Jadi, bagaimana mahu buat sandwich telur yang sedap? Anda mahu tahu rahsianya? Bacalah resepi ini! 😂
Bahan:
2 biji telur rebus
Sedikit serbuk lada hitam atau lada sulah
Secubit garam
Secubit gula
Roti
Butter atau marjerin
SaladCara memasak:
1. Mula-mula, kasi letak telur rebus dalam mangkuk. Hancurkan pakai garfu. Lepas tu tambah la serbuk lada hitam ikut banyak mana kau nak. Letak sekali gula dan garam. Gaul sebati.2. Dah siap buat inti, tibalah masanya kau uruskan roti. Ikut suka nak pakai roti Gardenia ke roti apa pun. Aku pakai baguette. Roti Perancis yang panjang tu. Sapu butter sikit, bakar je dalam kuali atau pembakar roti.
3. Ambik roti, letak inti telur, letak salad, tutup dengan sekeping lagi roti. Ulang sampai inti habis. Siap!
Kalau kau nak tambah sayur lain pun lagi bagus. Tambah bawang ke tomato ke kubis ke. Haa..gitcheww!
YOU ARE READING
Nak Mencekik Tapi Sengkek
Non-FictionHimpunan resepi di waktu sengkek sebagai alternatif kepada mi segera.