Bab 58

18.2K 437 3
                                    

Sibuk mereka menghidangkan makanan untuk para tetamu yang akan datang.  Siapa nak kahwin? Kahwin? Korang ni merepek je.  Bukannya kahwin tapi tahlil untuk arwah umi Faliq.  Kan dah cakap hari tu? Hmmm…korang ni mesti kuat pelupakan?

Lili membawa setiap hidangan ke halaman rumah dibantu oleh Batrisya dan beberapa lagi sepupu Faliq yang turut datang malam ni.  Uzma, kakak Faliq pun menolong jugak.  Jag yang berisi air sirap disediakan di setiap meja.

Manakala para lelaki pula sedang membaca Yasin di ruang tamu rumah Dato Sri Syed Baharudin.  Lili perasan Faliq mengalirkan air matanya ketika membaca Yasin.  Aku yang tengok pun rasa sebak.  Yelah…dia kan tak pernah tengok muka umi dia sejak kecil lagi?

Tak kurang juga dengan Ammar dan Dato Sri Syed Baharudin.  Sama-sama mengalirkan air mata seperti Faliq. 
Menahan sebak di hati masing-masing.  Uzma menghampiri Lili yang sedang melihat mereka membaca Yasin.

“Kesian dekat Faliq…” ujarnya perlahan.  Lili tersedar dari lamunannya.  Dia menoleh memandang Uzma yang berdiri di sisinya.

“Akak sempat lagi kan tengok wajah umi?”

“Sempat…itu pun waktu tu baru je 3 tahun.  Tapi, wajah umi waktu tu sikit pun akak tak lupakan…”

“Waktu Faliq masih kecil, ada dia tanya pasal umi dia?”

“Ada…banyak kali jugaklah sampaikan kadang-kadang walid pun naik fed up sebab 24  jam asyik tanya benda yang sama.  Tapi, biasalah kan? Budak-budak? Diorang akan tanya benda yang sama…” balas Uzma. 

Dulu hampir sahaja dia menangis apabila Faliq asyik sahaja bertanya tentang uminya walaupun dah berusia 11 tahun.  Soalan yang setiap kali diajukan ialah, umi pergi dekat mana? Kenapa kita tak ada sekali dengan umi?

Lili mengangguk perlahan.  Simpati dengan keadaan Faliq dahulu.  Yalah, manalah pernah dapat kasih sayang daripada seorang ibu.  No wonder lah dulu masa dia duduk dekat Terengganu, kerap je dia datang rumah aku.

“Tak apalah akak.  Saya pergi dapur dulu eh? Saya nak tolong apa yang patut…” kakinya segera mengorak langkah menuju ke dapur.  Tak betah rasanya nak duduk lama-lama di situ. 

Makin lama, hatinya akan terasa sayu.
Selepas bacaan doa tahlil dihabiskan, mereka semua bangun lalu duduk di meja makan memandangkan Dato Sri Syed Baharudin membuat hidangan secara buffet.  Senang je.  Cedok dan makan.

“Li…kau dengan Faliq macam mana? Dah ok?” soal Batrisya.  Takkanlah tak ok-ok lagi? Dah bawak pergi honeymoon pun, takkan masih fight kot?

“Alhamdulillah…aku dah ok Bat.  Aku rasa tak guna pun kalau terus-terusan aku abaikan dia.  Lagipun, dia dah jadi suami aku kan?”

“Alhamdulillah! Happy je aku dengar tau?! No wonder lah kau dengan Faliq tadi boleh berbalas senyuman!”
Alamak! Takkan si Batrisya nampak kot? Duh! Bala betullah!

See? Blushing kan? Tak payah nak sorok-sorok dengan akulah Lili.  I see everything…”

Emmm!!! Kau nampak bila? Mata kau ni macam CCTV tau tak? Dekat mana-mana pun ada.”

Well, this is Batrisya ok? Di mana kau ada, di situ aku ada,” dia ketawa jahat.  Lili mencubit lengan Batrisya.  Geram betullah aku dengan dia ni.

“Kau dengan Izzul macam mana pulak?” dia menjongketkan keningnya.  Pandangan sinis dilemparkan.

“Apa pulak aku dengan Izzul? Tak ada kena mengena eh?”

“Ada! Kau je yang tak tahu…alah Bat…kau sukakan Izzul kan?”

No!” dah sudah! Dia kenakan aku pulak.

Suri Hati Syed FaliqWhere stories live. Discover now