Bayam & Pucuk Ubi Celup Tepung

725 36 18
                                    

Hari ni tetiba aku rasa nak makan sesuatu yang bergoreng dan rangup. Dan tetiba juga aku terfikirkan bayam yang ada dalam peti. Apa lagi, ke dapur la! Alang-alang pucuk ubi ada, aku goreng sajalah sekali.

Sedap! Rasa macam makan keropok. Rangup betul. Sepinggan bayam dengan pucuk ubi tu dah buatkan aku kenyang. Tak payah makan nasi petang ni.

Nah aku bagi resepi kat kau. Buatlah..tak susah pun. Senang je.

Bahan:
Bayam atau pucuk ubi secukupnya
9-10 sudu tepung beras
1 sudu serbuk kari
Sedikit serbuk kunyit
Secubit dua garam
1/3 cawan air sejuk
Minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Sayur tu kau cuci elok-elok. Lap dengan tisu dapur bagi kering sikit.

2. Kau campurkan tepung beras, serbuk kari, serbuk kunyit, garam dan air sejuk ke dalam mangkuk. Kacau pakai sudu, sampai semuanya larut.

3. Panaskan minyak. Bila dah panas tu, kau ambil bayam celup dengan bancuhan tepung tadi, goreng dalam minyak tu sampai garing. Angkat letak atas pinggan lapik tisu. Buat le sampai sayur kau habis.

Dah siap goreng semua, boleh dah la kau nak mencekik. Makanlah ia begitu sahaja atau kau boleh juga makan dengan nasi. Mmm..crunchy!

Kalau kau nak guna bancuhan tepung tu untuk goreng sayur jenis lain pun boleh saja. Contohnya terung, kacang panjang, brokoli atau apa-apa sajalah yang kau rasa nak telan.

Nak Mencekik Tapi SengkekWhere stories live. Discover now