Sos Lada Hitam

694 27 5
                                    

Tadi aku goreng kentang. Tapi entah kenapa hari ni aku rasa tak nak cicah dengan sos cili. Aku nak sos lada hitam. Jadi aku pun main hantam sajalah buat. Lepas tu aku macam.."ehh..jadi!"
Dah la sedap pulak tu..hihihi~

Jadi aku pun nak letaklah resepi sos lada hitam dekat sini.

Bahan:
2 sudu butter
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
3-4 sudu sos tomato
2-3 sudu sos tiram
1 sudu kicap
1 sudu teh sos cili
1 sudu teh lada hitam yang dah ditumbuk
1/3 cawan air
1 sudu tepung jagung/ tepung beras, larutkan dengan sedikit air
Garam dan gula secukup rasa kau

Cara:
1. Kau tumbuk bawang merah dengan bawang putih tu sampai hancur.

2. Cairkan butter kat dalam periuk kecil, tumis bawang yang kau dah tumbuk tadi. Tumis sampai naik bau.

3. Kau letak sos tiram, sos tomato, kicap dan sos cili. Kacau-kacau kejap. Lepas tu tuangkan air ke dalam periuk tu. Biar mendidih lepas tu terus masukkan lada hitam. Kau tuangkan sedikit demi sedikit bancuhan tepung jagung sambil mengacau. Nanti sos akan memekat. Kenapa kena tuang bancuhan tepung sambil mengacau? Kalau tak kacau nanti dia jadi seketul je kat tengah. Tak sedaplah begitu.

4. Kau letak gula sikit. Cuba rasa okey tak. Kalau rasa macam tawar baru kau letak garam.

Aku rebus makaroni sekali tadi. Kenyang dah. Kentang tu gelap sikit. Aku suka macam tu..lagi rangup. Hehe... Jangan hitam dah la..

Sos ni kalau dapat makan dengan chicken chop pun sedap ni. Nantilah bila ada modal lebih. Hehe...

Nak Mencekik Tapi SengkekWhere stories live. Discover now