Bab 15

2.7K 120 2
                                    

Kereta Toyota Camry berhenti diperkarangan banglo milik Tuan Zabir. Arash keluar dari kereta dan terus meluru kearah pintu kereta penumpang disebelahnya.

Pintu kereta dibuka dari dalam oleh Hanni. Hanni cuba untuk berdiri, ngilu dikaki menyerang lagi. Dia terus terduduk semula. "Kalau dah tau sakit buat lah cara orang sakit? Ini tak gedik nak berdiri tu buat ape?" Arash mengomel.

Hanni jeling Arash tanda tak puas hati. "Jeling², lama² nanti juling mata tu baru tahu." Arash sengaja ingin menyakitkan hati isterinya. Terasa seronok pula bila bertikam lidah dengan Hanni.

Arash mencempung tubuh Hanni dan dibawa masuk kedalam rumah. Barang² sekolah mereka ditinggal kan dalam kereta. Pak Saman membantu Arash buka pintu rumah. "Terima kasih Pak Saman" ucap Arash.

Pak Saman hanya tersenyum pada Arash. Arash meneruskan langkah ke ruang tamu rumah. Tubuh Hanni diletak kan perlahan lahan diatas sofa.

Mak Mah terus membawa sebesen ais dan sehelai tuala kecil bila dia dapat tahu kaki Hanni bengkak seperti terseliuh dari Pak Saman. Dia mendekati Hanni dan Arash yang berada di sofa ruang tamu.

Arash membantu Hanni membuka kasut sekolah yang masih kemas tersarung di kaki kirinya. Mak Mah sudah menghampiri mereka. Arash bangkit dan memberi ruang pada Mak Mah.

"Teruknya kaki kamu ni Hanni? Kenapa boleh jadi macam ni? Kamu terseliuh tadi kan?" Mak Mah menebak. Hanni hanya mengangguk.
Kaki kanan nya diangkat perlahan oleh Mak Mah. Ais yang telah dibalut dengan tuala kecil di terkap pada kaki Hanni yang bengkak.

"Aduhh..Mak Mah sakit lahh" Hanni ketap bibir menahan sakit. "Tahan sikit. Bengkak kaki kamu ni dah teruk sangat. Nanti Mak Mah urut kan ye?" ujar Mak Mah.

'Urut!! Habis lah kau Hanni'

Hanni memang alergik bila perkataan urut. Dia dari kecil memang tak suka diurut. Walau sakit macam mana pon dia mesti mintak mama dan papanya hantar ke klinik sahaja.

"Kali ni tak boleh pergi klinik. Biar Mak Mah je yang ubat kan kamu. Lagi pon urat kaki kamu ni dah tersimpul Hanni. Kalau pergi klinik banyak prosesnya. Lebih baik Mak Mah saja yang ubat kan senang, tak banyak proses, lagi pon boleh jimat duit." ujar Mak Mah panjang lebar seakan akan tahu perkara yang bermain dikepala Hanni.

Mak Mah memang sudah pro bab urut mengurut ni. Sebelum dia bekerja dengan keluarga Hanni dulu dia mengambil upah sebagai tukang urut di kampung merangkap bidan kampung.

Bila pendapatan makin kurang. Baru lah Mak Mah menawar diri bekerja sebagai seorang pembantu pada keluarga Tuan Zabir. Waktu pertama kali bekerja di rumah agam itu Hanni baru berusia setahun.

"Alahh..Mak Mah tak nak urut, sakit." Hanni cuba meraih simpati. "Takde² kali ni kamu kene dengar cakap Mak Mah." ujar Mak Mah tegas.

Hanni sudah tak terkata ape. Dia tak dapat nak mengelak lagi. Keluhan berat keluar dari bibir munggil miliknya. Arash tersenyum melihat muka ketat isterinya. Tapi dalam masa yang sama dia kasihan pada Hanni.

Dia amat kenal Hanni dengan baik. Dia tahu betapa alergiknya Hanni bila kene urut. Hanni adalah seorang yang tak boleh tahan sakit, bila sakit sikit dia akan menjerit sekuat hati.

Kaki yang diterkap dengan ais oleh Mak Mah tadi terasa ringan sedikit. "Dah sekarang kamu berdua pergi naik atas mandi. Bila dah selesai mandi dan solat panggil Mak Mah, biar Mak Mah yang naik atas urut kaki Hanni." Mak Mah memberi arahan pada mereka berdua.

Mereka mengangguk. Hanni sudah dapat berdiri dan berjalan. Tapi langkah nya amat lah perlahan mengalahkan siput bergerak. Arash yang jemu menunggu Hanni berjalan terus dicempung tubuh isterinya naik kebilik. Hanni terjerit kecil dengan tindakan drastik Arash.

Mak Mah tersenyum melihat kemesraan mereka berdua. Besen yang digunakan tadi dikemas dan dibawa ke dapur semula.

Tubuh Hanni dilabuh kan di atas katil. Tanpa menukar baju Arash terus merebahkan badan di sebelah Hanni. Hanni melihat Arash yang sudah terbaring kepenatan. Terasa bersalah pula dalam hatinya sebab telah menyusah kan Arash.

"Aku mintak maaf." laju saja perkataan maaf meluncur dari mulutnya. Arash mengerut kan dahi, dia terus terduduk. "Kenapa kau mintak maaf pulak." tanya Arash pelik.

"Sebab aku dah menyusahkan kau." kata Hanni dalam nada bersalah. Kolam matanya dah mula bergenang.
Dia menundukkan kepala menghadap katil.

Arash mengeluh kecil. "Kau ingat tak dulu masa kita kecik² kita selalu main pondok², main masak²? Kau ingat tak semua tu?" soal Arash. Hanni mengangguk. Dagu Hanni diangkat Arash agar menghadapnya.

Mata Hanni kelihatan berkaca. Arash tersenyum padanya.

"Kalau kau nak tau masa kita main semua tu dalam hati aku ni berharap satu hari nanti permainan kita tu jadi kenyataan. Aku nak jadi suami kau yang betul², aku nak jadi hero kau yang sebenar, dan aku nak jadi teman hidup kau yang sudi kongsi kisah suka dan duka sama²." ujar Arash panjang lebar.

Air mata yang bertakung tak dapat ditahan lagi. Seperti sungai yang mengalir deras ia jatuh membasahi pipi Hanni. Arash menyapu air mata itu dengan jari jemarinya.

"Aku sayang kau sangat² Hanni, bahkan aku tak tau macam mana hidup aku kalau kau tak ada." Arash meluahkan isi hati. "Bila aku dapat tau kau sakit hari tu, hati aku ni ikut sakit sekali. Jiwa aku tak tenteram pikirkan kau. Apa yang ada dalam otak aku cuma kau je masa tu." ujar Arash lagi.

Pandangan matanya jatuh kedalam mata redup milik Hanni. Pandangan mereka beradu. "Aku takut sangat kehilangan kau. Aku tak nak kau jauh dari aku." air mata Hanni makin deras mengalir.

Tubuh Arash diraih dan terus dipeluk erat oleh Hanni. "Aku sayang kau juga, sayang sangat². Jangan pernah tinggal kan aku." bisiknya pada telinga Arash.

Arash tersenyum bahagia. Pelukkan Hanni dibalas dengan erat. "Kehilangan kau pon aku tak mampu, apatah lagi kalau aku tinggalkan kau."
Segala isi hatinya diluahkan pada Hanni kala itu.

Pelukkan mereka kian terurai. Hanni nampak mata Arash juga sudah berkaca. Dia tersenyum. "Kalau nak nangis pon apa salahnya. Tak payah nak tahan² lagi." Hanni sengaja mengusik Arash.

Tawa mereka terhambur keluar. "Mana ada aku nangis. Aku cuma terharu je." Arash berdalih. Kolam mata yang bergenang terus disapunya agar tidak berair.

"Elehh..yelah tu, tak salah pon kalau seorang lelaki menangis. Dia pon ade perasaan. Sama macam kau. Tapi muka kau comel lah kalau macam ni." pipi Arash terus dicubitnya geram.

"Adoii!!! Sakit lahh" arash mengusap pipi nya yang dicubit Hanni. "Aku mana ada comel, jatuh lah kejantanan aku kalau kau panggil aku comel." ujar Arash bersahaja.

Hanni ketawa lagi. "Tapi kau memang comel." Hanni tak puas mengusik si suami. Mata Arash terpandang kaki Hanni yang bengkak. "Kaki kau tu, kenapa boleh bengkak macam tu?" soal Arash ingin tahu.

Hanni terpinga pinga bila disoal tentang kakinya. "Err..tadi..masa rehat..aku keluar tandas lepas tu aku terseliuh." ujar Hanni gagap. Dia tak nak beritahu Arash tentang Aishah buat masa ni. Dia ingin selesai kan sendiri masalahnya dengan Aishah. Dia tak nak Arash jadi risau dan masuk campur.

Dahi Arash berkerut. "Takkan keluar tan...." ayatnya belum habis telah dipotong Hanni. "Aku nak mandi lah. Badan aku dah berlengas gile dah ni. Nanti kita sambung ye." Hanni cuba berdiri. Perlahan lahan dia mengorak langkah ke bilik air. Tuala mandi yang tersidai di ampayan kecil itu dicapai.
Dia terus memboloskan diri kedalam bilik air.

'Ni mesti ada yang tak kene ni. Aku mesti siasat. Aku mesti ambil tahu. Aku takkan biarkan kau hadap semua bende ni sendiri Hanni.'

Arash bermonolog sendiri dalam hati.

Bukan Couple Tapi MarriedWhere stories live. Discover now