Layrah berlari menuju kearah kelasnya. Jam ditangan dikerling. 'Aduhh dah lambat. Boleh pulak sesat cari kelas. Padahal laurah dah bagitahu kelas kat mana.' Dia membebel sendiri.
Kini dia berada didepan pintu kelas yang tertutup rapat. Dari luar dia boleh dengan pensyarah tengah bagi keterangan. Dia menelan liur. Dengan bismilah dia ketuk pintu dan tolak dari luar.
Semua mata yang berada didalam kelas itu memandang layrah. Layrah beri salam pada semua dan pensyarah didepannya.
Dia tersenyum bagi menutup gentar di hati. Muka pensyarah wanita didepannya ditatap gerun. Dia menunduk.
'Habis lah kau kali ni layrah' desisnya dalam hati. "Ma...maaf puan saya lambat." Layrah masih lagi menunduk.
Pensyarah wanita itu merenung layrah yang menunduk ketakutan. Dia menghampiri layrah. Layrah rasa macam nak cabut dari situ.
"Saya paling pantang kalau orang masuk lambat dalam kelas saya. Tapi takpe, kali ni saya lepaskan awak sebab ini kelas pertama awak dengan saya. But next time, no more excuess." Kata pensyarah itu dalam nada yang tegas.
Layrah mengangguk. "Terima kasih puan." Layrah terus berlalu dan mencari tempat kosong. Dia memandang keliling kelas. Hanya ada satu saja tempat kosong iaitu disebelah lelaki.
Dia mengeluh berat dan mengatur langkah ke tempat itu. Dia duduk disebelah lelaki itu. Wajah lelaki disebelahnya dipandang sekilas.
'Macam pernah jumpa je mamat ni?' Desisnya dalam hati sambil mata terarah kedepan. Takut singa betina kat depan tu meroyan sekali lagi.
"Okeyy..sekarang semua dah ada. Saya perkenalkan diri, nama saya Latifah binti Muhd Arsyad. Dan kamu semua boleh panggil saya Puan Latifah. Kamu dengar sendirikan apa yang saya katakan pada budak perempuan tu tadi. Saya paling pantang kalau student saya masuk kelas lambat dan tak siapkan assightment saya. Apa yang saya beri dan apa yang saya mintak mestilah dilakukan dengan cermat dan tepat pada masa." Mukadimah puan latifah dengan suara yang keras dan tegas.
Puan latifah mengerling pada layrah. "Kamu! Berdiri dan perkenalkan diri kamu pada seisi kelas." Puan latifah sudah merendahkan ton suaranya.
Layrah panik bila namanya disebut lalu terus berdiri tegak ditempatnya. Semua mata memandangnya. Termasuklah lelaki yang duduk disebelah dia.
Layrah mangawal riak wajahnya agar kelihatan tenang. Dia tersenyum. "Nama saya Asyara Layrah Binti Muhd Syukor. Puan dan yang lain boleh panggil saya layrah." Semua di kelas itu hanya mendengar. Kebanyakkan mereka sudah kenal dengan layrah.
Mestilah kenal penyanyikan... "Baik kamu boleh duduk." Layrah menurut. "Kamu yang duduk sebelah layrah perkenalkan diri kamu." Kini semua mata terumpu pada lelaki itu.
Dia berdiri. "Nama saya Arash Raykal Bin Abdul Razak. Semua boleh panggil saya Arash." Arash berkata dengan tenang. Wajah layrah di sebelahnya dipandang sekilas.
'Arashh?! Yes,, lelaki ni lah yang aku langgar tadi pagi' layrah mula teringat kejadian pagi tadi semasa dicafe kolej.
Jantungnya mula berdegup laju. Dia mengusap dada dengan perlahan. 'Pahal pulak dengan dada aku ni. Aku ada sakit pape ke? astaghfirullahalazim, apa yang kau merepek ni' laju tangannya menepuk mulut dengan lembut sambil matanya tertutup rapat.
Arash yang dah duduk semula memandang kelakuan layrah.
Dia mengerutkan dahi. Senyuman terukir dibibirnya. Wajah layrah dipandang lama. 'Kalau betul kau hanni aku. Sekarang jugak aku nak peluk kau' rintihnya dalam hati.
Dia tak sangka yang dia akan sekelas dengan layrah. Rancanganya untuk mendekati layrah semakin mudah.
Mulut dirapatkan ke telinga layrah. "Awak okey ke?" Bisiknya. Layrah tersentak. Tangan yang menepuk mulut tadi terhenti. Dia memandang arash yang dah tersenyum senget.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bukan Couple Tapi Married
Ficción General#3_Highest ranking in General Fiction [1/4/2018] Dalam usia yang muda Sofea Hanni disahkan menghidap penyakit leukimia tahap pertama, hidupnya tidak lagi seperti remaja yang lain bebas melakukan aktiviti yg lasak Arash Raykal sesorang remaja yang a...
