Arash dan layrah menjamu selera makan malam bersama puan munirah.
Suasan makan malam mereka agak sunyi. Puan munirah angkat kening memandang pasangan suami isteri di hadapannya.
Dia pelik. Biasanya mereka berdua ni akan berkelahi. Ada sahaja perkara yang nak digaduhkan. Tapi kali ini mereka berdua senyap tak bersuara.
Kaki anaknya di bawah meja di tendang perlahan. Arash mengangkat pandang pada ibunya. Tersentak saat terasa kakinya seperti di tendang. Dahi dikerut. Bagi isyarat 'kenapa ibu?'
Puan munirah menjeling layrah di sebelah arash seolah- olah bertanya kenapa dengan layrah.
Arash angkat bahu tanda tak tahu. Jujur dia memang tak tahu kenapa isterinya diam begitu.
Sudah hampir seminggu mereka tinggal di rumah ayahnya. Namun sejak dua menjak ni layrah nampak diam. Tak banyak bertanya dan ceria macam selalu.
Bila ditanya sepatah dia akan jawab sepatah. Kalau soalan tu panjang lebar, dia tetap akan jawab sepatah sahaja. Atau pun angguk atau geleng kepala.
Puan munirah kerut dahi. Dia juga nampak perubahan sikap menantunya tika itu. Sudah empat hari dia biarkan pasangan suami isteri itu tinggal bersama dalam rumah. Dia cuma bertanya khabar melalui telefon sahaja.
Bila dia datang hari ini untuk menjenguk anak serta menantunya. Ternyata ini yang jadi.
Layrah yang sedang makan sambil menunduk itu di pandang oleh puan munirah. Arash juga melakukan hal yang sama.
"Hanni...kenapa makan menunduk? Ibu tengok hanni dari siang tadi diam jer. Ada apa- apa ke nak?" Puan munirah bersuara lembut.
Layrah angkat pandang. Ternyata dia sudah jadi bahan perhatian sejak tadi. Wajah arash dan ibu mertuanya di pandang silih ganti sebelum mengeleng kepala.
"Takde apa bu." Jawabnya pendek.
Arash mengeluh. Ternyata bila dengan ibunya juga layrah akan bersikap sebegitu. Fikirnya layrah akan lebih berbicara ternyata dia silap.
Bunyi seretan kerusi layrah membuat dua pasang mata menghala ke arahnya.
Layrah bangun dari duduk dan membawa pinggan serta cawannya ke dapur dan di basuh sebelum dia terus menapak ke biliknya.
Pemergian layrah di hantar oleh pandangan arash dan ibunya.
"Arash, kamu tak tanya ke? Kenapa isteri kamu jadi macam tu?" Soal puan munirah setelah kelibat layrah menghilang.
"Dah ibu. Arash dah tanya dekat hanni. Tapi dia jawab takde pape. Pastu dia diam. Dua tiga hari ni macam tu lah perangai dia. Tapi arash taknak memaksa dia, jadi arash biarkan dia tenang dulu, sampai dia sedia nak cerita masalah dia dekat arash." Terang arash panjang lebar. Pinggan yang nasinya tinggal separuh di tolak ke tepi. Hilang terus seleranya.
"Ibu rasa kan rash. Baik kamu terus terang dekat mama dan papa hanni tu. Kamu bawa hanni jumpa mereka. Ibu dapat rasa yang hanni dah terlalu rindukan mama dengan papa dia. Dan ibu juga dah tak sanggup nak dengar mama menangis setiap kali dia bersendirian.
Dia dah hilang anak. Bukan sorang, tapi dua orang! Kamu dapat bayangkan tak apa perasaan mama zalmah. Sedih arash, sedih sangat- sangat.
Jadi ibu berharap sangat kamu dapat temukan hanni dengan mama dan papa dia, dan kamu cerita dekat mereka yang kamu dah jumpa hanna. Tolong ye rash...ibu berharap dekat kamu sorang saja." Tangan arash di genggam erat. Dia betul- betul mengharap pada anak lelakinya. Mungkin sudah sampai masanya untuk bongkar segalanya.
Arash mengeluh kecil. Betul kata ibunya itu. Mungkin sudah sampai masanya untuk dia berterus terang dengan papa dan mama. Bukan dia tidak pernah nampak yang puan zalmah menangis sambil merenung gambar sepasang bayi kembar di tangannya.

YOU ARE READING
Bukan Couple Tapi Married
Ficção Geral#3_Highest ranking in General Fiction [1/4/2018] Dalam usia yang muda Sofea Hanni disahkan menghidap penyakit leukimia tahap pertama, hidupnya tidak lagi seperti remaja yang lain bebas melakukan aktiviti yg lasak Arash Raykal sesorang remaja yang a...