"Apa mummy cakap? Mummy restu hubungan diorang?" Soal asyraff dengan wajah tak puas hati.
"Lepas apa yang dia hasut layrah buat benda yang bukan- bukan ni, mummy still nak maafkan dia? Siap restu hubungan dia dengan layrah lagi? Mummy fikir apa ni mummy?" Berang asyraff. Dia menoleh ke arah arash dan kawan- kawannya yang lain.
"Ehh arash! Aku pernah warning kau kan? Jangan pernah dekat dengan adik aku lagi. Aku penatlahh bercakap dengan orang yang tak faham bahasa macam kau ni...kau dengar sini baik- baik...lepas ni, aku akan pastikan yang kau dengan kawan- kawan kau ni, takkan pernah dapat jumpa adik aku lagi! Bahkan dengar suara dia pun korng takkan dapat!" Lantang asyraff bersuara.
"Abang!! Apa semua ni!? Adik dah besar lahh...adik bukan budak kecil lgi yang boleh abang arah- arah sesuka hati abang!" Layrah pula yang menjerit tak puas hati.
Dia betul- betul tak puas hati. Dia takkan biarkan abang asyraff pisah kan dia dari arash. Arash suami dia, takkan ada yang dapat pisahkan mereka kecuali ajal!
Asyraff menoleh memandang layrah yang mukanya sedang merah. Tak tahu lah merah kerana marah atau lepas nangis.
"Abang akan hantar adik belajar dekat London. Duduk dengan aunty sherry dekat sana. FAHAM!!" Jerkah asyraff kuat.Dia betul- betul tak puas hati. Amarah telah memakan kewarasan dirinya. Tangan dan kakinya sejak tadi menggeletar menahan amarah. Penumbuk di kepal sehingga timbul urat- urat lengannya.
Layrah aku punya. Dan sampai bila- bila dia tetap aku punya. Kau jangan mimpi nak dapat adik aku lah arash!
"Mummy! Please mummy, adik tak nak belajar dekat london. Adik tak nak pergi london. Mummy tolong lah adik.." Rayu layrah pada mummynya. Air mata sudah berjuraian jatuh ke pipi.
Datin seri dayang diam tanpa berkutik. Jujur dia juga tidak mahu layrah jauh darinya. Sayangnya pada layrah sudah betul- betul mendalam. Namun dia tidak mampu menolak keputusan asyraff. Asyraff seorang yang agak baran. Salah cakap binasa jawapnya. Hanya suaminya sahaja yang mampu mengawal asyraff.
Pandangan di kalih ke kembarnya pula. "Laurah...tolong lah aku..aku tak nak pergi london..tolong lah cakap dekat abang asyraff.." Dia menggoncang- goncangkan tangan laurah minta simpati.
Laurah memang tak boleh tengok layrah begini. Dia sudah terlalu sayangkan layrah. Hatinya turut sakit bila layrah sakit. Dia betul- betul dapat rasakan kesedihan layrah tika ini.
"Abang...abang tak kesian ke dekat layrah. Dia sakit tau bang, abang sepatutnya lebih prihatin pada dia. Bukan buat dia macam ni." Laurah bersuara agak tinggi pada abangnya.
"Diam!! Di sebabkan abang prihatin dan sayang dekat dia lah abang hantar dia pergi london. Dekat sana pelajaran dia lebih bagus daripada dekat sini. Dan teknologi perubatan dia lebih canggih. Layrah boleh belajar dan berubat dekat sana. Dan dia akan ke sana hujung bulan ni! NOKTAH!" Perkataan 'noktah' ditekankan. Lalu dia terus mengangkat kaki pergi dari situ.
Baru sahaja kaki melangkah keluar dari bilik, dia berpaling semula. "Lagi satu..semua urusan pemindahan adik biar abang yang uruskan. Dan kau arash, kau dengan kawan- kawan kau tataplah muka adik aku puas- puas sekarang, lepas ni kau takkan dapat jumpa dia lagi dahh." Ujar asyraff sinis pada arash dan kawan- kawannya.
"Mummy, abang balik office dulu." Ujarnya pada datin seri dayang sebelum dia berlalu dari situ.
Layrah terasa lututnya mula longgar. Jantungnya seakan terhenti mendengar keputusan asyraff buatnya. Dia terduduk di tempat dia berdiri.
Berjuraian air matanya turun membasahi pipi. Dia menangisi nasib yang menimpanya kini. "Abang kejam! Abang tak pernah nak faham perasaan adik. Adik benci abang!! Aku benci abang asyraff!!" Jerit layrah sekuat hati.
![](https://img.wattpad.com/cover/109756003-288-k21408.jpg)
YOU ARE READING
Bukan Couple Tapi Married
Narrativa generale#3_Highest ranking in General Fiction [1/4/2018] Dalam usia yang muda Sofea Hanni disahkan menghidap penyakit leukimia tahap pertama, hidupnya tidak lagi seperti remaja yang lain bebas melakukan aktiviti yg lasak Arash Raykal sesorang remaja yang a...