Bab 8

3K 126 5
                                    

Pagi Subuh

Hanni mencelikkan matanya. Tidur nya terganggu kerana dia merasa ada sesuatu yang menghimpit badannya.

Mata yang kabur dicelikkan perlahan lahan. Dia tergamam bila perasan yang dia tidur didalam pelukan suaminya. Jantung nya berdegup kencang. Rasa macam nak jerit je tapi tak boleh sebab dia rasa macam ade sesuatu yang menghalang suaranya keluar.

Dada di usap perlahan untuk meredakan hati. Dalam tak sedar dia mengukirkan senyuman bila melihat wajah polos sang suami yang masih enak diulit mimpi. Jari jemarinya bermain di pipi Arash lepas tu beralih kehidung dan ke bibir.

Sungguh dia tak pernah terfikir akan kahwin dalam usia 16 tahun. Dimana remaja seusianya masih lagi memikirkan tentang pelajaran dan peperiksaan. Berbeza dengan nya yang sudah menggalas tanggungjawab yang besar.

Dengan perlahan lahan dia mengangkat tangan Arash yang melilit pinggang dia. Lalu berjalan kebilik air untuk mandi dan solat subuh.

Arash meraba tempat tidur kat sebelah dia. Tak ada. Dia mencelikkan mata mencari sekujur tubuh milik isterinya.

'Aik dia takde.. Mana pulak minah ni pergi'   gumamnya dalam hati.

Tiba² dia terdengar pancutan air dari dalam bilik air. Bibirnya mengukir senyuman.

' ouhh.. Mandi rupanya. Awal jugak dia bangun. Ehh mestilah awal. Nak solat subuh kan'  dia bermonolog dengam diri sendiri.

Pintu bilik air terbuka dari dalam. Kini giliran Arash pula yang tergamam melihat Hanni berkemban keluar dari bilik air.

Mata terus ditutup. Dia pura² tidur masa Hanni keluar. Hanni langsung tak perasaan yang Arash memerhatikan dia dari tadi. Sangkanya Arash masih tidur sebab tu dia berani berkemban. Hanni terus berjalan kearah almari baju yang menghadap katil mereka tidur.

Dia membelakangi Arash untuk mencari baju. Arash mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri ke bilik air. Dia capai tuala mandi yang terletak diampayan sebelah pintu bilik air lalu masuk kedalam bilik air dan kunci pintu.

Dia bersandar dipintu sambil mengurut dada yang berdegup kencang bak angin taufan.

Hanni yang terkejut bila terdengar orang berlari di belakangnya dan masuk kedalam bilik air. Pipi dia dah merah menahan malu.

'Dia nampak aku ke tadi.. Ya allah malunya'

Pipi dipengang kedua dua belah. "Hanni jangan solat dulu kita solat sama²" jerit Arash dari dalam bilik air.

Selang lima minit kemudian Arash keluar dari bilik air dalam keadaan yang sama macam semalam. Hanni memalikkan wajahnya kearah lain bila nampak Arash.

"Hishh..kau ni, kan aku dah cakap semalam lepas mandi tu pakai lah baju dalam bilik air. Tak payah nak tunjuk body kau tu.. Pikir seksi sangat ke" sembur Hanni menahan rasa.

"Hekk elehh, cakap orang pulak dia pon sama tadi, selamba je berkemban keluar bilik air. Lagi pon aku memang seksi pon" kata Arash sambil mengangkat keningnya.

Muka Hanni dah tambah merah. "Ss..suka hati aku lah..la..lagi pon ni bilik aku." kata Hanni gagap.

Arash tersenyum melihat Hanni yang terkulat kulat. Dia melangkah mendekati Hanni. Hanni masih enggan berpaling muka. Dia berdiri dibelakang Hanni dan mulut dirapatkan ke telinga Hanni.

Jantung Hanni makin rancak berdegup laju. Terasa yang Arash sangat rapat dibelakang nya. Mata dia pejamkan rapat. "Ouhh..macam tu yee." Arash tersenyum senget. "Sayanggg...jom" kata Arash meleret di telinga Hanni.

Hanni menggeleng. "Tak nakk" katanya perlahan badan dia dah menggigil. Jiwa dia tak tenteram.
Arash menahan tawanya dari terlepas. "Kenapa tak nak pulak, ni kan wajib kita buat tiap hari. Tak baik tau kita tinggalkan solat, jom solat sama²" kata Arash lagi.

Mata yang terpejam rapat terus membulat besar. Dia mengetap bibir menahan geram.

'Tak guna kau Arashhh!!! Kau kenakan yang yea... Siap kau nanti.'  tengking Hanni dalam hati.

Arash terus mengambil tempat di sejadah yang dah dibentang kan Hanni untuk solat. Dia masih lagi menahan ketawa, bimbang kalau tawanya yang kuat akan mengejutkan seisi rumah.

Hanni yang memang dah lengkap bertelekung berjalan mengekori langkah Arash dengan perasaan yang sebal.

'Padan muka..semalam kau gelakkan aku kann' gumam Arash. Masih lagi menahan tawa.

"Tak elok marah² kalau nak solat ni..Cer relaks " kata Arash dengan nada menyindir.

"Diam arr." balas Hanni dengan menahan kemarahan yang membuak.

🌼🌼🌼🌼

Seawal jam lapan pagi sarapan telah di sediakan oleh Mak Mah untuk seisi rumah.

Hanni berjalan menuruni anak tangga untuk ke meja makan. Perutnya dah berkeroncong mintak  di isi.

Bau aroma nasi lemak masuk kedalam hidungnya. " sedapnya bau nasi lemak Mak Mah..tak sabar pulak nak makan ni" ujar Hanni sambil menelan liur.

Mak mah yang sedang menghidangkan makanan terkejut dengan terjahan Hanni. "Hishh.. Kamu ni Hanni cuba bagi salam. Ini tak main terjah je, kalau mak mah ada penyakit jantung dah lama dah gol." marah Mak Mah.

Hanni hanya tersengih. Kerusi ditarik lalu dia duduk. Nasi lemak disendukkan kedalam pinggan. Sambal sotong kegemarannya dicapai dan disenduk kan kepinggan.

Tanpa menunggu lama nasi lemak dan sambal sotong selamat masuk kedalam mulutnya. "Ya allah..budak ni tak menyempat nyempat kalau nak makan. Tunggu lah suami kamu dulu" kata Mak Mah.

Hanni hanya mengendahkan kata² Mak Mah. Dia tersengih lalu meneruskan suapan demi suapan nasi lemak kedalam mulutnya.

"Oii...makan tak ajak pon." sergah Arash dari belakang. Hanni terbatuk batuk kerana terkejut. "Haa..ni lagi sorang budak bertuah ni tak reti nak bagi salam, main sergah je. Kan dah tersedak bini kamu ni" Mak Mah sudah mula membebel dengan tingakah anak menantu majikannya ini.

"Hehehe..sorry Mak Mah. Tak sengaja." Arash tersengih. Hanni menjeling Arash dengan mata helangnya. "Banyak lah kau punya tak sengaja. Kalau aku ada sakit jantung dah lama aku gol." marah Hanni mengajuk ayat Mak Mah tadi.

Arash menarik kerusi disebelah Hanni. Pinggan dihulurkan pada Hanni. Hanni mengerut kan dahi nya.
Isyarat tanda tanya.

"Ambilkan nasi tu." kata Arash sambil buat muka comel, muncungnya dipanjangkan ke arah nasi.

'Erkk..pikir comel ke buat muka macam tu, menyampah pulak aku. Ehh menyampah kesayang.. Ohh no Hanni kau dah mula merapu' gumam Hanni dalam hati.

Hanni menjongketkan keningnya sebelah. Pikir Ziana Zain je ke boleh buat  dia pon boleh lahh. Huluran Arash disambut, Hanni menyenduk nasi lemak bersama sambal sotong,timun,ikan bilis dan telur rebus kepinggan Arash.

Pinggan diserah kan balik pada Arash. Dan dia terus kan menikmati nasi lemaknya.

Dari jauh kelihatan mama dan papanya menuruni tangga lalu menuju ke arah mereka.

Bukan Couple Tapi MarriedWhere stories live. Discover now