Apa kata penulis?

2.9K 157 9
                                    

Penulis kata..


Dah, dah..aku tak nak skema kat sini. Sebenarnya buku maya bertajuk Nak Mencekik Tapi Sengkek ni wujud sebab aku nak kumpulkan resepi-resepi yang mudah, murah, jimat, tak banyak pakai bahan, yang sesuai untuk orang sengkek macam aku dan segala yang berkaitan. Aku kumpul resepi semua ni sebab senang nanti aku nak rujuk balik dan untuk bagi idea kat sesapa yang tak banyak duit macam aku. Tak kan la nak makan maggi je hari-hari. Mau botak kepala engkau. Muda-muda dah botak tengah, tak lawa lah begitu.


Seperti yang aku gebang dekat profile sana, aku jenis yang suka memasak dan makan. Tapi duit tak berapa nak nampak. Tapi...kalau duit tak berapa nak nampak pun perut still kena isi juga. Dan aku kena juga puaskan naluri suka memasak aku ni. Hari-hari la aku bereksperimen di dapur. Tambah-tambah pulak cuti sem macam ni dan aku tak balik kampung. Nak balik apanya, aku dah kena buang.


Jadi terimalah..Nak Mencekik Tapi Sengkek!


*gambar kat atas dan cover adalah semasa aku buat sesi photoshoot dekat Thai Food Festival.Mulanya aku pergi memang niat nak ambil gambar je..kawan ajak. Ayam gril kat gambar tu pun aku tak beli. Tapi bila ternampak sotong murah,dengan baunya yang sedap, rupanya yang lawa sedang digril..alamak!Terbang jugak la duit aku. Beberapa hari aku kena makan maggi..haha

Nak Mencekik Tapi SengkekWhere stories live. Discover now