Bulat, bulat, bulat! Comel kan?
Dah la gebu, lembut, sedap pulak tu. Hehehe...Semalam ada seorang pembaca yang request nak resepi ni. Jadi aku pun buatlah malam ni. Sebab nak tangkap gambar dan nak makan. Senang sangat nak buat. Tak payah nak potong bawang ke apa. Campur-campur, bulat-bulatkan, goreng. Bahan pun tak banyak.
Resepi? Ada kat bawah.
Bahan:
1 cawan tepung gandum
2 sudu gula (boleh kurangkan atau lebihkan)
2 cubit garam
1 cawan air mendidih
Minyak untuk menggorengCara:
1. Kau masak air.2. Ambik satu mangkuk, kau taruk tepung, gula dengan garam. Kacau pakai sudu bagi bercampur.
3. Bila air dah mendidih, kau ambil la secawan air tu dan tuang dalam tepung. Kacau cepat-cepat. Kau kacaulah sampai semuanya bergaul mesra, semesra kau bersama si dia.
Biar dia kejap, bagi suam-suam je.4. Basahkan sikit tangan kau atau sapu tepung kat tangan kau atau sapu minyak kat tangan kau (ni cara-cara tak nak bagi adunan tu melekat kat tangan) kau ambik sikit adunan tadi, kau bulat-bulatkan la dia ikut saiz yang kau nak. Aku buat sebesar 2 jari je. Bulatkan la semua sampai habis.
5. Panaskan minyak dalam kuali. Minyak tu kasi banyak sikit sebab nak goreng tenggelam. Dah tu kau gorenglah semuanya sampai perang dan masak. Angkat dan letak atas pinggan berlapik tisu.
Dah boleh dah nak mencekik. Sila, sila. Jangan malu-malu. Nak cecah dengan sambal atau kuah kari pun boleh. Layan diri.
Ohh..lupa nak kasi tau..gula tu boleh juga nak ganti dengan susu pekat. 😉

YOU ARE READING
Nak Mencekik Tapi Sengkek
Non-FictionHimpunan resepi di waktu sengkek sebagai alternatif kepada mi segera.