Usai membersihkan diri, Lili mendapatkan Damia yang sedang merengek di atas katil minta diangkat. Lili mengangkat Damia lalu dibawa ke pangkuannya.
“Kenapa ni Damia? Hmmm? Kenapa nak rengek ni? Pandai dah suruh orang angkat dia?” Lili mengacah-acah muka Damia. Diusik muka Damia menggunakan hidungnya.
Damia tertawa menahan kegelian. Lili turut tertawa. Namun, fikirannya tiba-tiba terlayang pada arwah Quratul. Keluhan kecil dilepaskan.
Awak…saya dah kahwin dengan Faliq. Saya dah pun jadi ibu kepada Damia. Saya janji pada awak yang saya akan jaga Damia sebaik yang mungkin seperti yang awak minta.
Saya akan jaga Damia macam anak saya sendiri. Saya tak akan bandingkan dia dengan bakal anak saya nanti.Woooo…stop! Apa kau cakap tadi? Bakal anak saya? Wohoho…apa yang kau merepek ni Lili? Sejak bila pulak kau terfikir nak ada anak dengan
Faliq pulak ni? Isy! Gilalah kau ni Lili!
Faliq menolak perlahan daun pintu bilik Lili. Lili menoleh ke belakang bila terdengar derap kaki menghampirinya. Oh…bapak Damia rupanya.“Ada apa? Nak main dengan Damia ke?” soalnya selamba. Dah lupa agaknya dia dah jadi isteri kepada Faliq sekarang ni.
“Aku nak main dengan dua-dua…”
“Dua-dua? Kau ada anak sorang lagi ke? Tapi, biar betul?” hesy! Blur pulak kau malam ni Lili!
“Anak dan mak dia…”
Mata Lili terus membulat. Hai…ayat tu kenapa lain macam sangat bunyinya?
“Dahlah Lili. Kau ni memang akan jadi tahap blur-blur alam kan? Aku datang sini semestinyalah aku nak main dengan anak aku.”
“Cakaplah terus-terang! Ini tak. Main dua-dua! Aku ingatkan kau sorok anak kau yang sorang lagi!” pantas hidung Lili ditarik kuat.
“Woi! Apa ni main tarik hidung? Kalau hidung aku jadi Pinocchio macam mana?” suka hati dia je nak tarik hidung aku.
“Ok apa kalau hidung kau jadi Pinocchio? Senang sikit aku nak cium,” dia ketawa gatal.
“Eii! Miang kau eh?!” tangannya mencubit perut Faliq kuat. Amboi! Mentang-mentang aku dah jadi bini dia. Dia nak buat blue hippo dia tang ni.
“Dengan bini sendiri…” seronok rasanya bila dapat mengusik Lili. Last pun waktu Lili kehilangan ayah dia. Lepas daripada tu, aku asyik berperang dengan Lili.
“Kau ok?” soalan dari Faliq membuatkan dia terdiam seketika.
“Maksud kau?” sengaja dia buat-buat tak faham. Dia nak dengar persoalan itu sendiri dari mulut Faliq.
“Yelah, kau kan dah kahwin dengan aku? Kau ok ke?”
Lili mengemam bibirnya lalu memandang Faliq. “Errr…aku nak cakap yang aku ok taklah sangat tapi rasa ok tu ada sikitlah. Kau jangan risaulah. Pandai-pandai akulah nak rasa ok sendiri.”
“Kau sure? Kalau kau rasa tak kena dekat mana-mana, kau cakap jelah. Maybe aku boleh fix sikit?”
Kau? Nak fix? Entah apa yang kau nak fix nya? Kalau kau nak fix keadaan, dah terlambat pun. Kau sepatutnya fix keadaan masa kau dengan Quratul lagi. Ini tak. Bila dah terlambat, baru rasa nak fix.
“Tak apalah. Aku tidur dulu eh? Kau nak tidur sekali dengan aku ke?” Lili memandangnya tajam.
“Amboi! Suka mulut kau je nak tanya macam tu? Aku robek kang!” cakap main lepas je.
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...