Hari ni merupakan hari ke-4 mereka berada di pulau langkawi. Perancangan hari ni ialah mandi air terjun.
Mereka berlapan sudah siap sedia untuk berangkat pergi ke Air Terjun Telaga Tujuh.
Air Terjun Telaga Tujuh boleh dikatakan tempat paling tenang di Pulau Langkawi. Air terjun ini terletak di Gunung Mat Cincang.
Yang lain sudah bersedia untuk bergerak. Hanya tinggal qisya sahaja yang masih belum turun dari biliknya.
"Aduhh! Mana makcik ni? Lembab betul lahh. Dah nk dekat kul 9 dah ni." Rungut azim.
Syarat mereka semua pergi mana- mana pun takkan pernah terpisah. Ini bandar orang. Bukan kuala lumpur.
Yang tahu selok belok langkawi hanya qisya seorang. Kerana qisya sering berkunjung ke sini bersama keluarganya.
"Sabar lah zim. Nanti turun lah dia tu." Kata arash ingin meredakan gelodak hati azim.
"Haa! Tu dia dah turun dah." Kata layrah sambil tangan nya menunjuk ke arah qisya yang baru keluar dari lif bersama beg galasnya.
"Hoii makcik! Asal lambat sangat? Kau tau tak kita sekarang ni dah lambat?" Sergah azim marah- marah pada qisya.
Qisya hanya menjeling dan buat tak tahu sahaja. Malas nak bergaduh pagi- pagi ni. Buat hilang mood jer!
"Okey, guys! Jom kita gerak. Sorry lambat sikit. Aku sakit perut tadi." Terang qisya pada yang lain.
"Sokey, jom lahh. Nanti lambat pulak sampai sana." Kata irfan cepat. Takut bunga- bunga pergaduhan mekar pulak nanti.
Berasap telinga azim dibuatnya. Qisya langsung tak menghiraukan dia dari tadi. 'Kurang asam gelukur betul lah dia ni'
"Ehh..qisy---"
Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, dia terasa ada tangan yang menarik bahunya dari belakang. Dia terus menoleh.
Kelihatan zahid dengan muka tenangnya menggeleng. Dia faham dengan maksud zahid tadi. Zahid tak nak pagi mereka dihiasi pergaduhan antara dia dan qisya.
Dia hormat dengan permintaan zahid itu. 'Jaga kau qisya! Nanti kena kau dengan aku' desis hatinya masih tidak puas hati.
Mereka semua sudah masukkan beg galas masing- masing ke dalam bonet kereta.
Baru sahaja layrah ingin masuk ke tempat pemandu satrianya ada tangan yang menariknya dari belakang.
Dia terus menoleh. Rupanya qisya.
"Kenapa?" Soal layrah.
"Nak naik dengan kau." Kata qisya manja sambil mengelip- ngelipkan matanya.
"Masuklah, tapi kau kena duduk dekat belakang. Sebab encik abang aku nak duduk sebelah." Ujar layrah.
Yang lain masih lagi belum masuk kedalam kereta. Mereka menunggu layrah dan qisya masuk kedalam kereta dahulu. Kerana qisya adalah penunjuk jalan.
Bukan tak nak guna waze, tapi qisya tahu jalan short cut untuk ke sana dari hotel mereka.
Qisya memandang arash minta simpati. "Arash..aku nak naik dengan hanni berdua je boleh tak." Rayu qisya.
Berkerut dahi arash dibuatnya. "Kenapa aku tak boleh naik sekali?"
"Aku nak cerita dekat hanni something. Tapi ni private, hal perempuan. Kalau malam mana dapat nk borak dengan hanni. Dia kan dengan kau." Qisya masih berusaha memujuk arash.
Arash berfikir sejenak. Bukan dia tak bagi mereka berdua sahaja naik kereta tu. Tapi dia risaukan isterinya.
Sofea Hanni akan lakukan apa sahaja yang dia suka selagi tiada dirinya yang menjadi pemerhati di sebelah. Dia takut layrah memandu secara bahaya. Memandangkan kesihatan layrah harus di jaga rapi.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bukan Couple Tapi Married
General Fiction#3_Highest ranking in General Fiction [1/4/2018] Dalam usia yang muda Sofea Hanni disahkan menghidap penyakit leukimia tahap pertama, hidupnya tidak lagi seperti remaja yang lain bebas melakukan aktiviti yg lasak Arash Raykal sesorang remaja yang a...
