Lempeng Simple

1.2K 60 9
                                    

Resepi yang ni memang senang nak mampuih..aku tak tipu. Kalau kau lapar tengah-tengah malam atau bila-bila je lah dan kau rasa nak makan benda manis, kau buat la lempeng ni. Cepat pun cepat. Kejap je masak. Bahan pun sikit. Nah aku bagi resepi.

Bahan:
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu jem (apa-apa jenis, aku pakai jem blackberry)
1/3 sudu gula (tambah lagi kalau suka manis)
1/3 cawan air

Cara:
1. Campur semua bahan dan kacau sebati.

2. Panaskan kuali. Letak 1 sudu minyak lepas tu gosok minyak tu ke kuali guna tisu dapur. Kalau kau ada kuali tak melekat kau pakailah..tak payah letak minyak.

3. Tuang bancuhan tadi ke dalam kuali. Ikut suka la kau nak lempeng kau besar ke kecik ke sama besar dengan kuali ke. Sukati kau. Balik-balikkan sampai kau yakin dia masak. Angkat, letak dalam pinggan.

Kalau kau nak makan banyak kau doublekan la resepi tu. Dah siap tu boleh la kau siram dengan madu ke letak butter ke apa-apa je la. Aku makan kosong cemgitu je. Lapar sangat dah.

Nak Mencekik Tapi SengkekWhere stories live. Discover now