Bab 16

2.5K 134 0
                                    

Keesokannya

Waktu rehat

" Sarahhh" sarah yang sedang berjalan ke kantin menoleh bila terdengar jeritan yang memanggil namanya. Kelihatan seorang lelaki sedang berlari kearahnya.

"Yee..ape dia" jawab Sarah. Wajah lelaki itu nampak kepenatan mengejarnya tadi. "Aku nak tanya kau sikit boleh tak?" kata Arash meminta izin.

"Kau nak tanya ape? Tanye lahh?"

"Kau tahu tak? Macam mana kaki Hanni boleh terseliuh" soal Arash.

"Kaki Hanni terseliuh!?? Patut lah tak datang sekolah." ujar Sarah dalam nada terkejut.

"Lahh, kiranya kau tak tau lah apa yang jadi kat Hanni?" soal Arash lagi.

Sarah menggeleng. Arash mengeluh berat.

"Tapi kan, aku perasaan Hanni berubah lepas rehat semalam. Dia jadi pendiam. Lepas tu masa balik sekolah semalam pula kitorang nampak lah yang dia susah nak berdiri, bila kitorang nak tolong, tapi dia tak nak pulak." jelas Sarah panjang lebar.

Arash terangguk angguk mendengar penjelasan Sarah. "Ermm..sebelum masa rehat tu abis, dia ade dengan siapa?" soal Arah lagi.

Sarah mengerutkan dahi, cuba untuk mengimbas kembali memori semalam. "Err..dia dengan...haa!! Dia dengan Qisya. Qisya yang bawa dia masuk kelas lepas rehat semalam." kata Sarah.

"Okey kalau macam tu, Qisya kat mana sekarang?" soal Arash

"Qisya ade kat kantin, jom aku bawa kau jumpa dia" kata Sarah

Mereka berdua berlari anak ke kantin. Pelajar lain yang ada di sekeliling hanya memandang.

"Qisyaa!!" Qisya yang sedang mengunyah nasi goreng buatan ibunya terbatuk batuk bila terdengar jeritan yang memanggil namanya.

Liyana yang duduk di sebelah Qisya mengusap belakang kawannya untuk meredakan batuk Qisya.

"Hishh..korang ni, apahal terjerit jerit macam ni. Tengok Qisya tersedak korang buat. Budak² lain pon pandang kita je" omel liyana geram dengan dua orang manusia ni.

"Sorry, kitorang tak sengaja." Sarah menjawab dan tersengih. Air dihulurkan pada Qisya setelah batuknya reda. "Nah minum ni" air yanh dihulur liyana diteguk dengan rakus.

Dia mengambil nafas sebelum memula kan bicara. "korang nak bunuh aku ke ape haa!! Main sergah je." dia sudah mula membebel.

"Alahh..sorry Qisya kitorang bukan nya sengaja pon, ni haa si Arash ni nak jumpa kau" Sarah menunding jari pada Arash yang berdiri disebelahnya.

Arash mengusap belakang tengkuk bila melihat gadis² dihadapanya berkelahi. "Sorry Qisya, aku cuma nak tanya kau pasal Hanni" ujar Arash.

"Pasal Hanni? Okey kejap aku rasa kat sini tak sesuai nak cerita pasal ni." Qisya terus mengemas bekas makanannya dan berdiri untuk beredar.

"Jom ikut aku, kita pergi tempat yang sunyi sikit." langkah mereka diatur ke arah kelas. Di kelas memang sunyi waktu rehat macam ni. Kerana semua pelajar tidak dibenarkan berada didalam kelas pada waktu rehat.

"Banyak² tempat kenapa lah kau bawak aku datang sini, aku ni dah lah ketua pengawas. Buatnya kalau ade cikgu yang nampak, jatuh reputasi aku nanti." Arash merungut.

"Kau nak tahu ke tidak pasal Hanni, kalau nak tahu tutup mulut tu. Kalau tak nak kau boleh jalan dengan peraturan sekolah kau tu." Qisya mula bengang.

"Okeyy², sorry Cik Qisya. Saya akan tutup mulut" kata Arash sambil membuat tanda menzip mulut. Dia sanggup kena hukum dengan cikgu demi Hanni. Dia harus tau kebenaran.

Yang lain tertawa kecil. "Okeyy..aku citer sekarang. Semalam masa aku nak.." dia mencerita kan kejadian yang dia nampak sewaktu Aishah mengenakan Hanni semalam.

Arash mengepal penumbuknya. Meja ditumbuk bagi melepas geram. Tiga gadis yang berada di depanya terkejut dengan tindakan Arash.

"Arash sabar rash, aku tahu kau bengang. Aku pon bengang dengan minah tu. Tapi kan aku rasa dia mesti ada cakap sesuatu dekat Hanni. Sebelum dia keluar tandas. Yelahh, kalau tak, macam mana dia tahu yang Hanni akan keluar tandas masa tu."

Kata² Qisya membuatkan dia berfikir.
"Aku rasa lah kan. Si Aishah tu syok kat kau lah rash. Disebabkan kau rapat dengan Hanni dia buat macam² nak pisahkan korang dua." Kata liyana sekadar meneka.

"Yelahh Arash, aku rasa pon macam tu jugak. kau tu pon satu, kitorang tau lah yang korang memang rapat dari kecik. Tapi jangan lah buat orang lain nampak yang korang ni macam couple pulak" ujar Sarah menyokong pendapat Liyana.

Arash mengawal riak wajahnya. Dia tidak mahu rahsia dia dengan Hanni terbongkar. Bagi dia biarlah perkahwinan mereka dirahsiakan sehingga habis SPM.

"Ke...korang memang betul² couple?" Tebak Qisya. Arash terkedu tidak tau nak jawab ape. "Err...mana ada..kitorang just kawan jelahh" dalihnya gagap.

"Yelahh tu kawan. Semalam kau pikir kitorang tak nampak ke yang kau dukung Hanni sampai kat kereta pemandu dia lepas tu kau balik naik kereta tu sekali." Qisya sengaja provok Arash.

Arash terkejut. "Arash kitorang tak kejam sangat lah nak tinggal Hanni sorang² dalam kelas masa tu. Lagipon time tu kitorang tengok muka dia macam tahan sakit je. Bila kitorang nak tolong dia tak bagi, so kitorang sengaja buat dia pikir yang kitorang dah balik." Jelas Qisya.

Arash menelan air liur. Dia tidak tahu macam mana nak berdalih lagi. "Err..okey lahh aku jujur. Kitorang memang couple pon. Tapi baru je lagi.
Relay ni start seminggu sebelum sekolah buka" dia berbohong. Hanya itu sahaja cara yang terlintas di otak buat masa ni.

"What!!" Tiga gadis itu terjerit serentak. "Sampai hati Hanni tak bagi tahu kitorang" kata liyana berjauh hati. "Kiranya dah dekat dua bulan lah korang couple?" Soal Sarah.

Arash mengangguk.  "Patut lah kau caring giler dekat Hanni." Kata Qisya. Arash tersengih. Tiba² loceng berbunyi menandakan waktu rehat dah habis. Okey lah aku kene bertugas sekarang ni. Aku gerak dulu k. Papehal kita roger²" ujar Arash.

Mereka terlopong bila Arash berkata sesempoi itu. Selama ini mereka berfikir Arash seorang yang tegas. Rupanya tanggapan mereka salah.

__________________

Hai korang!! Selama ni lia diam je sebab tak tau nak cakap ape. Bukan Couple Tapi Married sekarang dah masuk bab 16 harap sangat korang suka citer ni. Tapi kalau ade yang tak puas hati dengan citer ni bagi tau lia k. Jangan lupa vote dan comment.

And lia nak ucapkan selamat berpuasa. 😊😊

Bukan Couple Tapi MarriedWhere stories live. Discover now