Ayam Butter

1K 42 6
                                    

Fuhh..kenyang dah. Baru lepas makan ayam butter ni. Aku buat ayam butter versi kering je bukan yang jenis berkuah creamy tu. Kat rumah aku takde stok susu..hehe. Tapi yang versi kering ni pun tak kurang sedapnya. Mencekik tak hingat jugaklah. Ke sebab aku buruk lantak? Hahaha.. Mana tak mencekik begitu, aku makan 1-2 kali je sehari.

Kalau kau nak buat, nah le aku bagi resepi. Sedap ni..tak tipu.

Bahan:
1 biji telur, ambil kuningnya sahaja
1 keping dada ayam atau bahagian lain, potong sebesar bite size
Secubit dua garam
Sedikit lada sulah atau lada hitam
Tepung beras secukupnya
Setangkai daun kari
2-3 biji cili padi, potong
1 1/2 cawan minyak
Butter

Cara:
1. Gaul ayam dengan ayam dan lada, perap sekejap. Ikut suka kau lah nak perap berapa lama. Kalau tak perap pun tak ada masalah. Lepas tu salut dengan tepung beras.

2. Panaskan minyak. Letak agak-agak 2 sudu butter. Bila butter dah cair, kau ambil senduk dan kacau (putarkan) minyak tu supaya minyak tu berpusing. Kau tuang kuning telur dalam tu, jangan berhenti putar minyak. Jangan kau putar alam sudah.

3. Nanti minyak tu akan berbuih. Kau putar je lagi sampai warna dia agak kuning keperangan cemtu, garing la kiranya. Lepas tu angkat dan tapiskan pakai tapis besi, letak atas pinggan berlapik tisu dapur.

4. Panaskan balik minyak tadi. Goreng ayam yang dah kau perap dan salut tepung tadi tu. Gorenglah ia sampai agak keperangan dan kau yakin dia masak. Angkat dan letak dalam pinggan berlapik tisu.

5. Ambil kuali lain, kau panaskan 2 sudu butter. Bila dah cair kau tumis cili dengan daun kari. Masukkan ayam tadi dan gaul-gaul sekejap.

6. Angkat ayam tu letak dalam pinggan atau mangkuk atau piring atau sukati kau, letak telur yang kau dah goreng tadi tu atas dia. Cedok nasi dan silalah mencekik dengan tenang.

Selamat mencuba!
Iyalah, aku pun nak juga pakai ayat dalam rancangan masakan. Hehe...

Nak Mencekik Tapi SengkekWhere stories live. Discover now