"Alhamdulillah anak mummy dah sedar."
Datin seri dayang memeluk tubuh kurus layrah sambil mencium ubun-ubunnya.
Layrah jadi tidak selesa. Pelukkan dileraikan perlahan. Takut mummynya terkecil hati. Senyuman hambar terbit dibibirnya.
"Kenapa ni dik? Adik sakit lagi ke?"
Soal asyraff tiba-tiba cemas.
"Ehh..tak bukan. Adik okey je, cuma.." Bicaranya sangkut.
"Cuma apa?" Soal laurah.
"Takde pape lahh. So, bila adik boleh keluar wad ni? Bosan lah mummy duduk sini lama-lama. Lagipun adik dah sihat. Adik nak pergi kolej. Dah banyak benda dah yang adik tertinggal" Dia bersuara manja. Cuba berdalih.
Datin seri dayang tersenyum. "Nanti abang pergi tanya doktor, bila adik boleh keluar. Adik sabar je okey." Dia cuba memujuk anak bongsunya ini.
"Alahh..kalau kau tertinggal pun, aku kan ada. Nanti aku ajarlah kau mana yang kau tak faham." Ujar laurah cuba menyedapkan hati kembarnya.
"Betul tu dik..abang pun ada. Nanti abang boleh ajar adik jugak." Sokong asyraff.
Kasih sayang yang diberikan oleh keluarga itu membuatkan hati layrah cair. Dia rasa tak sanggup pula ingin meninggalkan keluarga ini. Tetapi dia amat merindui keluarga yang ditinggal lama.
"Mummy...daddy mana?" Tanya layrah. Dari awal mereka sampai hingga kini wajah daddynya langsung tidak kelihatan.
"Daddy pergi jumpa doktor. Nanti daddy sampai lah tu" jawab Datin Seri Dayang.
Kepala layrah yang masih berbalut itu diusap lembut. Sedih bertamu dihati bila melihat kepala anaknya berbalut sebegini.Layrah seakan-akan dapat membaca riak wajah mummynya. Tangan si ibu diraih lalu diusap lembut. Senyuman manis diberikan.
"Mummy jangan risau ye...layrah okey. Nanti sembuh lah luka ni. Layrah tak suka lah tengok mummy sedih- sedih macam ni." Kata layrah lalu mencium tangan mummynya.
Sejuk hati Datin Seri Dayang dengan layanan baik dari layrah. Tapi jauh dalam lubuk hatinya mula risau. Risau akan kehilangan layrah satu hari kelak.
Hentakkan yang dialami oleh layrah, berkemungkinan dapat mengembalikan ingatannya. Bila-bila masa sahaja ingatannya akan pulih. Tapi kita tidak boleh terlalu berharap. Banyakkan berdoa untuk kesembuhan anak dato'
Bait-bait ayat yang keluar dari mulut Doktor Zahrain sedikit sebanyak telah membuatkan fikiran Dato' Syukor bercelaru.
Saat seperti ini lah yang paling ditakuti. Ingatan layrah akan pulih bila- bila masa sahaja. Ini bermakna dia akan kehilangan anak-anaknya bila-bila masa sahaja.
Dato' Syukor meraup wajah dengan kedua belah tapak tangan. Fikiran nya kini amat buntu. Tidak tahu hendak berbuat apa.
Kesembuhan layrah adalah harapannya selama ini. Tapi dengan kesembuhan itu juga akan membuat dia kehilangan 'permata' yang tak ternilai.
Kaki diatur menuju ke bilik anaknya. Pintu bilik wad peribadi itu ditolak perlahan dari luar.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumusalam" jawab seisi bilik serentak.
"Haa...panjang umur daddy. Kami baru je mengumpat daddy tadi." Gurau laurah sambil ketawa kecil.
YOU ARE READING
Bukan Couple Tapi Married
Fiksi Umum#3_Highest ranking in General Fiction [1/4/2018] Dalam usia yang muda Sofea Hanni disahkan menghidap penyakit leukimia tahap pertama, hidupnya tidak lagi seperti remaja yang lain bebas melakukan aktiviti yg lasak Arash Raykal sesorang remaja yang a...