Bab ni sbenarnya lia nk publishkan skali dgn bab 66, tapi bila ada yg dh mula tnye bila lia nk update, lia jdi kesian plak. Jadi, selamat membaca ye semua. 😉
______________
Keadaan di taman tasik tika itu agak sunyi, tiada aktiviti malam kerana keesokkan harinya hari isnin, orang akan bekerja.
Hanni menunggu kehadiran hanna di sebuah pondok yang agak gelap bersendirian. Dia keluar senyap- senyap tanpa pengetahuan ibubapanya dan suaminya sendiri. Ketika dia keluar arash sudah tidur kerana keletihan akibat muntah- muntah, ibubapanya dan mertuanya berbual di r
Jam di tangan di tilik. Jarum jam menunjukkan sudah hampir pukul 8 malam.
"Mana dia ni?" Hanni mula resah. Takut kalau- kalau kembarnya itu ada masalah dalam perjalanan.
Nombor hanna cuba di hubungi.
Berdering, namun tidak di angkat. Dia mencuba sekali lagi. Tetap sama.
Kali ketiga dia mencuba panggilannya berdering. Namun deringan itu seperti dekat dengannya. Dia cukup kenal fengan bunyi ringtone handphone hanna.
Dia memandang sekeliling. Manalah tshu hanna dah ade dekat- dekat situ.
Dia toleh kiri kosong, kanan juga kosong. Lalu dia berpaling.
"Bahhhh!!"
Pangg!!
"Arghhhh..!! Layrah, sakitlah" jerit hanna sambil memegang pipi kirinya yang terasa pijar.
Hanni terkejut sambil menerkup mulut.
"Weyhhh....!! Soryy aku tak sengaja." kelang-kabut dia mendapatkan hanna yang sudah tertunduk. Rasa bersalah menyerang diri.
"Sakit tak?"
Hanna buat muka toya, boleh tanya pula sakit ke tidak.
"Sakitlah mak cik!" dia ternaik suara.
"Alahh..soryy lah. Salah kau juga, siapa suruh main cak- cak. Kan dah kena. Kau tahu tak, aku takut tadi tu?!" hanni pula yang tarik muka.
Hanna yang masih terasa pijar pipinya cuba memujuk. Dia mengaku, dia juga salah sebab mengejut hanni begitu tadi. Dia terlupa keadaan mereka sekarang.
Keadaan yang mereka harus lebih berhati- hati. Takut- takut kalau ada yang mengintip dan mengekori. Mereka takut daddy atau abang mereka yang mengupah pengintip. Dan rahsia kedudukan hanni terbongkar.
"Okey- okeyy, aku pula minta maaf erk?" tubuh hanni di peluk erat. "Aku rindu kau sangat- sangat." ujar hanna dalam pelukan.
Hanni tersenyum kecil. "Aku pun rindukan kau, rindu sangat- sangat." hanni membalas pelukan hanna.
Setelah pelukan terlerai, mereka duduk di pondok tempat hanni menunggu hanna tadi.
"Laurah, ak...aku ada satu rahsia yang aku nak bagitau kau." ujar hanni teragak- agak.
"Rahsia? Ada apa- apa lagi ke, yang aku tak tahu?" soal hanna. Mata terarah pada hanni.
Hanni mengenggam tangan hanna erat. "Ya, ada lagi satu rahsia yang kau perlu tahu. Mungkin perkara ni akan mengubah hidup kau dan hidup kita semua." kata hanni dalam suara terketar.
Hanna membalas genggaman tabgan hanni. "Okey, sekarang aku dah ready dengan apa yang engkau akan cerita dekat aku. Biarlah apa pun yang akan jadi, yang penting aku tetap ada kau." ujar hanna dengan segaris senyuman. Senyuman yang mampu menguatkan orang lain. Namun dia sendiri tak tahu, yang dia kuat untuk dengar apa yang bakal di katakan hanni nanti.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bukan Couple Tapi Married
General Fiction#3_Highest ranking in General Fiction [1/4/2018] Dalam usia yang muda Sofea Hanni disahkan menghidap penyakit leukimia tahap pertama, hidupnya tidak lagi seperti remaja yang lain bebas melakukan aktiviti yg lasak Arash Raykal sesorang remaja yang a...
