Sudah hampir dua jam mereka duduk didalam panggung, mereka keluar dengan mata yang berpinar- pinar. Duduk didalam gelap dalam masa yang lama membuatkan mata mereka terkejut dengan cahaya sekeliling.
"Best kan movie tadi. Tak sia- sia kita tengok movie tu. Berbaloi gila- gila." ujar sarah teruja.
"Kan....tengok lah siapa recommend" kata layrah dengan bangganya sambil menjongket- jongket kening.
Sarah mencebik. "Cehh...poyo gilerr!". Yang lain ketawa melihat perdebatan kecil antara dua gadis itu.
Laurah menghampiri layrah lalu menarik layrah jauh sedikit dari kawan- kawan irfan dan arash. Yang lain hanya memandang.
"Layrah, aku rasa tak sedap hati lah. Dari tadi aku rasa macam ada orang follow kita. Apa kata kita balik sekarang, kalau arash dengan irfan tak nak balik lagi kita balik naik teksi." ujar laurah. Wajah kelihatan agak panik sedikit, sesekali matanya melilau melihat kiri dan kanan. Sebenarnya dari tadi lagi dia ingin katakan perkara ini pada layrah tetapi di diamkan saja apabila melihat layrah terlalu asyik bersama Sarah and the gang sedari tadi.
Mata layrah turut melilau memandang sekeliling. Tapi tiada apa- apa yang mencurigakan. Dia berpaling memandang laurah semula. "Aku tak nampak apa- apa yang pelik pun. Aku rasa tu khayalan kau je kut. Tulah banyak sangat tengok drama melayu." tukas layrah.
"Hishh...ni bukan khayalan aku lahhhh. Aku betul- betul nampak lah tadi. Orang tu pakai serba hitam. Dia pakai jaket yang ada hud tu. Aku perasan dia asyik ikut kita je. Bila aku pandang dia, dia cepat- cepat berpaling. Aku risau lah, jom lah balik. Pleaseee.." laurah merapatkan kedua belah tapak tangannya. Sungguh dia tak betah lagi berada dalam bangunan ni lama- lama. Dia nak balik selarang juga.
Layrah mengeluh. Dia memandang raut wajah takut- takut milik laurah itu lalu mengangguk. Laurah tersenyum syukur.
"Tapi....kau yang kena cakap dekat diorang yang kita nak balik." kata layrah.
"Yelah, yelahhh. Jom" laurah menarik tangan layrah menghampiri yang lain.
"Haa..dah habis meeting adik beradik." perli irfan. layrah menayang penumbuk. yang lain ketawa. Ternyata pasangan adik beradik ni sporting jugak kan. Getus hati Azim. Dia amat kagum dengan pasangan kembar ini. Walaupun nama mereka sudah dikenali satu malaysia, tapi mereka berdua tidak pernah sombong atau bercakap bongkak kepada mereka.
"Err...irfan...saya dengan layrah...balik dulu ea?" kata laurah pada irfan lambat- lambat. Nyata semua yang ada disitu terkejut.
"Lahh..kenapa nak balik awal sangat. Sekang baru pukul 9. Awal lagi lah laurah, nanti- nanti lah balik tu yee.." celah Qisya. Dia tidak puas lagi berbual dengan pasangan kembar itu. Terasa rindu pada hanni terubat apabila bersama mereka berdua. Layrah hanya mendiamkan diri sambil berpeluk tubuh di sebelah laurah. Biarkan saja laurah yang berbicara dengan mereka.
"Betul tu, lagipun korang nak balik naik apa? Tadi kan datang dengan saya, jadi balik dengan saya sekali lahh." ujar irfan.
"Takpe kami berdua boleh balik naik teksi." jawab laurah.
"Teksi? Bahaya lah balik naik teksi malam- malam macam ni. Lagipun sekarang ni banyak kes culik. Buatnya korang kena culik macam mana?" tukas irfan. Laurah telan liur. Memang betul sekarang ni memang banyak kes culik berpunca daripada pemandu teksi. Penjenayah sekarang banyak tektik mereka untuk menculik. Lepas itu, mangsa culik itu akan dijadikan pelacur atau keldai dadah dan bermacam- macam lagi. Dah lah sekarang ni ada orang ikut mereka, lagi lah Laurah naik gerun.
Melihat wajah laurah yang takut- takut begitu membuatkan irfan tercuit. Dia sembunyi senyum. "Takpe macam ni lah. Saya hantar awak dengan layrah balik kejap lagi, tapi sebelum tu saya nak pergi cari barang dulu. Okey?" laurah angguk laju. Irfan tersenyum tenang.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bukan Couple Tapi Married
General Fiction#3_Highest ranking in General Fiction [1/4/2018] Dalam usia yang muda Sofea Hanni disahkan menghidap penyakit leukimia tahap pertama, hidupnya tidak lagi seperti remaja yang lain bebas melakukan aktiviti yg lasak Arash Raykal sesorang remaja yang a...
