Hah sudah..pabenda la pulak yang dia ni tulis?
Hehe..ni sebenarnya masakan dari Thailand, another variety of laksa. Aku belajar kat YouTube. Rasa dia lain sikit dari laksa Thai. Tapi yang ini pun sedap. Dia ada 1 rasa dan bau yang unik, disebabkan penggunaan lengkuas dan temu kunci.
Aku ni kalau tengah murung, aku kena masak sesuatu yang aku tak pernah masak, yang unik supaya aku dapat tenangkan hati aku. Tapi apa yang aku masak masih dalam bajet la.
Senang je buat ni, nampak je macam susah.Nah la aku bagi resepi. Cuba kau try sebut kanom jeen namya berserta lenggok dia. Haa..ada gaya dah tu. Hehehe...
Bahan:
3 ekor ikan kembung atau apa-apa jenis ikan yang kau nak.
1 batang serai, ketuk
1 inci lengkuas, hiris-hiris
1 batang temu kunci (finger root), kalau tak tau kau google la.
Mi laksa halus, rendam sampai jadi putihBahan kuah:
12-15 biji cili kering atau lebih, buang biji dan rendam dalam air panas sampai lembut.
1 batang serai, hiris
1 inci lengkuas, hiris
3 batang temu kunci, hiris
5 ulas bawang putih
1/3 cawan bawang merah/bawang besar hiris
1 inci kunyit hidup
1 sudu belacan
1 1/2 cawan santan
2-3 sudu sos ikan
1-2 sudu asam jawa, larutkan dengan air
1-2 sudu gula kabung (aku pakai gula biasa je)
Garam secukup rasa kauCara:
1. Kau didihkan air bersama serai, lengkuas dan temu kunci atau orang Siam panggil grachai. Air tu jangan banyak sangat, cukup-cukup untuk bagi ikan kau tenggelam je. Biar mendidih kejap lepas tu kau masukkan ikan. Rebus sampai ikan tu masak.2. Keluarkan serai, lengkuas dan temu kunci tu. Ambil air dengan ikan sahaja. Ikan tu kau buanglah tulang dia. Isi tu kau blend dengan air sikit letak dalam mangkuk. Blend la ikut macam mana kau nak. Aku suka dia kasar-kasar sikit. Baru nikmat!
3. Lepas aku blend isi tu letak dalam mangkuk, lepas tu aku blend kepala dengan sedikit air. Kepala siapa? Kepala ikan la. Lepas tu aku tapis letak dalam mangkuk. Kalau kau tak nak blend kepala tu pun boleh je.
4. Lepas tu kau rebus laksa dalam periuk lain. Rebus sampai masak dan toskan.
5. Sekarang kau buat kuah pulak. Kau letak separuh dari santan dalam blender bersama cili kering yang kau dah rendam tadi, serai, lengkuas, bawang putih, bawang merah, kunyit dan belacan. Kau blend sampai betul-betul hancur.
6. Ambil periuk yang ada air rebus ikan tadi, kau tuang santan yang berbaki lagi separuh tu ke dalam. Tuang sekali bahan yang kau dah blend tadi. Buka api slow. Masukkan sekali sos ikan dan gula. Masaklah ia selama 20 minit.
7. Dah lepas 20 minit tu kalau pekat sangat kau tambahlah air. Kalau still cair tak payah. Masukkan ikan yang dah kau blend. Biar mendidih 10 minit macam tu.
8. Okey, kau try rasa. Tambah lagi sos ikan kalau kau nak. Lepas tu tuang air asam jawa dalam tu. Perasakan lah ia dengan garam. Masak sampai kuah tu agak pekat. Pekat macam kuah mi rebus.
9. Bila kuah dah siap, kau letaklah mi laksa dalam mangkuk bersama pelengkap yang kau nak. Kau boleh letak timun hiris, taugeh, telur rebus, daun selasih atau apa-apa saja yang kau rasa sesuai. Aku lupa pula nak beli taugeh tadi. Hmm...
Kalau kau perah limau pun sedap juga.Haa..dah tu apa lagi? Mencekik lah dengan tenang dan berkarisma. Berkarisma? Pun bolehlah. Saje je nak buat ayat fancy.
YOU ARE READING
Nak Mencekik Tapi Sengkek
Non-FictionHimpunan resepi di waktu sengkek sebagai alternatif kepada mi segera.