Bab 29

2K 92 2
                                    

Aishah berjalan menuju ke starbucks yang terketak di sunway putra mall ini. Dia sudah berjanji dengan Farah untuk berjumpa.

Saat kaki melangkah masuk kedalam starbucks itu dia mencari kelibat farah. Dia ternampak seseorang sedang malambai lambai padanya dari meje yang terletak di suduh kanan cafe itu.

Dia menghampiri farah. Kerusi didepan farah ditarik lalu dia duduk disitu.

"Asal lambat? Tadi janji pukul 11 sekarang dah pukul 11.45 dah." Ujar farah geram.

"Sorry babe, aku ade hal tadi. Daddy aku tulah susah sangat nak bagi aku duit. Bukan nya banyak mana pon aku mintak." Adu aishah.

Dia teringat macam mana mummynya memujuk daddy untuk berikan duit padanya tadi. Daddy selalu sangat melebihkan abangnya.

Sikit-sikit nak bandingkan mereka berdua. Tahulah abang dia tu pandai, rajin. Semua yang baik baik dekat abang je yang jahat dia yang kene.

"Dah engkau tak habis habis mintak duit mesti lah daddy kau marah. Baru bulan lepas kau pakai duit syarikat RM 10,000. Sekarang kau mintak duit lagi. Kalau aku jadi daddy kau, aku pon buat bende yang sama." Farah seperti menyokong daddy aishah.

"Kau dengan daddy aku sama je. Asyik nak membebel." Kata aishah.

Dia jadi rimas bila asyik dengar bebelan orang sekeliling. Tadi sebelum keluar kene dengan daddy ngan mummy, sekarang dengan farah pulak kene bebel.

Farah mengenggeleng melihat kawannya sorang ini. Aishah dari dulu sampai sekarang langsung tak berubah. Apa yang dia nak dia akan dapatkan walau macam mana sekali pon.

"Dah lah, kau nak order pape tak?" Soal farah ingin mengalih topik bicara.

"Aku nak minum coklat cappocini jelah. Aku tengah panas sekarang ni." Jawab aishah.

Farah terus bangkit pergi beli minuman untuk dirinya dan aishah. Manakala aishah pula menunggu farah di meja mereka sambil menilik telefon pintarnya.

💣💣💣💣💣💣💣

Layrah berjalan sambil menarik tangan kakaknya menuju ke suatu tempat. Kadang-kadang ada mata yang memandang aksi tarik nenarik mereka di dalam mall ini.

"Kau buat ape bawak aku datang sini?" Soal laurah pada adiknya.

"Aku nak ajak kau pergi kedai buku lahh. Nak cari buku. Kau kan dah dua tahun belajar. Mesti kau tau buku rujukan yang mana yang senang untuk aku faham." Terang layrah

Laurah memang mulakan pelajarannya dua tahun lebih awal dari layrah. Kata daddy mereka disebabkan layrah koma kerana kemalangan dulu dia terpaksa tangguhkan pelajarannya sementara waktu.

"Hishh..kalau nak ajak gi kedai buku cakap jelah. Ini nak main tarik tarik pulak sakit tau tak tangan aku yang putih mulus ni." Kata laurah geram  sambil mengusap pergelangan tangannya yang ditarik layrah tadi.

Layrah mencebik. "Elehh putih lah konon. Dah lah jom lah. Kejap lagi kelas aku dah nak start." Kata layrah dan menarik tangan laurah lagi.

"Hishh..jangan lah main tarik tarik sakit lahh." Laurah terjerit di situ.

Tapi layrah tak pedulikan teriakkan kakaknya. Dia terus menarik tangan laurah menuju ke kedai buku popular di tingkat tiga bangunan Sunway Putra Mall itu.

✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈

Aishah dan farah berjalan beriringan sambil membawa beg kertas yang penuh dengan barang shopping mereka.

Bukan Couple Tapi MarriedWhere stories live. Discover now