Hari Ahad lepas, orang yang tersayang datang rumah sebab nak tolong aku kemas barang. Tak lama lagi aku dah kena balik duduk kampung. Tengah hari tu aku masak biasa-biasa je la. Nasi, telur rebus kuah sambal, sayur kubis dengan budu. Dia suka budu.
Alang-alang dia datang, aku ajak dia buat kek. Orang yang tersayang ni sebenarnya pandai buat kek. Tak macam aku, buat kek asyik bantat je. Hahaha!
Dia dah belikan pisang. Jadi kami bercadang nak buat cupcake pisang. Cup dah ada, tepung kek pun dah ada spare. Bahan-bahan tak banyak mana pun. Kebetulan housemate aku ada sebalang cornflakes yang tak pakai-pakai, terbiar je sejak bulan puasa hari tu. Jadi kami pakai la buat tabur atas cupcake dan letak sikit dalam adunan.
Then, aku minta resepi dengan orang yang tersayang, nak kongsi sini. Ni dia kongsi. Dia suruh aku taip lepas tu kasi dia semak, dia alter sikit. Yang ayat skema sikit tu ayat dia la tu.
Korang try la buat. Serius sedap! Rasa macam nak buat lagi. Rupa pun lawa seiring rasa. Hehehe... Gambar kat atas tu sebelum bakar dengan selepas bakar.
Bahan:
2 cawan tepung kek Blue Key
1/2 (lebih sikit) cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1 biji telur
5 biji pisang emas, lenyekkan
1/2 sudu teh garam
Cornflakes (tak nak pun takpe atau ganti dengan kacang ke chocolate rice ke mende, ikut kreativiti)
Cara:
1. Sediakan bekas adunan, masukkan tepung Blue Key, gula dan garam, gaul sebati, masukkan telur dan gaul sehingga telur sebati dan seterusnya masukkan minyak. (resepi ini tidak menggunakan air)
2. Lepas tu, masukkan sekali pisang yang dah dilenyek tu. Sekali dengan segenggam cornflakes yang diramas kasar. Kacau lagi. Anda dapat rasakan adunan anda lembut dan gebu...Tahniah, anda telah berjaya membuat cupcake pisang bersama cornflakes.
3. Ambik cup. Isi la cup dengan adunan sampai separuh cup. Tabur dengan cornflakes yang dah ditumbuk kasar.
4. Bakar pada suhu 175°C selama 30 hingga 40 minit. Cucuk pakai garfu atau lidi. Kalau tak melekat kira masak dah la tu. Siap!
Sedap makan masa baru keluar dari oven. Bahagian atas cupcake tu rangup sebab ada cornflakes. Dalam dia pulak gebu. Tak manis sangat dan tak tawar sangat. Just nice. Yum!
ANDA SEDANG MEMBACA
Nak Mencekik Tapi Sengkek
No FicciónHimpunan resepi di waktu sengkek sebagai alternatif kepada mi segera.
