Onion Rings

266 17 0
                                    

Dah buat benda ni bolehlah sarung ke jari. Lepas tu sebut "my precious!" sambil buat muka toya. Hehehe...



Sedap menatang ni. Serius cakap. Rangup, dengan rasa bawang yang sedap dan wangi selepas digoreng membuatkan aku rasa nak mengunyah onion rings ni lagi dan lagi. Rasa dia sama macam yang dibeli kat fast food restaurant atau yang jual frozen tu. Boleh jimat kan..tak payah nak beli. Boleh buat banyak-banyak kat rumah dan frozen kan jugak. Nak membuatnya pun senang nak mampos. Nah le resepi, try le buat.



Bahan:
Sebiji bawang Holland, pilih yang besar
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
Sedikit gula
3/4 cawan susu segar/susu sejat/air
1 biji telur
Serbuk roti secukupnya


Cara:
1. Potong bawang jadikan cincin. Leraikan dia.


2. Campurkan tepung gandum, garam, gula dan baking powder dalam bekas. Salutkan bawang dan ketepikan sekejap.


3. Tambahkan susu dan telur ke dalam tepung tadi. Celup bawang ke dalam bancuhan tepung dan gaul dengan serbuk roti.


4. Panaskan minyak, kau goreng biar tenggelam. Goreng sampai nampak keperangan. Hidanglah dengan sos atau dimakan begitu saja.


Kalau nak frozen kan, kau goreng separuh masak je. Lepas tu biar dia sejuk baru simpan dalam peti ais. 

Nak Mencekik Tapi SengkekWhere stories live. Discover now