Yang lain sudah ternganga. "Abang? Sayang?" kata yang serentak. Arash terkedu begitu juga dengan layrah. Layrah buat muka dan mencubit peha arash. Dia marah dengan keterlanjuran arash tadi.
"Sekarang ni, aku pula yang takde selera nak makan. Baik korang berdua cerita apa yang dah jadi sekarang ni." Ugut qisya.
"Korang berdua ni ada apa- apa ke?" Soal azim
Arash dan layrah berpandangan sesama sendiri. Arash buat muka tanda minta izin untuk ceritakan pada semua. Dia takut yang layrah belum bersedia. layrah mengangguk.
Anggukan layrah memberikan lampu hijau untuk arash bercerita.
Lalu arash menceritakan segalanya pada mereka semua. Ada yang terkejut, ada yang bnyak soal dan ada juga yang mengalirkan air mata. Itu semua gelagat sahabat- sahabat mereka berdua.
Sarah terus berdiri dari tempat duduknya dan meluru ke arah layrah. Dia menarik layrah untuk berdiri. Tangan kanannya dihayun ke pipi kiri layrah.
Layrah hanya pejam mata menanti pipinya ditampar.
"Sarah!!"
Yang lain terkejut dengan tindakan sarah, mereka turut berdiri serentak.
Layrah masih lagi menanti, matanya masih lagi terpejam. Tiba- tiba dia terasa tubuhnya dipeluk dengan erat sekali.Layrah cuba membuka mata perlahan- lahan.
"Aku benci kau hanni! Aku benci kau! Kenapa kau sembunyikan semua ni? Tak boleh ke bagitau aku awal2? Haa? Kau tau tak aku rindu kau sangat- sangat. Kau tau tak?" Kata sarah dengan suara yang teresak- esak.
Layrah terkaku, tamparan yang dinantikan berganti dengan pelukan yang begitu erat.
Dengan perlahan layrah membalas pelukan Sarah. "Shh..dah tak payah nangis. Maafkan aku sarah, aku bukan nak tipu kau. Tapi aku terpaksa. Tapi aku tak kemanakan! Aku ada je depan mata kau sekarang ni. I'm here." Ucap layrah sambil mengusap belakang badan sarah. Kemudian pelukan itu dileraikan oleh sarah.
"Aku tak mimpi kan, layrah? Kalau aku tengah bermimpi, jangan, jangan pernah kejutkan aku, please!!" Rayu sarah dalam suara sendu.
Layrah tertawa kecil. Pipi kiri sarah dicubit geram. "Adui! Sakit lahh. Apa main cubit- cubit ni?" Marah sarah sambil mengusap bekas cubitan layrah.
Layrah tertawa lagi. "Sakit kan? Itu bermakna, kau tak mimpi. Dan aku bukan khayalan kau. Sofea Hanni ada depan mata kau. Aku belum pergi." jawab layrah sayu.
Sarah meluru peluk layrah semula. "Aku rindu kau! Jangan pergi lagi!" Kata sarah dalam tangis. Dia tidak dapat menahan tangisannya lagi.
Layrah juga tidak dapat tahan sendu lagi dia juga tewas dengan perasaannya sendiri. Mereka berdua berpeluk dalam sendu.
Para jejaka tersenyum senang. Yang gadis pula meluru ke arah mereka berdua dan mereka berpelukan beramai- ramai.
"Kitorang pun rindukan kau hanni." Kata qisya mewakili yang lain.
"Aku pun rindu kan korang semua." Syukur dipanjat ke ilahi. Setelah lama dia tunggu saat- saat begini. akhirnya allah tunaikan segala doa- doanya.
Irfan menyiku perut arash. "Pandai kau sorok rahsia besar macam ni daripada kitorangkan?" Soal irfan dalam gurauan.
Arash tersengih sambil mengusap belakang tengkuknya. "bahagialah kau arash, tu kekasih halal kau dah balik." zahid mengusik arash.
"Ermmm..nanti orang tu dah tak ingat kita dah.. dia kan dah ada kekasih halal a.k.a wife terchenta." Azim menambah perisa usikan zahid.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bukan Couple Tapi Married
Aktuelle Literatur#3_Highest ranking in General Fiction [1/4/2018] Dalam usia yang muda Sofea Hanni disahkan menghidap penyakit leukimia tahap pertama, hidupnya tidak lagi seperti remaja yang lain bebas melakukan aktiviti yg lasak Arash Raykal sesorang remaja yang a...
