Kerang Rebus Serai

521 35 7
                                    

Hari Isnin tu aku ada pi cari kerang dan remis dengan 3 orang lagi kawan. Seronok betul walaupun penat. Memang berbaloi. Dapat pengalaman, dapat spend time dan bergembira dengan kawan-kawan, dapat lauk free, dapat exercise. Hehe...
Remis tu cari tepi pantai. Korek la dekat pasir tu. Kerang cari kat dalam selut. Kena tunggu air laut surut. Jauh jugaklah dari pantai. Berat jugak nak berjalan dalam selut tu haa. Paling dalam tenggelam sampai ke lutut. Masa cari tu aku siap merangkak, meniarap segala macam..haha. Tapi takpelah, licin kulit aku. 😂

Lepas dapat hasil tu, kami bahagi 4. Bahagian aku dapat semangkuk besar remis dan sepinggan kerang campur lagi semangkuk. Kerang tu semua aku rebus. Sepinggan kerang aku buat kerang air asam ala Thai (resepi kat sebelah ye). Dan semangkuk darinya aku hidang dengan sos. Remis tu aku buat masak pedas berserai (resepi kat sebelah jugak.

Kerang dengan remis yang fresh ni rasa dia memang lain macam sedap.  Berlambak aku makan. Dah lama tak dapat makan seafood. Ni baru dapat. Makan pulak bersama orang yang tersayang. Uishhh 😁
Housemate aku makan kemudian. Dia segan kot.

Kerang rebus ni sangatlah simple. Nah aku kasi resepinya.

Bahan:
Sepinggan campur semangkuk kerang (aku tak tau berat dia)
Sebatang serai, ketuk
2 sudu garam
Air

Cara:
1. Kerang tu cuci elok-elok. Gosok-gosok la kulit dia pakai kain ke apa kasi hilang lumpur.

2. Letak kerang dalam periuk sekali dengan serai dan garam. Tuang air. Agak-agak separas dengan kerang. Buka api. Bila dah mendidih terus tutup. Tak perlu rebus lama-lama.

Kalau kau nak dia lagi sedap, kau boleh tambah bawang merah hiris dengan cili hiris.

Nak Mencekik Tapi SengkekWhere stories live. Discover now