Jadi, ibu duduk jelah dekat rumah ni.”
“Ibu percaya anak ibu boleh membuat keputusan yang baik. Insya-Allah…ibu pun doakan untuk anak ibu ni.”
“Hmmm yelah…pergilah tidur. Waalaikumussalam…” gagang telefon diletakkan semula. Puan Mashitah melangkah ke arah kerusi lalu duduk.
“Ada apa dengan Lili?” soal Puan Fatma. Mak ngah Lili.
“Biasalah hal anak-anak muda zaman sekarang kan? Konflik sangat. Tadi Lili call cakap yang dia celaru sama ada nak terima Faliq ataupun tak.”
Cawan berisi air teh suam diletakkan di atas meja berhadapan dengan Puan Mashitah. Puan Fatma menghirup sedikit air tehnya.
“Habis tu? Apa yang Itah cakap?” soal Puan Fatma ingin tahu.
“Entahlah Fat…saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Saya cuma cakap buat keputusan elok-elok. Fikir dulu sebelum membuat keputusan,” balas Puan Mashitah lalu mengambil cawan berisi air teh lalu dihirup sedikit.
“Saya yakin Itah, Lili tu mampu membuat keputusan yang baik. Yalah, kalau dia tak mampu membuat keputusan dengan baik, mana mungkin sekarang dia jadi baby sitter kepada anak si Faliq tu,” ya…Lili sememangnya bijak dalam mengendalikan masalah. Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian. Itulah Nur Lili Sorfina.
“Saya pun harap macam tu jugak Fat. Berharap sangat dia tak pilih keputusan yang salah. Saya tahu dalam hati dia tu masih mengharapkan Faliq. Lagipun dia pernah cakap yang dia sayang sangat dekat Damia.”
“Green light dahlah tu…” Puan Mashitah tersenyum mendengar kata-kata Puan Fatma. Rasa dah. Lagipun apa salahnya kan? Tidak ada salah pun kalau dia menggantikan tempat arwah dalam hidup Faliq. Tak adalah si Damia tu nanti tertanya-tanya mana ibunya pergi?
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...