Malam terakhir di langkawi mereka menikmati suasana malam di tepi pantai.
Duduk bersantai di bawah sebuah pondok buluh yang memang tersedia untuk para pengunjung.
Layrah duduk bersadar pada dada arash. Azim bersandar pada tiang pondok bersama gitar di dakapan. Entah lagu apa- apa yang dia duk petik dari tadi.
Irfan melayan kan azim. Zahid dan liyana entah kemana perginya. Tadi kata nak beli air, dah 10 minit tak muncul- muncul lagi. Qisya dan sarah berkongsi handphone, duk layan instagram.
"Hani, kau takde buat lagu baru ke?" Soal azim. Buntu hendak petik lagu apa dari tadi. Sama juga dengan irfan, dari tadi takde idea.
"Asal kau tanya?" Soal layrah kembali. Dengan kerutan di dahi.
Azim tersenyum. "Takde...manalah tahu kau ada buat lagu baru. Lagipun aku suka dengan semua lagu- lagu yang kau buat. Semuanya best." Jawab azim ikhlas. Irfan mengangguk tanda setuju dengan azim.
Dari bersandar layrah tegakkan badan dia. Begitu juga arash. Elok- elok layan mood pantai tiba- tiba keluar soalan macam tu pulak dari azim.
"Kau puji ni...ikhlas ke tak?" Soal arash sarkastik.
"Ikhlas lahh...ape? Kau pikir aku ini tau sakitkan hati orang je ke??" Soal azim sambil menjeling ke arah qisya. Mahu lihat riaksi qisya.
Ternyata qisya menggulingkan bola mata dia tanda meluat. Dengan mulut terkumat- kamit seperti menyumpah seranah azim.
Sarah sudah tahan- tahan ketawa. Kelakar tengok muka meluat qisya. Tersenget- senget mulut dia mengutuk azim. Macam mengajuk balik ayat azim tadi ada jugak.
Azim tersenyum. Comel pulak qisya ni kalau tengah marah. Tak nampak ganas langsung.
"Ada! Tapi tak siap lagi." Jawab layrah tersengih.
Azim terus tersedar daripada terus memandang qisya. Muka dia dah mula memerah. Malu...nasib baik tempat tu agak suram. Takdelah yang nampam muka memerah dia ni.
"Ad..ade...laju otak kau pikir buat lagu baru kan? Bagus! Efektif sangat!" Puji azim gagap. Lalu diserahkan gitarnya pada layrah. Fuhh cover malu!
"Cerr..main sikit. Aku nak dengar lahh" pinta azim.
Layrah hanya menurut. Arash juga terkejut. Bila layrah dapat cipta lagu baru dalam masa sesingkat ini. Baru seminggu mereka berada di langkawi, lyrah berjaya menghasilkan satu lagi karyanya.
Petikan gitar layrah menarik perhatian semua kawan-kawannya. Zahid dan liyana yang baru sampai terus duduk menanti petikan gitar layrah.
Embun menitis...
Di jendela..
Tanda mentari akan tiba..Nun jauh di sana...
Di balik hati hiba...Tiada lagi...
Duka dan nestapa...
Tiada lagi gelap gelita.Hanya senyum di bibirnya..
Terima kasih ohh kekanda
Buat hati ku gembiraTerima kasih semua...
Petikan gitar layrah tiba di penghujung.
YOU ARE READING
Bukan Couple Tapi Married
Fiksi Umum#3_Highest ranking in General Fiction [1/4/2018] Dalam usia yang muda Sofea Hanni disahkan menghidap penyakit leukimia tahap pertama, hidupnya tidak lagi seperti remaja yang lain bebas melakukan aktiviti yg lasak Arash Raykal sesorang remaja yang a...