Bab 27

15.9K 483 9
                                    

Edri menghampiri Faliq yang duduk di luar rumah.  Sudah beberapa hari Faliq menetap di sini.  Yang pastinya Faliq menginap di dalam bilik Lili.  Katanya dia rindukan Lili sanga-sangat.  Untung jugak ibu mertuanya tidak cangkul kepala si Faliq ni.
“Faliq…” Edri memegang bahu Faliq lembut.  Dia sudah anggap Faliq seperti adiknya sendiri.
“Ye abang?” Faliq memandang Edri sebentar sebelum dia kembali memandang ke arah pemandangan di hadapannya.  Tak ada apa yang berubah.
“Abang nak cakap sikit.  Faliq tak elok buat macam ni.  Faliq ada isteri.  Faliq kena pentingkan isteri Faliq sekarang ni.  Memanglah sekarang ni kita tak sayang dia dan rasa kalau layan dia, tak datangkan apa-apa pun.  Tapi, Faliq kena ingat.  Di akhirat nanti, Allah tanya Faliq.  Tanggungjawab Faliq terhadap isteri…keluarga…” dia perlu menggunakan reverse psychology.
Kalau Faliq terus-terusan begini, kesian kepada isteri yang masih setia menanti di nun sana.  Dahlah dalam keadaan mengandung pulak tu.
“Memanglah di dunia kita terlepas tapi di akhirat nanti? Mana dah nak boleh lari.  Abang faham perasaan Faliq sekarang ni.  Masih menantikan adik ipar abang tapi di sini Faliq kena faham jugak.  Tak wajib dan tak perlu menunggu Lili.  Apa yang wajib sekarang ni ialah isteri Faliq dahulu.”
“Tapi abang…saya cuma nak jumpa Lili.  Saya tak boleh abang…”
“Ye…abang faham keadaan Faliq sekarang ni.  Tapi sekarang ni seeloknya Faliq tumpukan kepada isteri Faliq.  Kalau betullah jodoh Faliq dengan Lili, tak ke mana pun Lili tu.  Tapi, seandainya jodoh Faliq ialah dengan isteri Faliq sendiri, yang tulah yang Faliq kena lupakan Lili buat selama-lamanya dan cuba menerima isteri Faliq seadanya,” dah nak sampai tahap ceramah dah ni.
“Lagipun, apa yang abang tahulah kan sebenarnya Faliq yang pilih isteri Faliq sendiri kan? Bukannya atas paksaan kan?” dia nak ingatkan Faliq kembali.  Kalau bukan pilihan hati itu belakang cerita tapi ini pilihan sendiri.  Kesian kepada si isteri.
Faliq tidak membalas apa-apa.  Malahnya, fikirannya sekarang kosong tak tahu nak kata apa.  Ya pun tak…tidak pun tidak.  Celaru.  Tapi apa yang dikatakan oleh abang Ed tu betul belaka.  Memang aku yang memilih Quratul sebagai suri hidup aku tapi…entah.  Aku bersikap kejam terhadapnya.

“AKU tak bolehlah kak long.  Kau gila ke apa nak suruh aku balik Terengganu sekarang semata-mata nak suruh aku jumpa dengan Faliq? Nonsense! Aku tengah kerja sekarang ni long…” gumamnya perlahan.  Tak naklah dikatakan curi tulang pulak waktu bekerja.
Isy…aku tak sukalah dipaksa macam ni long.  Lagipun, dia dah ada isteri! Dia dah gila ke apa cari aku? Sekarang kan isteri dia tengah mengandung.  Halau je dia balik!” kisah apa aku kejam ke tak?
“Aku tak naklah kak long.  Apa susahnya? Halau dia balik aku cakap.  Menyusahkan orang je kerja dia!” ujarnya meluat.  Sampai ke kampung dia cari aku.  Melampau ni!
“Tengoklah macam mana.  Nanti aku fikirkan! Oklah, aku nak sambung kerja balik.  Assalamualaikum!” Lili memutuskan talian. Stres betullah aku dengan Faliq ni.  Apa kejadahnya dia pergi cari aku sampai ke kampung? Melampau betullah dia ni.
“Kan saya dah cakap? Balik dan jumpa dengan adik saya.  Terus-terang apa yang awak rasakan sekarang ni.  Simple, right? Adik saya pun akan faham,” tiba-tiba suara Ammar kedengaran. 
Spontan Lili memandang ke belakang.  Sejak bila pulak bos aku ni ada di belakang aku.  Haish…ni curi-curi dengar ke macam mana?
“Bila masa bos tercegat di belakang saya ni?” dia main invisible pulak.  Tup-tup ada!
“Dari tadi lagi.  Tak apa, saya bagi awak cuti Lili.  Awak balik selesaikan masalah awak dengan adik saya.  Sampai bila awak nak lari dari adik saya?” lari jauh mana pun, kalau nak berjumpa tu, akan jumpa jugak.  Menyoroklah macam mana sekali pun.
“Tak apalah bos.  Terima kasih atas pelawaan bos tu.  Saya tak minat,” ujar Lili penuh bosan.  Sikit-sikit Faliq.  Semua nak cakap pasal Faliq.  Bosanlah aku.

DATO Sri Syed Baharudin menghampiri Quratul yang tengah mencuci pinggan di dapur.  Isteri di rumah tapi si suami? Menjauh dari isteri.  Hmmm…apalah yang nak jadi dengan rumah tangga anak aku ni? Sudahnya isteri sarat mengandung.
“Quratul…” panggil Dato Sri Syed Baharudin perlahan.  Quratul memandang ke belakang.  Dia menghadiahkan senyuman kepada bapa mertuanya.  Air sinki ditutup lalu dia menghampiri bapa mertuanya dan duduk di atas kerusi.
“Ada apa walid? Walid nak makan ke? Ke nak minum?” soal Quratul lembut sambil memandang bapa mertuanya.  Hanya bapa mertuanya sahaja yang memahami dirinya sekarang ini.
“Tak…walid tak nak apa-apa pun.  Cuma, walid nak tanya, Quratul dengan Faliq ada masalah ke sampaikan Faliq dah tak balik beberapa hari ni?”
Quratul tertawa kecil lalu menggeleng perlahan.  “Tak ada apa pun.  Quratul dengan abang Faliq ok je.  Tak ada masalah pun.  Kenapa walid tanya macam tu?”
“Quratul jangan nak back up Faliq buat masa sekarang ni.  Cuba Quratul cerita dekat walid apa yang Faliq dah buat dekat Quratul ni? Dah sebulan tau dia tak balik ni.  Quratul pun tak lama lagi nak bersalin.”
“Tak apalah walid.  Mungkin dia memerlukan ketenangan sekarang ni.  Dia nak jumpa dengan Lili.  Lagipun, walid mesti tahukan yang Faliq memang sukakan Lili?” Dato Sri Syed Baharudin mengeluh perlahan.  Kesal dengan sikap anaknya yang langsung  tak endahkan keadaan Quratul yang sedang sarat mengandung.
“Walid tak tahu nak buat apa lagi Lili.  Antara abang dan kakak dia, Faliq lah yang paling degil sekali.  Mungkin salah walid sebab terlampau manjakan dia.”
“Walid tak payahlah nak salahkan diri walid.  Lagipun, Quratul faham perasaan Faliq sekarang.  Mestilah dia nak dengar penjelasan dari Lili kan? Tak apalah walid.”
“Macam mana Quratul boleh tahan dengan perangai anak walid sedangkan walid pun dah tak tahan tengok dia buat macam ni dekat menantu walid sendiri.  Kalau ye pun dia nak dengar penjelasan dari Lili, dia kena bawak kamu sekali ke sana.  Ya Allah…” makin pening kepalanya melihat rumah tangga anak menantunya.  Makin hari makin menjadi Faliq ni.
“Tak apalah walid.  Saya faham keadaan abang Faliq.  Walid janganlah bencikan Lili pulak ye walid?” pintanya bersungguh-sungguh.  Tak naklah disebabkan perkara sebegini, Lili pula yang dibenci sedangkan semua ini Faliq yang mulakan.
“Tak…walid tak salahkan Lili pun.  Cuma, walid dah tak tahan dengan perangai Faliq.  Kalau dah Lili pergi, maknanya Lili pergilah.  Dia tak nak jadi penghalang rumah tangga kamu.  Faliq ni pun tak faham-faham!” marahnya diselubungi dengan perasaan sedih kerana anaknya memperlakukan Quratul sedemikian.
“Insya-Allah walid, abang Faliq akan berubah bila dia dah dengar penjelasan Lili nanti.  Cuma apa yang kita boleh buat sekarang ni pun hanyalah berdoa walid.  Saya yakin yang dia akan ok nanti…” sebenarnya dia cakap begitu hanyalah sekadar menyedapkan hatinya.  Dia tahu Faliq tak akan ok kalau mendengar penjelasan sebenarnya dari Lili.  Malah, dia tahu Faliq tak akan terima apa yang akan dikatakan oleh Lili.

Suri Hati Syed FaliqWhere stories live. Discover now