Sekarang 2.41AM. Aku tidur pukul 9PM tapi terjaga pula pukul 12.40AM. Payah betul nak tidur. Terjaga senang saja. Dah terjaga tu, perut laparlah pula. Dah lapar tu, kenalah isi.
Aku pun ke dapur dan buatlah lempeng tepung gandum (ingat nak tahan je sampai pagi esok tapi perut aku degil). Sangat senang dan sikit je bahan yang diguna. Memang jimat. Beberapa minit saja dah siap lempeng ni. Dah boleh cepat-cepat nak mencekik.
Nah resepi. Nanti kau buatlah.
Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu teh garam
1/2 sudu gula
1 3/4 cawan airCara:
1. Campurkan tepung, telur, gula dan garam ke dalam mangkuk ke bekas apa-apa ke ikut suka kau. Janji tak melimpah-ruah.2. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan kacaulah ia sampai larut dan tak berketul. Ni kalau kau ada blender kau blend sajalah. Aku malas nak pakai blender pasal 1 sebab je..aku malas nak basuh banyak-banyak bekas. Hehe..
3. Letak kuali atas dapur, cucuh api. Sementara dia belum panas tu kau letak minyak sikit lepas tu sapu ke sekeliling kuali pakai tisu dapur. Kalau kau ada non-stick pan boleh juga pakai, tak payah letak minyak dah pun tak apa.
4. Dah panas tu, kau tuang lah sesenduk bancuhan tepung tadi dalam kuali dan goyang-goyang lah kuali tu supaya lempeng kau nipis. Pandai-pandai la kau nak goyang cemana. Kau nak buat besar mana tu ikut suka kau. Nak buat sebesar kuali tu pun boleh je. Tak ada masalah. Barulah lempeng kau unik..tak gitu? Hehehe...
Balik-balikkan lah ia sampai kau yakin dia masak. Buatlah sebanyak mana lempeng yang kau nak sampailah bancuhan tepung tu habis.5. Angkat dan letak dalam pinggan.
Hah, sekarang dah boleh dah nak mencekik. Kau mencekiklah lempeng tu bersama kuah kari atau sambal ikan bilis atau sambal sardin atau jem atau madu atau apa-apa sajalah yang kau rasa boleh dimencekik. Aku makan kosong gitu je..dah lapar sangat. Hehe...
YOU ARE READING
Nak Mencekik Tapi Sengkek
Документальная прозаHimpunan resepi di waktu sengkek sebagai alternatif kepada mi segera.