Bab 24

2.2K 109 0
                                    

Aishah keluar dari pejabat bapanya iaitu Tan Sri Malik. Dia berjalan menuju ke tempat parking kereta di tingkat bawah bangunan.

Sampul berwarna coklat yang isi nya tebal dimasukkan kan kedalam handbag. Remote kereta ditekan. Lalu dia memboloskan diri kedalam kereta.

Kereta Honda Civic miliknya meluncur laju membelah jalan raya.
Aishah memandu keretanya menuju ke taman layang layang kepong.

Bila dah sampai dia parking kan kereta ditempat berhampiran janji temunya dengan seseorang.

"Lama kau tunggu aku?" Aishah menjeling memandang seorang lelaki tinggi dan berbadan tegap di depan nya.

Lelaki itu berpusing memandang aishah. "Aishah aishah aishah... Lama kita tak jumpa kan sayang. Aku rindu sangat dekat kau." Dia membelai rambut aishah. Aishah menepis.

Lelaki itu tersenyum sinis. "Mana duit aku?" Keras lelaki itu bersuara. Dia memandang aishah tajam. Aishah memandang lelaki itu dengan pandangan menggoda. Jarak mereka didekatkan.

"Sabarlah sayang. Duit U ade dekat I" dia menunjukkan sampul surat berwarna coklat itu tadi. Lelaki itu cuba merampas. Tadi dapat ditarik balik oleh aishah.

"Aipp..ni last payment kau yee, lepas ni aku tak nak tengok lagi muka kau kejar² aku mintak hutang." Kata aishah keras. Sampul diberi pada lelaki tersebut.

Aishah ingin terus berlalu tapi sempat ditahan lelaki itu. "Zack kau nak ape lagi? Duit aku dah bagi kan lepas lahh." Aishah cuba merentap tangannya dari genggaman zack.

Zack tersenyum sinis. Dia membuka sampul yang diberi aishah. Dia tersenyum sinis memandang aishah. "Okey kau boleh pergi. Tapi kalau ada job lagi panggil lah aku sayang." Dia melepaskan tangan aishah dan mengelip mata pada nya.

Aishah menjeling menyampah. 'Tak hingin aku panggil kau lagi, kerja bukan seberapa pon tapi bayaran nak lebih², nasib baik bapak aku ni kilang duit.' Dia terus berlalu dari situ.

🌼🌼🌼🌼

Arash turun dari tingkat atas rumah. Dia mencari kelibat ibu nya. Dia terdengar suara orang berbual sambil bergelak ketawa di dapur. 'Mesti ibu dengan mama kat dapur' kata hatinya.

Dia terus menuju ke dapur. "Ibu,mama buat ape tu?" soal arash ceria. Puan Zalmah dan Puan Munirah tidak berkelip tengok arash. Mereka memandang arash lalu memandang antara satu sama lain.

Arash terasa aneh pula dengan pandangan dua wanita didepannya. Dia memandang tubuhnya sendiri. 'Aku ada salah pakai pape ke?' Soalnya dalam hati.

Puan Munirah mendekati anaknya. Pipi arash disentuh kedua belah. Tangannya menggigil. "Arash, arash dah okey ke sayang? Arash dah sihat?" Air mata Puan Munirah mula bergenang.

Arash meraih tangan ibu nya. "Arash dah sihat ibu. Arash dah okey. Tengok lah diri arash ni. Arash nak berubah. Betul kata ibu, masa depan arash masih panjang. Arash dah redha ibu dengan pemergian hanni. Sekarang arash nak jadi arash yang baru. Arash nak mula hidup baru" Luah arash.

Puan Zalmah yang mendengar di belakang mereka turut tersenyum bila melihat keadaan arash sekarang. Dia gembira bila arash sudah dapat menerima kematian hanni.

Bukan Couple Tapi MarriedWhere stories live. Discover now