Bab 14

2.4K 110 0
                                    

Loceng dah berbunyi menandakan sesi persekolahan tamat. "Semua bangun, terima kasih cikgu" kata Alif.

"Terima kasih cikgu" yang lain mengikut.

Hanni mengemas barang² sekolah yang berterabur diatas meja. Pelajar lain sudah keluar kelas tinggal dia dan kawan2 dia saja.

Selepas kejadian didepan tandas tadi, Hanni tidak bergerak langsung dari tempat duduknya. Bila hendak berdiri terasa ngilu di buku lali kakinya.

Hanni menahan sakit dan mengawal riak wajahnya. "Hanni kau okey tak?" soal Qisya. Risau dia bila lihat sahabatnya dalam keadaan begini.

Bukan dia tidak tahu, ape yang dilakukan Aishah pada Hanni waktu rehat tadi. "Aku okey je. Takpelah aku boleh jalan lagi ni. Kau balik je dulu." kata Hanni

"Are you sure? Aku tengok kau macam tak okey je Hanni?" giliran Sarah pula menyoal. "I'm very sure. Tak pe korang balik je dulu. Aku boleh jalan sendiri." Hanni cuba mengelak dari dibantu kawan²nya.

"Okey kalau macam tu, kau hati² tau. Kalau ada pape kau jerit je kuat² nanti mesti ada orang datang tolong." kata liyana pula. "Okeyy." Hanni menayang senyuman pada rakan²nya.

Mereka bertiga terus berlalu meninggalkan Hanni sendiri. Hanni yang masih cuba berdiri terduduk semula. "Adoii..macam mana aku nak balik ni? Tulah kau, tadi ade orang offer nak tolong kau tolak. Sekarang padan muka kau" gerutu Hanni.

"Hanni!! Kau kat mana?" tiba² Hanni terdengar suara Arash melaung memanggil namanya. "Arash!! Aku kat sini!" Hanni menjerit agar Arash dapat jumpa dirinya yang masih terduduk dalam kelas.

"Kau buat ape lagi dalam kelas ni? Nak belajar ape lagi kat sini? Nak belajar dengan momok ke?" sindir Arash. Hairan dia bila lihat Hanni langsung tak berganjak dari tempat duduk dari tadi.

"Kaki aku ni.. Tolong weyh" Hanni menghulurkan tangan nya pada Arash agar Arash membantunya. Arash memandang kaki Hanni keningnya bertaut. " kenapa dengan kaki kau? Macam takde pape je?" soal Arash.

Arash memegang kaki kiri Hanni. "Bukan yang itu lahh. Yang ni" Hanni menunjukkan kaki kanan nya. Kaki kanan Hanni diangkat perlahan lahan. "Arghhh!! Sakit lahh, jangan lah pegang kuat sangat" Hanni menjerit.

Tangan Arash terus membuka kasut sekolah Hanni. Terkejut dia bila melihat buku lali Hanni sudah kemerah merahan dan bengkak.

"Hanni, kenapa kaki kau jadi macam ni? Patut lah dari tadi kau langsung tak berganjak? Kau boleh jalan tak ni?" soal Arash bertubi tubi.

Hanni menggelengkan kepala. Beg sekolah Hanni yang berada diatas meja Arash capai dan beri pada tuannya. "Nah pakai beg ni. Pastu kasut kau tu pegang. Ke kau nak pasang balik?" Hanni menggeleng.

Taknak dia pasang balik, kalau pasang balik mesti buku lalingan akan terpicit nanti. Beg sekolah nya digalas dan kasut serta stokin dia ambil dilantai.

Arash menyerahkan beg sekolahnya pada Hanni. "Tolong pegang beg aku sekali" Hanni hanya menurut. Arash melutut di depan Hanni. "Kau buat ape ni?" soal Hanni,pelik. "Naik lah, tadi kata tak leh jalan kan, biar aku dukung kau" ujar Arash.

"Tak nak lah aku, nanti kalau budak² lain nampak macam mana? Kang ape yang diorang cakap pulak pasal kita?" Hanni mengelak.

"Kau nak balik ke taknak? Kalau taknak duduk lah kat sini sampai esok? Kalau nak balik cepat naik." Arash sudah mula mengugut. "Suka sangat mengugut lah kau ni. Hishh..yelahh²"

Perlahan lahan Hanni naik kebelakang Arash. Leher Arash dipeluknya, manakala kakinya Arash pegang erat, takut isteri kesayangannya jatuh.

Nasib baik lah kelas mereka berada ditingkat 2 sekolah. Kalau tak memang naya lah nak dukung Hanni dari atas sampai bawah.

Langkah diatur perlahan lahan. Anak tangga dituruni satu persatu. Akhirnya mereka sampai juga di bawah.

Hanni terharu dengan sikap perihatin Arash padanya. Arash langsung tidak segan dan merungut sepanjang mendukung dirinya. Malah dia selamba sahaja berjalan kearah pintu pagar sekolah.

Pelajar² yang masih berada disekolah memandang mereka berdua dan berbisik sesama sendiri. Tapi Arash langsung tidak mengendahkan. Apa yang ada dalam kepalanya ialah Hanni harus selamat sampai kerumah.

Dari jauh Pak Saman terlihat yang Arash sedang mendukung Hanni. Dia terus bergegas menghampiri anak majikannya itu.

Peluh yang mula menitis di dahi Arash, Hanni lap dengan sapu tangan yang sering dibawa ke sekolah. "Arah kau tak penat ke? Kalau penat, turun kan aku. Biar aku cuba jalan" kata Hanni.

Rasa kasihan pula pada Arash yang terpaksa mendukung nya dari tingkat dua bangunan sekolah sampai lah ke pagar hadapan. Jaraknya bukannya dekat tapi jauh.

"Takpe lah, kau duduk je diam². Dah nak sampai dah pon" Arash berdalih. Walaupon penat tapi dia bahagia bila dalam keadaan sebegini bersama Hanni. Dia terasa dekat sangat dengan isterinya.

"Hanni, Arash kenapa ni? Kenapa sampai berdukung dukung bagai?" Pak Saman yang sudah berada didepan mereka terus menyoal.

Dengan hati² tubuh Hanni diturun kan ke lantai. Hanni berdiri dan berpaut pada lengan Arash.
"Kaki Hanni ni, entah bila pulak bengkak sampai macam ni." ujar Arash.

Pandangan Pak Saman jatuh pada kaki Hanni yang sudah agak besar bengkaknya. "Hanni, kenapa kaki boleh jadi macam ni? " kini giliran Pak Saman pula yang menyoal tentang kaki Hanni. Hanni hanya menunduk.

"Dah dah, mari sini semua barang tu Pak Saman bawakkan." beg sekolah Hanni dan Arash Pak Saman capai. Kasut sekolah Hanni yang berada ditangan nya juga diambil Pak Saman.

Arash yang sudah kepenatan terus mencempung tubuh Hanni. Hanni terkejut dengan tindakan drastik Arash terjerit kecil.

Pandangan nya jatuh pada wajah Arash yang kepenatan. Wajah itu ditatap lama. Jelas di telinganya degup jantung Arash yang laju mengepam darah.

Dia terus memalingkan wajah nya bila pandangan mata mereka berlawan. Detak jantung dia usah dicakapkan lagi, sudah serupa taufan dah ia berdetak.

Bila tiba dikereta, Pak Saman membuka pintu kereta dibahagian penumpang belakang. Arash meletakkan tubuh isterinya perlahan lahan. Lalu dia turut memboloskan diri kedalam kereta disebalah Hanni.



Bukan Couple Tapi MarriedWhere stories live. Discover now