Aku buat bihun goreng Singapore ni untuk makan malam tadi. Bila buat bihun ni teringat kat arwah mak. Mak selalu goreng bihun ni untuk berniaga. Bila mak buat, aku mesti ambil semangkuk besar, makan sorang. Dulu aku memang makan banyak.
Aku lagi suka bihun warna putih ni berbanding yang warna merah tu. Aku pun tak tau kenapa. Dua-dua pun sedap sebenarnya..hehe.
Nah aku bagi resepi kat kau. Simple je.
Bahan:
1-2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili padi, belah dua
1/3 batang carrot, potong mayang
1 batang kacang panjang, potong kecil
Sayur berdaun (aku letak kangkung)
Sedikit isi ayam, potong kecil
Semangkuk bihun yang dah direndam 5 minit kemudian dicelur
2-3 sudu sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit Cukup Rasa (kalau nak)
Garam dan gula secukup rasa
3-4 sudu minyakCara:
1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih sampai hancur.2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk tadi sampai naik bau. Tumiskan sekali isi ayam dan cili padi. Kacau-kacau sampai ayam masak. Kalau kau nak letak daging ke sotong, udang, rusa atau apa-apa, ikut sukati. Tambahkan sos tiram, serbuk lada hitam, cukup rasa, garam dan gula.
3. Masukkan bihun bersama semua sayur yang ada. Kacau-kacau lah sampai semuanya sebati dan sayur agak layu. Siap!
Dengan itu, silakanlah mencekik sementara bihun goreng masih panas.
YOU ARE READING
Nak Mencekik Tapi Sengkek
No FicciónHimpunan resepi di waktu sengkek sebagai alternatif kepada mi segera.