Lili mengesatkan air matanya. Ya Allah…kau kuatkanlah hati aku. Mana mungkin aku akan rosakkan rumah tangga Faliq dan Quratul. Mereka dah ditakdirkan bersama. Mungkin jodoh aku dengan orang lain.
Aku boleh terima yang dia dah kahwin dengan Quratul walaupun hati aku rasa sakit sangat. Tapi, aku yakin yang Quratul mampu membahagiakan Faliq. Mana mungkin seorang isteri tak mampu untuk membahagiakan suaminya. Tambah-tambah lagi orang tu lemah-lembut macam Quratul.
Aku percaya yang Quratul mampu membahagiakan Faliq. Lagipun Quratul tu isteri yang baik. Mustahil Faliq tak jatuh cinta dengan dia. Sebab tulah aku pergi jauh dari mereka. Aku ingin tengok Faliq hidup bahagia dengan Quratul. Aku tak nak disebabkan aku, rumah tangga diorang hancur.
Aku harap keputusan aku ni betullah dan terbaik untuk rumah tangga Faliq dan Quratul. Daripada penglihatan aku tadi, kalau aku tak pergi dari hidup Faliq, kemungkinan besar rumah tangga Faliq akan berantakan. Aku tengok cara dia pun aku dah tahu.
Takkan selamanya nak bergantung dengan aku? Dia dah ada isteri. Tempat yang dia boleh bergantung untuk selamanya.
Telefonnya berdering. Lili memandang nama pemanggil. Batrisya. Dia menjawab panggilan tersebut lalu loud-speaker dibuka.
“Hello?”
“Ada apa?”
“Aku tengah drive ni. Aku nak balik rumah kau dulu sebelum aku balik kampung terus.”
“Yelah, aku nak pack barang-barang aku dulu.”
“Ok…” talian diputuskan.BATRISYA hanya mampu memandang Lili mengemaskan barang-barangnya. Lili ni nekad betullah. Kalau macam nilah caranya, aku yakin Faliq mesti akan cari dia sampai hujung dunia.
“Kau serius ni Lili?” Batrisya melabuhkan punggungnya di sebelah Lili. Lili memasukkan semua pakaiannya ke dalam beg.
“Aku seriuslah Bat. Kalau boleh, aku tak nak jumpa Faliq lagi. Aku tak boleh Bat. Kalau aku duduk dekat dengan dia, aku takut aku tak mampu nak kawal perasaan aku lagi,” setelah mengemas semua bajunya, begnya ditutup dan dizip.
“Kalau ye pun, perlu ke kau pergi sampai ke Negeri Sembilan? Kau duduk jelah dekat Terengganu. Kan senang? Kau boleh jaga mak kau sekali?” usul Batrisya. Sebolehnya dia tak nak Lili ke Negeri Sembilan. Boleh apa lupakan Faliq kalau duduk dekat KL.
“Aku kena pergi jugak Bat…lagipun pasal ibu aku tu, kakak aku sekarang ni kan tengah berpantang dekat sana. Jadi, aku tak risau sangatlah.”
“Kalau ye pun, bagilah aku ikut kau…” risau betullah aku dengan Lili ni. Dia ni bukannya boleh kira sangat.
“Tak payahlah. Aku nak kau cakap dekat Faliq yang aku oergi ke overseas macam biasa. Aku tak nak dia cari aku langsung.”
“Kenapa?”
“Kau tahu tak masa akuke uni tadi, aku terserempak dengan Quratul. Elok je aku sembang dengan Quratul, tiba-tiba Faliq panggil aku. Aku lari…kau tahu tak Faliq boleh kejar aku sedangkan isteri dia tengok? Serius weyh. Aku tak nak akulah penyebab kerosakkan rumah tangga diorang…”
“Kau sure kau nak pergi ni?”
“Aku yakin sangat Bat walaupun sebenarnya aku tak tahu arah mana aku nak tuju sebenarnya bila aku di Negeri Sembilan nanti. Tapi, kau doakan akulah ye? Insya-Allah nanti aku baliklah KL…”
“Nanti tu bila? Kau ni…aku risau tau tak kau travel sorang-sorang. Kau tu bukannya tahu jalan dekat Negeri Sembilan tu. Kalau sampai pun, nasib je sebab kau pakai Waze ataupun Ms Google!”
Lili ketawa kecil. Memang aku tak tahu jalan. Tapi, insya-Allah dengan Waze ataupun Google, aku boleh kot sampai ke Negeri Sembilan.
“Aku pergi dululah Bat…kalau ada apa-apa ataupun Faliq kacau kau, kau call aku terus…”
“Yelah…kau tu hati-hati bila bawak kereta nanti. Aku tak nak kau sampai Negeri Sembilan bukan dengam kereta tapi dengan ambulans…”
“Insya-Allah aku akan ok. Aku gerak dulu…” Lili bersalaman dengan Batrisya. Batrisya pula terasa nak menangis nak biarkan kawannya pergi begitu sahaja. Lagipun, Lili seorang sahaja yang memahami dirinya. Maklumlah kawan sekampung.
Lili masuk ke dalam keretanya. Enjin kereta dihidupkan lalu memandu keretanya keluar dari garaj rumah. Sebelum dia memandu pergi, dia membunyikan hon kepada Batrisya. Batrisya melambaikan tangannya ke arah Lili sehinggalah kelibat kereta Lili hilang dari pandangan matanya.
Lili…aku harap kau selamat dekat sana. Lagipun, manalah kau pernah travel sorang-sorang sampailah hari ni kau pergi sendirian. Ini kalau ibu kau tahu ni Lili, habislah. Mesti dia akan risaukan kau 24 jam!
Tapi kenapa Faliq masih kejar Lili sedangkan dia mempunyai seorang isteri. Isteri yang dia suka dari dulu lagi. Orang yang dia suka dari dahulu lagi. Kenapa bila dah kahwin masih mengharapkan Lili? Ini yang aku pelik.
Ke yang sebenarnya Faliq cintakan Lili? Sebab tulah bila Lili pergi, dia tak boleh nak terima? Isy! Takkanlah macam tu pulak? Kalau dia cintakan Lili, kenapa dia pilih Quratul unutk jadi isteri dia kan?FALIQ termenung sendirian di luar rumah. Entah kenapa aku jadi tak keruan bila tiba-tiba sahaja Lili pergi tinggalkan aku? Kenapa aku rasa susah hati? Kenapa aku perlu fikir yang kemungkinan besar Lili tak akan jumpa aku lagi?
Kenapa aku perlu fikirkan semua tu? Bukan ke sepatutnya aku fikir pasal Quratul sahaja sekarang ni? Kan aku sendiri yang memilih Quratul untuk menjadi isteri aku. Perlu ke aku fikirkan tentang Lili pulak.
Ya Allah…apa sebenarnya yang aku perlukan dalam hidup aku? Siapa sebenarnya yang aku perlukan untuk jadi isteri aku? Dulu bukan main lagi aku mengorat Quratul 24 jam, tapi bila Lili pergi, aku pulak yang tak keruan.
Quratul cuma memandang dari hadapan pintu. Sedikit pun aku tak terasa hati dengan apa yang jadi hari ni. Aku memang tahu dahulu Faliq memang sukakan aku. Tapi dia tak boleh nak bezakan antara suka dan cinta. Memang dia sukakan aku tapi hati dia tak cintakan aku. Dia tak sukakan Lili tapi sebenarnya hatinya dah jatuh pada Lili.
Aku sedikit pun tak terkilan cuma aku rasa ini semua tak adil. Tak adil jikalau Faliq membiarkan dirinya sahaja berkeadaan begini. Aku tahu aku perlu satukan Lili dengan Faliq kembali. Aku tak nak hubungan mereka terputus begitu sahaja disebabkan aku.
Aku tahu Faliq terseksa di dalam selepas Lili pergi meninggalkannya. Macam mana aku tahu Lili pergi? Buktinya Faliq mengigau ketika waktu tidur tadi. Dia mengigau supaya Lili tidak pergi.
Aku tekad lepas ni yang aku akan satukan Lili dan Faliq.
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...