Diatas katil hospital masih lagi tubuh Sofea Hanni terbaring kaku tidak bermaya. Semua ahli keluarga masih lagi setia menunggu kesedaran Sofea Hanni. "Bilalah Hanni nak sedar ni bang dah semalaman dia terbaring kat atas katil ni" kata Puan Zalmah sambil menyapu air mata yg sudah membasahi pipi. Pilu rasanya melihat anak tunggal mereka melawan penyakit yg merbahaya dalam usia 16tahun.
"Sabarlah Zal...anak kita tu kuat dia tak akan mudah mengalah dengan penyakit dia tu,kita sama-sama jelah berdoa agar dia diberi kesembuhan oleh Allah dan dapat menjalani hidup macam dulu" kata Tuan Zabir dalam nada memujuk isterinya yang tidak henti- henti mengongoi risaukan keadaan satu-satunya puteri mereka.
Tiba-tiba pintu wad terkuak dari luar,muncul wajah Arash Raykal yang datang dengan membawa buah-buahan untuk Sofea Hanni. Dengan pandangan yg sayu,die memandang teman karipnya itu. Pilu rasanya melihat keadaan temannya itu, yang dulu aktif seperti budak lelaki tapi kini hidupnya hanya bergantung pada rawatan dan ubat-ubatan sahaja.
"Arash...baru sampai ke?"
"Iya papa..papa dengan mama dah lama sampai?" Soal Arash pada Tuan Zabir.
Sejak kecil Arash sudah terbiasa memanggil Tuan Zabir dan Puan Zalmah dengan panggilan mama dan papa begitu juga dengan Hanni yg sudah terbiasa memanggil ibu dan ayah Arash dengan panggilan sama yg digunakan oleh Arash.
"Lamalah jugak..lagipon mama dan papa nk balik dah ni. Arash tolong tengok²kan Hanni yee...mari Zal kita balik" ujar Tuan Zabir selepas berkata dangan Arash.
Puan Zalmah mengangguk lalu menuruti langkah kaki suaminya. Pemergian kedua-dua mereka dengan pandangan sahaja. Keadaan menjadi sunyi. Pandangannya kembali kepada Hanni yang masih terbaring.
"Hanni..aku tau kau kuat bangunlah kami semua risau kan kau, aku rindu sangat nak dengar suara kau..gelak tawa kau..celoteh kau yang brutal tu...bangun lah weyh.." Ucap Arash walaupon dia tahu yang Hanni takkan dengar kata²nya.
Tiba-tiba Arash ternampak jari telunjuk Hanni bergerak-gerak.
"Hanni...Hanni bangun Hanni aku ade kat sini" kata Arash seraya menggenggam tangan Hanni.
Perlahan-lahan Hanni membuka matanya. Pandangannya menyapa siling hospital kemuadian terarah pada Arash yang berada di sebelahnya.
"Alahamdulillah" ucap Arash sebagai tanda bersyukur.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bukan Couple Tapi Married
Художественная проза#3_Highest ranking in General Fiction [1/4/2018] Dalam usia yang muda Sofea Hanni disahkan menghidap penyakit leukimia tahap pertama, hidupnya tidak lagi seperti remaja yang lain bebas melakukan aktiviti yg lasak Arash Raykal sesorang remaja yang a...